SEBAGAI MENGULAS TULISAN TUN DR MAHATHIR
1. Saya melihat serangan daripada ayahanda Tun Dr Mahathir terhadap Datuk Seri Najib baru-baru ini sebagaimana yang boleh dibaca melalui blog tulisan Tun itu adalah suatu langkah yang nekad daripada Tun. Sudah tentu beliau mempunyai matlamat tertentu untuk itu.
2. Dalam mencapai matlamat itu, Tun Dr M telah mengungkit beberapa perkara yang dianggapnya kelemahan DSN. Dua perkara yang bolehlah dianggap utama di sini ialah isu Altantuya dan juga isu 1MDB.
3. Di sini saya tidak mahu mengulas mengenai isu 1MDB kerana isu ini diluar pengetahuan saya. Saya dapati juga Tun Dr M mempunyai beberapa maklumat khusus mengenainya yang diluar pengetahuan saya. Kerana saya tidak ada maklumat seperti itu, saya juga tidak mampu mengulas isu 1MDB ini. Akhirnya saya mengharap isu ini diselesaikan dengan baik di antara Datuk Seri Najib. Di sini saya bersetuju dengan KJ, yang DSN sepatutnya mendengar dan memberi perhatian kepada teguran TDM itu.
ISU ALTANTUYA
4. Apa yang saya ingin ulas ialah berkenaan dengan isu Altantuya. Pada pandangan saya, adalah tidak adil bagi DSN dikaitkan lagi dengan isu ini. Sebabnya, mahkamah telah memutuskan penghakimannya terhadap Sirul dan Azilah sebagai bersalah melakukan pembunuhan tersebut. Di dalam mahkamah, seharusnya segala-galanya telah terbongkar dan tiada sebarang kenyataan yang mengaitkan kedua-duanya dengan arahan DSN.
5. Apa yang mungkin dilihat perkaitan ialah dengan Razak Baginda. Beliau telah dibicarakan dengan sepatutnya dalam proses mahkamah. Cuma Razak Baginda dikaitkan dengan Najib kerana beliau adalah orang kepercayaannya dan rapat dengannya.
6. Tetapi adakah hubungan rapat dan menjadi orang kepercayaan itu menjadi faktor yang Najib mengarahkan pembunuhan itu? Logiknya akan terjatuh kepada dua kemungkinan iaitu ya atau pun tidak. Persoalan itu sudah pun melalui proses mahkamah dan tiada bukti yang menunjukkan adanya arahan daripada Najib kepada Razak Baginda atau arahan kepada Sirul dan Azilah.
7. Jika Sirul dan Azilah benar-benar mendapat arahan daripada Najib sudah tentu mereka akan memberitahu peguambela mereka iaitu Zulkifli Nordin yang pada ketika itu masih lagi pembangkang malah menjadi orang kepercayaan DSAI. Jika benar, sudah tentu mereka akan membuat kenyataan seperti itu untuk menyelamatkan nyawa mereka. Tetapi mengikut Zulkifli Nordin, kedua-duanya menafikan sekeras-kerasnya penglibatan DSN dalam perbuatan mereka itu.
8. Berbanding dengan DSAI yang menolak untuk bersumpah laknat dalam kes Saiful Bukhari, DSN telah bersumpah dengan nama Allah yang beliau tidak pernah mengenali Altantuya, di dalam masjid Guar Perahu, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Sumpah ini bersama-sama bukti-bukti yang lainnya jelas menunjukkan tiada penglibatan DSN dalam kes Altantuya ini.
9. Kalau nak ikutkan perangai pembangkang, sudah tentulah mereka ingin mendapatkan momentum politik yang berterusan atas isu ini. Apabila Sirul yang telah berjaya melarikan diri ke Australia, mereka mengambil kesempatan ini dengan melakukan stunt yang jelas sesuatu yang mereka pelajari daripada guru master of perception (as well deception), DSAI.
10. Disinilah khilaf saya dengan pandangan Tun Dr M. Adakah atas stunt seperti ini, TDM telah membuat kesimpulan yang DSN tidak dapat menjawab tuduhan terhadapnya? Jika TDM mengambil kira pula persepsi orang yang hanya berdasarkan andaian, maka perlulah dikenang pada zaman TDN dulu, bermacam-macam propaganda yang dikenakan terhadap TDM sehingga digelar Firaun dan Mahazalim. Adakah ini semua menjadi benar dengan hanya semata-mata cakap-cakap orang.
