Pekan Lawas Terletak Di Tepi Sungai Lawas Yang Indah |
Tapi aku tak nak cerita kat sini cerita tu. Pergilah tanya orang tempatan Lawas sendiri. Kisah tragis tetapi berakhir dengan happy ending. Sesuai dengan nama Lawas itu.
Ringkasnya, Lawas ni satu daerah di Sarawak terletak di hujung timur Sarawak bersempadan dengan Brunei dan Sabah.
Apa yang menarik di Lawas?
Apa yang menarik di Lawas?
Dari Miri ke Lawas, pihak MASwings contohnya ada menyediakan kapal terbang kecil Twin Otter yang hanya menampung penumpang seramai 19 orang.
Inilah dia Twin Otter. Mendarat di Lapangan Terbang Lawas. |
Hotel Seri Malaysia Lawas |
Hotel Sri Malaysia adalah hotel paling grand di Lawas. Selain itu kebanyakannya hotel-hotel di rumah-rumah kedai di dalam pekan. Rate penginapan di dalam hotel-hotel rumah kedai itu adalah kira-kira RM65.00 - RM90.00 bergantung kepada jumlah katil-katil.
Makanan Khas Lawas
Orang Lawas terkenal dengan makan dadah. Dadah ini sebenarnya adalah nama panggilan kepada makanan yang dikenali sebagai ikan tahai. Ikan tahai ini pula yang asalnya ikan tamban yang disalai. Orang di Lawas buat sup ikan tahai ini.
Ikan Tahai. Pek Kecil RM10.00. Besar RM15.00. |
Ikan Tamban Berlada. Siapa suka makan kerepek pedas mesti cuba yang ini. Ini bukan keropok atau kerepek, ia ikan tamban yang rangup dengan lada bergula merah. RM10.00 satu. |
Beras-beras Bario. Bermula RM10.00 sepeket. |
Garam Bukit. |
Pasar Besar Lawas |
Stesyen Bas Pekan Lawas |
Sungai berhadapan dengan Hotel Seri Malaysia. |
Di seberang sungai ini terdapat juga restoran-restoran yang dibuka pada waktu malam. Untuk pergi ke restoran-restoran ni perlu menyeberang dengan bot perahu yang disediakan.
Sebelum mengakhiri catatan ringkas ini, sesiapa yang nak cuba makan ikan tamban dan tahai tu mungkin bersederhanalah makan. Janganlah makan banyak-banyak sebab ikut ceritanya itulah asal usul perkataan lawas. Happy ending selepas kena sembelit. Tapi haritu aku makan banyak ok je.
Ok bye..
Restoran seberang sungai yang kelihatan meriah dengan lampu-lampu. |
Sebelum mengakhiri catatan ringkas ini, sesiapa yang nak cuba makan ikan tamban dan tahai tu mungkin bersederhanalah makan. Janganlah makan banyak-banyak sebab ikut ceritanya itulah asal usul perkataan lawas. Happy ending selepas kena sembelit. Tapi haritu aku makan banyak ok je.
Ok bye..
No comments:
Post a Comment