Monday, 2 February 2015

OSX Operating Sistem Apple kebal Virus?



Apple punya komputer ada kena virus tak?

Aku sebenarnya sedang cuba memahami isu ini. Aku pernah dengar dakwaan yang OS Apple ini seolah-oleh kebal atau pun telah dibina supaya tidak ada virus yang boleh menghinggapi atau merosakkan Macbook atau Apple device yang menggunakan iOS.

Adakah ini benar? 


Sebelum itu, aku kena mengakulah yang aku ni bukannya pakar IT atau pun seorang yang mempunyai background IT. Walaupun aku memang minat IT dan suka membaca artikel pasal IT. 

Kalau aku menaip bab macam ni bolehlah dikatakan ia macam user review. Macam kalau aku beli kereta baru dan tulis review, itu tak bermakna aku seorang engineer atau designer kereta. 

Review aku adalah berdasarkan pengalaman dan tahap ilmu aku sebagai pengguna. So, janganlah mengharap sesuatu yang teknikal sangat ataupun review aku adalah bebas daripada kesalahan teknikal. Maksud teknikal di sini adalah dalam bidang IT.

Secara logiknya memanglah akan adanya hacker yang dengki dan akan buat virus, malware, trojan atau apa-apa jelah yang disifatkan sebagai parasit yang menghinggap komputer anda. Dah memang dalam dunia ni akan ada orang akan dengki. Kalau tak dengki pun macam2lah motif lain yang menyebabkan hacker ni menge’hack’ komputer orang lain. Mungkin dia nak stalk pompuan yang dia suka contohnya. 

Katakan aku meletakkan diri sebagai seorang hacker, kenapalah aku tak nak hack komputer-komputer Apple, sedangkah share market dia agak signifikan juga kan? Mungkin juga anda seorang hacker dan anda ada jawapan sendiri dalam minda anda.

Kalau ikut logik aku lah, Mac OS ni bukanlah satu platform yang masyhur untuk gamers. Walaupun dia boleh main juga games. Disini saja ruang lingkup market tu dah tak menarik sangat bagi seorang hacker handalan. 

Dalam artikel lain, ada menyatakan 2 sebab utama kenapa Mac OS ni kurang menjadi tumpuan pencipta2 virus;

satu - Market share OS X yang kurang berbanding Windows oleh Microsoft.
dua - Sebab OSX ni jenis Unix based Operating System

Sebab kedua tu agak teknikal sikit lah, aku pulak tak tau programming education. Nak cerita lebih2 nanti takut tertipu pulak. Kenapa ye Unix based ni lain atau dia susah nak diserang virus?

Dalam satu artikel tu, tersenarai 10 virus terkenal dalam sejarah Apple sehinggalah ke hari ini. 

  1. Renepo (2004)
  2. Leap (2006)
  3. Jahlav (2007)
  4. Macsweep (2008)
  5. Snowleopard (2009)
  6. Boonana (2010)
  7. Macdefenfer (2011)
  8. Flashback (2011-12)
  9. Lamadai, Kitm dan Hackback (2013) 
  10. LaoShu, Appetite and Coin Thief (2014) 

Senarai kat atas ni membuktikan ada saja virus-virus yang dicipta untuk masuk ke dalam OSX atau iOS.

Secara peribadilah, pandangan aku, Os Macbook Apple ni  jarang diserang virus. Aku punya Macbook pun, versi pertengahan 2013, sejak aku beli tak pernah kena virus. Macam aku cakap tadi, virus-virus tu mungkin banyak cari windows. Aku ada beberapa pengalaman kena virus masa pakai windows dulu, sampai aku kena cari antivirus yang sesuai. Antivirus ni pulak kalau salah beli, akan melambatkan atau memberatkan OS komputer anda.

Aku pun ada baca artikel2 tentang pandangan pakar-pakar IT mengenai OSX Apple ini. Boleh kata semua mengatakan OS Apple tak lah kebal, cuma kemungkinan untuk kena itu tidaklah setinggi OS lainnya.


Tapi kena ingatlah, ada banyak lagi makhluk yang selain virus. Macam apa yang orang panggil bot. Itu makhluk yang hinggap sekejap nak dapatkan maklumat. Tak pun yang jenis malware komersial yang kita sendiri install. Yang jenis friendly dan memang kita guna. Tetapi akhirnya akan compromise sistem pertahanan kita.


Apa-apa OS yang kita guna pun, kita kena beringatlah juga. Bye.


Kawan Incikposmen

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...