Tuesday 1 March 2016

Komen Terbaik - Isu Tun Dr Mahathir Keluar Dari UMNO


Saya bersetuju dengan pendapat blogger Zamkata (DS Zainudin Maidin), seorang yang Pro- Tun. Komen terbaik dari politician setakat ini datang daripada DS Zahid Hamidi. Link Zamkata.

Memetik kata-kata DS TPM dalam Berita Harian seperti link di sini.

"Saya secara peribadi menghormati keputusan dan segala yang telah diputuskan oleh Tun M, namun saya fikir beliau akan mempertimbangkan semula keputusan itu apabila tiba masanya kelak.
"Saya yakin beliau masih sayangkan UMNO, saya yakin...tentunya beliau maklum adanya beliau sebagai Perdana Menteri yang lama memerintah adalah disebabkan sokongan dan dokongan daripada kepemimpinan dan ahli UMNO.
"Beliau pemimpin lama dan tentunya pendirian itu harus kita hormati, namun saya amat yakin satu hari nanti Tun M akan kembali ke pangkuan UMNO," katanya.
Sebagai seorang pemimpin Islam dan melayu, DS Zahid telah memberikan contoh adab yang baik kepada seorang bekas PM, guru dan tokoh kepada rakyat Malaysia dan malah kepada bukan rakyat Malaysia. Walaupun tindakan Tun telah memilih satu keputusan yang khilaf dengan pendirian politik beliau.



Ini mengingatkan saya kepada komentar Sheikh Hamzah Yusuf tokoh agamawan Amerika Syarikat, apabila ditanya tentang Malaysia. Beliau menyebut keistimewaan orang-orang melayu adalah pada adabnya. 

Ikuti pandangan Sheikh Hamzah Yusuf di bawah ini.


So orang melayu dikenali dengan adab yang cantik. Jagalah anugerah ini supaya tidak hilang nikmat.
Posted by Incik Posmen on Sunday, 28 February 2016

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...