Monday 6 April 2015

Setelah GST : Jurang harga yang ketara di antara dua jenis peniaga!!


Ini dilihat lebih pelik daripada Gerhana Bulan Darah. Ini terjadi setelah perlaksanaan GST, terdapat dua jenis peniaga.

1. Peniaga yang naikkan harga barang selepas GST.
2. Peniaga yang tidak menaikkan harga barang selepas GST.

Sebab kewujudan peniaga mencekik darah inilah wujudnya perbezaan ketara diantara kedua barang jualan tu.

Aku pun jadi pelik, sebab aku suka makan kacang gajus. Aku beli di stesyen minyak ni. Kacang gajus yang selalu aku beli dulu berharga RM3.50 sebungkus. Tiba-tiba selepas GST harganya jadi RM4.00. Itu sudah RM0.50 perbezaannya. Dah 14% kenaikan, sedangkan GST tu kan 6%.

Puas aku memikirkan kenapa ia boleh jadi macam tu. Adakah kos 6% itu dikira setiap kali produk bertukar tangan daripada manufacturer kepada orang tengah, orang tengah, orang tepi dan akhirnya penjual?

Yang peliknya ada pula kedai yang boleh jual harga sebelum GST dilaksanakan. Tak naikkan harga.

Seorang pemilik Facebook telah membuat perbandingan harga di antara dua Gedung Membeli belah. Terdapat jurang harga yang sangat ketara. Kenapa ini terjadi?



Bolehkah dikatakan apa yang berlaku di Malaysia ini satu fenomena ekonomi yang sangat rare dan perlunya mendapat kajian dalam dunia akademik. Selalu kita mendengar tentang teori pertentangan di antara miskin dan kaya dan di antara golongan buruh dan pengilang serta macam-macam teori lain.

Tapi ini berlaku apabila adanya peniaga atau pengeluar yang tidak sedar diri yang margin keuntungan yang mereka ini sudah melampau. Tetapi dengan tamaknya mengambil kesempatan untuk menaikkan lagi harga walau dengan harapan dapat berselindung di sebalik GST.

Mereka mungkin mempelajari daripada ahli-ahli politik yang suka memesongkan persepsi rakyat. Yang beban kesalahan itu akan dipindah kepada kerajaan kerana melaksanakan GST. Sedangkan sesetengah daripada mereka itu dah naikkan harga berlipat kali ganda sebelum GST dilancarkan lagi.

Mungkin sama seperti hujah semata-mata alasan mereka dahulu. Tak dapat menurunkan harga sebab harga minyak tak turun.

Aku sebagai pembeli merasa geram dengan ketamakan mereka ini. Apakah tidak cukup lagi keuntungan dengan margin tinggi yang mereka reka sebelum ini? 

Apa-apa pun sebagai pembeli kita mesti ingat, kuasa membeli ada pada kita. Teori asas ekonomi mesti kita pegang. Jika tiada permintaan pengeluaran akan berkurang. Mereka terpaksa juga menurunkan harga. 

Mungkin apa yang tepat di sini ialah, permintaan itu ada. Daripada kita, tetapi kita hanya akan membeli daripada mereka yang menawarkan harga yang munasabah. 

Kita tak mahulah budaya tamak peniaga ini berleluasa di negara kita. Kita perlu ajar mereka!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...