Saturday, 5 March 2016

Kenapa ada tahun lompat ?


Kenapa Tahun 2016 bulan Februari ada 29 hari?

Sebab 2016 adalah tahun lompat (leap year).

Apa itu tahun lompat?

Tahun lompat mengandungi 366 hari, lebih 1 hari berbanding tahun bukan lompat. Hari yang terlebih itu adalah pada 29 Februari. Ia berlaku setiap 4 tahun. 

Tahun lompat seperti 2016 adalah gandaan daripada nombor 4.

2016 / 4 = 504. 

Sedangkan tahun 2013, 2014 dan 2015 sebelumnya bukanlah gandaan 4.

Kesan daripada tahun lompat ialah seseorang yang lahir pada 29 Februari hanya akan menyambut hari lahir 1 kali setiap 4 tahun sahaja. Jika dia berusia 100 tahun maka pada kek hari jadinya menunjukkan sambutan hari lahir ke-25. 

Bagaimana asalnya tahun lompat?

Apabila bumi berpusing mengelilingi matahari selama 365 hari, 4 jam 45 minit dan beberapa saat (bersamaan 365.2425). 

Itu bermakna setiap tahun kalendar kita kekurangan kira-kira 1/4 hari. Sebab kita hanya gunakan 365 hari dalam kalendar.

Bumi mengelilingi matahari = 365.2425 hari setahun. Sebanyak 0.2425 hari tidak dimasukkan ke dalam kalendar kerana bagi menggenapkan 365 hari sahaja untuk setahun.

Kiraan 1


Dari tahun 2013, 2014, 2015 dan 2016 ada set 4 tahun berturut-turut. Tahun 2012 sebelumnya adalah tahun lompat.

2012 = tahun lompat = 366 hari

2013 = 365.2425 hari. 
Yang digunakan 365 maka terkeluar 0.2425 hari.
2014 = 365.2425 hari. 
Yang digunakan 365 maka terkeluar 0.2425 hari.
2015 = 365.2425 hari. 
Yang digunakan 365 maka terkeluar 0.2425 hari.


Pada tahun 2016 berkumpul 0.2425 sebanyak X 3 = 0.7275 hari. Iaitu lebihan bagi tahun 2013, 2014 dan 2015.

Tahun 2016 sendiri ada 365.2425 hari 

2016  = 365.2425 hari + (0.2425 sebanyak X 3 atau 0.7275 hari) 
Jadinya =  365.97 hari.

Maknanya tahun 2016 ada 365.97 hari dan 0.97 hari itu dijadikan hari ke 29 dalam bulan Februari.

Tapi satu hari yang lengkap nilainya adalah 1, bukan 0.97. 

Maknanya ada kekurangan 0.03 hari. 1 - 0.97 = 0.03 hari.

Jadi bagi memudahkan kiraan, 0.2425 itu digenapkan menjadi 0.25 bersamaan 1/4 hari dengan tepat.

Kiraan 2 (Setelah  0.2425  menjadi 0.25)

2013 = 365.2425 365.25  hari. 
Yang digunakan 365 maka terkeluar 0.2425 0.25 hari.
2014 = 365.25  hari. 
Yang digunakan 365 maka terkeluar 0.25 hari.
2015 = 365.25  hari. 
Yang digunakan 365 maka terkeluar  0.25 hari.


Pada tahun 2016 berkumpul 0.25 X 3 = 0.75 hari. Iaitu lebihan bagi tahun 2013, 2014 dan 2015.

Tahun 2016 sendiri ada 365.25  hari 

2016  = 365.25 hari + ( 0.25 X 3 atau 0.75 hari) 
1 hari lebih = 0.25 (dari tahun 2016) + 0.25 X 3 atau 0.75 hari (dari tahun 2013, 2014, 2015) 
Jadinya 2016 ada 366 hari. 

Itulah asalnya penambahan 1 hari setiap 4 tahun. 29 Februari pada setiap tahun lompat.

Akibat menggenapkan 366 hari pada tahun lompat

Apabila ditambah 1 hari setiap 4 tahun, terdapat masa yang terlebih iaitu 11 minit setiap tahun. 

Bagaimana dapat lebihan 11 minit setahun?

Asalnya 0.2425 yang tidak dimasukkan dalam kalendar. 
Ia digenapkan menjadi 0.25 atau 1/4 hari atau 6 jam. 
Penggenapan itu menjadikan ada jurang 0.25 - 0.2425 = 0.0075 hari.

0.0075 hari = 0.18 jam
0.18 jam = 10.8 minit atau kira-kira 11 minit.
11 minit terlebih setiap tahun itu akan bertambah-tambah dari tahun ke setahun. Sehingga bertimbun-timbun sampailah jumlahnya 24 jam atau 1 hari. 

Menyebabkan kalendar terpaksa menolak 1 hari tersebut untuk selaras kembali. Dalam 400 tahun akan ada 3 hari ditolak daripada tahun-tahun lompat. Maka tahun lompat itu tak jadi tahun lompat tapi hanyalah 365 hari. 

Ia ditolak daripada tahun-tahun awal kurun. Sebagai contoh pada tahun 1600, ia adalah tahun lompat. Tetapi tahun 1700, 1800 dan 1900 tidak menjadi tahun lompat. Pada tahun 2000 ia menjadi tahun lompat kembali. 


Rujukan CBS

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...