SIRUL DAN PIHAK-PIHAK ITU
11. Siapa yang ada kepentingan dengan Sirul di Australia? Siapa yang mendapat keuntungan sekiranya Sirul menyatakan sebaliknya?
12. Keberadaan Sirul di Australia itu ibarat gula yang menarik perhatian semut. Pembangkang yang bergurukan DSAI sudah tentu menggunapakai kesempatan ini. Sejauh mana kemampuan mereka untuk memanipulasi isu ini masih lagi menjadi tanda-tanya. Ini bergantung kepada keupayaan mereka untuk berunding dengan Sirul dan memujuknya untuk membuat pengakuan bersumpah atau kenyataan-kenyataan yang merugikan DSN.
13. Adakah Sirul yang tidak mahu membabitkan DSN semasa ditanya Zulkifli Nordin itu akan membabitkannya pula selepas ini? Apakah alasannya dalam mengubah kenyataan itu.
14. Selain daripada pembangkang, anasir tertentu di Autralia juga yang cenderung kepada DSAI, DAP, LGBT dan human rights juga adalah pihak yang mungkin bersekongkol dengan pembangkang di Malaysia bagi mendapatkan momentum politik yang tinggi dari isu ini.
15. Anasir-anasir tertentu daripada Australia ini, sememangnya sudah tidak berahsia lagi dalam campur tangan mereka dalam hal ehwal politik Malaysia. Mereka terlibat dalam PRU 13 yang lepas dan berusaha menumbangkan BN. Setelah selesai PRU, mereka terang-terangan menganalisa serta mengulas kegagalan mereka untuk menumbangkan BN di internet.
16. Faktor sokongan orang Melayu yang berusaha mempertahankan agama Islam dan Raja dilihat mereka sebagai halangan utama kepada gerakan mengubah sistem demokrasi di Malaysia supaya lebih liberal dan secocok dengan fahaman mereka.
17. Kekhilafan saya ini dengan TDM, perlu saya nyatakan. Kerana pada isu ini, saya lihat hujah TDM tidak kuat dan hanya berdasarkan persepsi orang yang mereka juga berdasarkan kepada andaian. Jika hendak mengambil kira berapa ramai yang termakan propaganda pembangkang pada kempen mereka yang lepas, memanglah kerosakannya agak ketara.
18. Tun Dr Mahathir janganlah terkejut jika masih ada yang mendakwa Tun sudah mengaku menganiaya DSAI. Mereka mengatakan melihat ini di dalam klip video (yang dikerat) di Youtube. Jika diberikan penjelasan yang itu adalah seloroh daripada Tun, mereka tidak mahu dengar dan menganggap persepsi mereka adalah betul.
19. Pokoknya, isu Altantuya yang dibawa ini adalah lemah. Walaupun beberapa kenyataan yang diberikan oleh Sirul dari Autralia itu dilihat mula bersifat hostile kepada pihak DSN tetapi perlu diingat, undang-undang Australia tidak menyekat komunikasi Sirul dengan orang luar. Oleh itu sesiapa pun boleh berunding dengan Sirul samada dari dalam atau pun luar Australia. Kita tidak tahu apakah rundingan mereka ini.
20. Bagi ahli-ahli politik pula, mungkin sukar bagi mereka untuk menerima pandangan Tun ini. Ada yang menyatakan semasa pemerintahan Tun dahulu, Tun mengarahkan sokongan penuh kepada Perdana Menteri. Mengapa tidak DSN? Saya tidaklah mahu mengulas sangat dari segi politik sebenarnya. Apa yang saya ulas ini adalah pandangan saya bukan dari sudut politik. Ianya berdasarkan fikiran yang munasabah dan bukti serta fakta yang sedia ada. Walau bagaimanapun, harapan saya semua akan berakhir dengan baik.
Pak Long @ Incikposmen
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
English Section (Mixed)
- In defence of true teaching of Islam
- What is Westworld all about? 18 ++
- Kingsman : About reducing population
- The Science of "Angels and Demons".
- A visit to the scenic Putrajaya (1).
- If God Really Exists, How About His Level Of Supremacy?
- ROHINGYA : THE BEGINNING OF GLOBAL POPULATION REDUCTION AGENDA ?
- A little girl speaks her mind about the universe and concept of God.
