Rasulullah s.a.w bersabda “Apabila seorang lelaki diumpat dan kamu termasuk di antara sekumpulan orang (yang mengumpatnya), jadilah engkau sebagai pembela lelaki itu dan cegahlah mereka, serta tinggalkanlah mereka (Riwayat Ibnu Dunya dari Anas r.a.).
“Rasulullah s.a.w bersabda “Sesiapa membela kehormatan saudaranya, Allah akan menjauhkan mukanya dari neraka pada hari kiamat.” (Riwayat Ahmad melalui Abu Darda, hadith ini diketengahkan pula oleh Tirmidzi)
Kita hendaklah menyekat dan membela orang yang diumpat. Mengumpat iaitu menceritakan keburukan seseorang di belakangnya. (walaupun perkara itu benar). Sahabat pernah bertanya kepada Nabi s.a.w apakah dikira mengumpat sekiranya perkara itu benar. Nabi menjawab ya, jikalau perkara itu tidak benar, ia dikira fitnah.
Jika kita halang orang mengumpat, umpatan itu akan terhenti. Sebaliknya jika kita menyokong dan turut sama mengumpat, umpatan itu akan berterusan.
Mengumpat adalah dosa dengan makhluk, lebih besar dari dosa berzina (dosa dengan Allah).
Rasulullah s.a.w bersabda “Sesiapa yang melihat saudara seagamanya diumpat dan dia tidak menolong saudaranya padahal dia boleh melarang atau menyokong saudaranya, maka Allah akan menghinanya di dunia dan akhirat” (Riwayat Ibnu Ad Dunya dari Anas)
Imam Abu Hanifah memberi wang kepada orang yang mengumpatnya kerana orang yang mengumpat itu memberi pahala kebajikan kepadanya.
Kita hendaklah melarang atau meninggalkan orang yang mengumpat saudara Islam yang lain. Orang Islam hendaklah menyayangi antara satu sama lain.
Sumber : nasbunnuraini.wordpress.com
No comments:
Post a Comment