Wednesday, 22 April 2015

Isu premis komersial boleh jadi gereja - PBT vs Exco kerajaan Negeri Selangor

Untuk makluman adik-adik yang sedang belajar, PBT ni maksudnya pihak berkuasa tempatan. Mereka ni pegawai-pegawai pentadbiran dan bukannya ahli politik. Walau bagaimanapun mereka melaksanakan dasar atau keputusan yang dibuat oleh ahli-ahli politik melalui perundangan yang berkuatkuasa dan juga peraturan.

Dasar ni pula akan diterjemah kepada penggubalan undang-undang. Undang-undang perlu digubal, diluluskan melalui undian Dewan Undangan Negeri dan diwartakan. Sebarang dasar yang bertentangan dengan undang-undang yang berkuatkuasa maka dasar itu tidak boleh dilaksana. 

Undang-undang yang berkuatkuasa, yang itulah PBT laksanakan. Bukan yang baru nak bincang atau belum jadi undang-undang lagi. Atau arahan lisan daripada aggota Exco tetapi bertentangan dengan undang-undang. Undang-undang yang berkuatkuasa akan sentiasa berada di atas.

Exco ni terdiri daripada ahli-ahli politik yang menang dalam pilihanraya. Exco dikuasai oleh parti atau komponen yang menang dan membentuk kerajaan negeri. Mereka ini membuat dasar bagi sesebuah kerajaan negeri dan menjalankan pemerintahan bagi pihak Sultan sesebuah negeri.

Arahan daripada mereka mestilah selari dengan undang-undang. Kalau tak selari maka tak sahlah arahan itu. Walaupun anggota pegawai pentadbiran salah faham dan anggap ianya sah. Kalau ada pertikaian mengenai sah atau tidaknya ia perlu dibawa ke mahkamah bagi menentukannya.

Isu sekarang ialah PBT mendakwa yang premis komersial yang ditukar menjadi gereja itu adalah tidak mendapat lesen dan permit. Maka jadilah gereja haram. Atau pun, jika keperluan lesen dan permit itu dinyatakan dalam undang-undang, premis itu tidak pernah menjadi gereja pun. Sebab gereja perlu ada lesen dan permit, kalau tak ada lesen dan permit gereja tak ada. Boleh faham?
Pegawai Perhubungan Awam MBPJ, Zainun Zakaria, dilaporkan berkata unit rumah kedai tersebut tidak mempunyai lesen untuk beroperasi sebagai sebuah gereja.
Pemiliknya juga dilaporkan tiada permit meletakkan salib pada bangunan itu.
“Semua tempat-tempat ibadat yang ingin memaparkan logo atau simbol pada bangunan mesti mempunyai permit majlis yang merupakan pihak berkuasa tempatan.
“Tidak kisah sama ada ianya (simbol) teratai, trident atau salib, permit majlis diperlukan,” katanya seperti dilaporkan The Star Online, hari ini.
Katanya, lot kedai yang hendak ditukar kepada tempat ibadat atau pusat meditasi mesti mematuhi Seksyen 70 (12) Akta 133 dan permohonan bertulis dengan aktiviti dinyatakan hendaklah dikemukakan untuk kelulusan. Sumber Isma.
Exco pula mendakwa ada kuasa memberikan arahan kepada PBT dan PBT pula didakwanya perlu akur dan tertakluk kepada arahan Exco. Itu dakwaan Exco itu. Apa status sebenarnya?

Sejak bilalah gereja boleh dibina sesuka hati dalam penempatan orang melayu? Cuba ingatkan. Ada blog2 yang tunjuk gereja-gereja kat pekan dan bandar tu kena ingatlah yang itu sudah tentu mendapat kelulusan PBT waktu itu. Itu pun terhad kepada jumlah pengganut kristian dalam kawasan pekan atau bandar itu.

Ikut Perlembagaan Persekutuan, agama Persekutuan adalah Islam. Agama yang lain bebas diamalkan tetapi tidak bebas disebarkan. Ini yang Elizabeth Wong Exco kerajaan Negeri Selangor tu tak nak sebut habis-habis. Dia kata bebas diamalkan saja. 
Elizabeth Wong, who is the co-chair on the Selangor state committee on non-Islamic affairs (HESI), said MBPJ councillors confirmed at a meeting today with the Community of Praise Petaling Jaya Church representatives, advisors to her state committee and several lawmakers that the previous state committee has been allowing churches to operate in commercial premises without permits since 2008, and that churches only need to notify the committee. 
“This is based on the principle that Article 11 of the Federal Constitution embodies freedom of worship,” Wong said in a statement. Link
Tak bebas disebarkan sebab untuk melindungi orang-orang melayu dan Islam yang lain. Supaya mereka teguh memegang agama yang benar yang mentauhidkan Allah. Supaya mereka mati dalam Islam. Sebaik-baik pengakhiran kehidupan.

Exco ni mendakwa sejak 2008, premis komersial dibenarkan dioperasikan menjadi gereja tanpa permit yang perlu dipohon. Pihak yang mengoperasikannya hanya perlu memaklumkan sahaja berkenaan operasi itu.

Inilah yang mengelirukan. Dilihat bercanggah dengan kenyataan PBT yang melaksanakan undang-undang berkuatkuasa.

Ada berapa banyak premis komersial dalam negeri Selangor? Bayangkan sebanyak itu boleh ditukar menjadi gereja tanpa permit?

Apa jadi sekiranya dalam kampung orang melayu ada beberapa premis komersial atau rumah kedai. Datang orang bukan Islam membeli kesemua itu dan ditukar menjadi gereja, adakah ia mungkin?

Ini menimbulkan persoalan, apa yang berlaku kepada kerajaan negeri Selangor yang bertanggungjawab kepada Sultan Selangor. Sultan Selangor adalah ketua agama Islam di negeri Selangor. Apakah penyebaran dan pembukaan gereja melalui premis perniagaan tanpa had tidak dianggap penyebaran agama, walaupun dilakukan dalam komuniti orang melayu dan Islam.

Inilah isu yang perlu dihadapi umat Islam khususnya di negeri Selangor. Sekiranya ia tidak dapat diselesaikan, tindakan undang-undang perlu diambil bagi menjaga status agama Islam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...