- Meaning In English : Malay Song Selamat Malam Rohingya
Ulasan Filem, Drama Siri
Sains dan Tadabbur Alam
- Hubungan Akal dan Jantung (Hati)
- Misteri Gerhana Bulan Darah
- Bersedia Menghadapi Impak Penemuan Saintifik Terbaru
- Discovery Channel.. fahaman sains Morgan Freeman dan umat Islam kini.
- Atom Wujud Tanpa Tempat (khusus)
- Maksud dan Makna Metafizik - Sheikh Hamza Yusuf
- Apa itu Dark Matter dan Dark Energy?
- Tiga Tahap Kesedaran - Michio Kaku
- Teori Lubang Hitam Sebagai Pintu Alam Malakut
- Rahsia Binari
- Sains Berasaskan Pemikiran Manusia & Kisah Telur Ayam
Segalanya Bisnes
- Bisnes : Cerita Rebranding Produk
- Bisnes : Budaya bisnes penuh penipuan vs ajaran Islam Gambar Hiasan Semata
- Kisah Bisnes : Strategi Blue Ocean dalam Bisnes
- Permintaan Dan Tawaran
- BISNES : HUKUM MENGGUNAKAN PERISIAN CETAK ROMPAK ATAS TUJUAN PERIBADI
- Bisnes : Zaman Globalisasi Yang Mengancam Bisnes Terkawal
- Tips bisnes : Ada kalanya, connection bukan faktor penentu.
- Kisah Bisnes : Mentaliti Yang Salah
- Kisah Bisnes : Ajaran Sesat Yang Tidak Terdaftar-daftar?
Lirik dan Makna Lagu
- Terjemahan Qasidah Khairul Bariyyah - Abdul Salam Al-Hasani
- Terjemahan Qasidah Allahu Allahu Assubhu bada
- Terjemahan Dan Makna Qasidah Allah.. Allah.. Ma Lana Maulan Siwa Allah
- Lirik dan makna nasyid Bada’na بَدَأْنَا - Nadamurni Rabbani
- Makna dan terjemahan : Nasyid Hayya Bil Jihad - Brothers
- Terjemahan Lirik Nasyid Man Ana - Brothers
- Lirik Nasyid Imad - Qalbi Yunadi (Album Munaya)
- As-Subhu Bada - Owais Qadri ( Lirik dan Terjemahan )
- Assalamualaika Ya Rasulallah - Maher Zain ( Lirik dan terjemahan )
- Terjemahan Qasidah Burdah - Mesut Kurtis
- Makna dan Lirik Lagu Deen Assalam : Sulaiman Al Mughni
- Nasyid : Araftuka ( عرفتك ) - Lirik dan Makna
- Ya Badra Tim - Melihat Makna dan Terjemahan يا بدر تم
- Ya Robbi bil Mustofa Balligh Maqosidana - Lirik dan Makna
- Terjemahan Lirik Lagu 'صلوا على خيرالانام' Sollu ala Khairil Anam
- Makna Dan Terjemahan Lagu Lau Kana Bainana Al-Habib لَوْ كَانَ بَيْنَنَا الْحَبِيْب
- Meneliti Makna dan Maksud lirik lagu Kun Anta كن انت #Kun Anta
- Makna dan Maksud Lirik Ya Hanana يَا هَنَانَا
- Meaning In English : Malay Song Selamat Malam Rohingya
- Ya Taiba - Lirik dan Makna
Sejarah, Cerita dan Hikayat
- Minister Kristian mendapat petunjuk melalui seorang kanak-kanak Islam
- Ulasan Buku - Origin (Asal-usul) : Dan Brown
- Mat Salleh ingin mencuba guru silat tapi terperanjat kerana berakhir terlentang di atas lantai
- Teori siapa Hang Tuah
- Misteri Gusti Putri Raden Ajeng Retno Dumilah
- Sejarah kopi dan jenis-jenis kopi
- Banduan Teragung Indonesia.. Gayus Tambunan.
- Cerita sains fiksyen : Satu makhluk yang tiada..
- Kisah Gambar Yang Dipertuan Agung pada duit kertas negara Malaysia.
- Kisah-kisah mistik Shamsiah Fakeh
- Indonesia rindu kesultanan, bangsamoro berperang tegakkan kesultanan, ada rakyat Malaysia nak buang Sultan?
- Pandangan Pak Long tentang ceramah Puan Zaharah Sulaiman
- Kisah Ahmad Ibnu Fadlan Bertemu Orang-Orang Viking
No comments:
Post a Comment