Friday, 11 March 2016

Perihal Tun Dr Mahathir Dengan Pembangkang


Aku teringat apa yang Tun ajar dulu. Dan semua pakai teori Tun. Tun ajar apa maksud "marriage of convenience". Dalam Incikposmen ni pun ada beberapa posting yang dibuat menceritakan maksud itu.

Maksudnya ialah kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat pada ketika itu hanyalah "marriage of convenience". Ketika itu memang jelas ianya begitu. Kedudukan PAS di dalam Pakatan Rakyat sememangnya jelas, terang lagi bersuluh yang ia adalah rapuh. Walaupun ketika dalam masa-masa tertentu itu momentum politik mereka dilihat meningkat dan memuncak.

Para penyokong-penyokong PAS dan Pakatan Rakyat di atas tanah sana merasa selesa dan merasakan Pakatan Rakyatlah harapan mereka untuk menumbangkan Barisan Nasional. Realitinya sekarang Pakatan Rakyat tiada lagi dan yang tinggal hanyalah Pakatan Harapan.

Artikel Incikposmen di sini secara sinikal menjelaskan hubungan "marriage of convenience" di antara PAS dan DAP. Yang menjadi punca kenapa ia dipanggil sedemikian rupa. 

Sifat struktur kerjasama yang zahirnya rapuh itu seolah-olah dapat dibuktikan secara saintifik dalam eksperimen klinikal dalam lab. Dan sudah tentu keputusan kajian klinikal adalah lebih reliable berbanding kenyataan testimoni pada pamplet-pamplet, walaupun jumlah pamplet itu sangat banyak. Testimoni pengguna boleh ditokok tambah tidak menggambarkan realiti sebenar sesuatu produk.

Atas sebab sama jugalah Incikposmen telah mengeluarkan satu artikel ramalan apa yang bakal terjadi kepada Pakatan Rakyat ketika itu seperti di sini. Perang ideologi antara PAS dan DAP. Antara sebab utama yang menjadikan kerjasama Pakatan Rakyat itu rapuh. Kerana ketika itu ia telah mencapai tahap ilmul yaqin. 

Tetapi rapuhnya Pakatan Rakyat adalah lebih dari itu. Belum berperang lagi mereka telah retak dengan hanya pergaduhan-pergaduhan kecil. Akhirnya retak dan pecah. (Artikel Incikposmen selepas Pakatan Rakyat berpecah di sini). 

Sehinggakan Lim Kit Siang "menyumpah-nyumpah" selepas itu kerana mungkin beliau tidak menyangka ia akan serapuh itu. Serapuh itu, dan itukah yang dalam perancangan ke Putrajaya?

Adakah sekarang mereka tertipu dengan ketokohan? Aku teringat yang Tun pernah keluarkan kenyataan yang Tun tidak lagi mempunyai kuasa Perdana Menteri dan itu membataskan apa yang Tun boleh lakukan. 

Kerana itulah aku tertanya-tanya apakah formula yang berada di dalam minda Tun sekarang. Aku merasakan mungkin ada kekurangan dalam formula itu. Aku membayangkan adanya elemen yang tidak ditakrifkan dengan matang dalam formula itu. Tun hilang satu elemen yang penting. Ada satu benda yang Tun susah nak faham sejak dari dulu.

Aku pun geli hati juga bila DSAI keluar kenyataan sanggup memaafkan Tun tapi bukan Tun Daim. Politik ni macam-macam aneka warnanya. 

Tun kata masa tua nak beramal ibadah, tapi mungkin banyak sangat ibadah pun boleh menjemukan hati. Hati pun perlukan hiburan, kata Saidina Ali. Cuma aku tak sangka pula Tun pilih untuk bermain game strategy. 

<<*TAMMAT*>>



Nota: Walaupun Incikposmen bukanlah blog politik tetapi ia kadangkala menyentuh mengenai politik yang berkaitan dengan nasib umat. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...