Tuesday 21 April 2015

Isu Premis komersial jadi gereja : Kenyataan Exco Selangor - Elizabeth Wong mengelirukan.

Ni yang aku tak faham, kalau masjid nak beroperasi pun kena ada permit daripada kerajaan negeri macamana Exco Selangor ni boleh kata gereja-gereja boleh beroperasi dalam premis komersial tanpa permit?
Elizabeth Wong, who is the co-chair on the Selangor state committee on non-Islamic affairs (HESI), said MBPJ councillors confirmed at a meeting today with the Community of Praise Petaling Jaya Church representatives, advisors to her state committee and several lawmakers that the previous state committee has been allowing churches to operate in commercial premises without permits since 2008, and that churches only need to notify the committee. 
“This is based on the principle that Article 11 of the Federal Constitution embodies freedom of worship,” Wong said in a statement. Link
Isu lain yang timbul ialah;

Adakah perundangan negeri Selangor sebenarnya membenarkan pembukaan gereja-gereja iaitu rumah ibadat orang bukan Islam tanpa batasan?

Betulkah Exco negeri Selangor telah membenarkan gereja-gereja beroperasi dalam rumah-rumah kedai tanpa permit?

Adakah kebenaran oleh Exco kerajaan negeri Selangor ini di dalam bidang kuasa mereka? Betulkah mereka boleh memberikan arahan sedemikian?

Adakah rakyat Selangor khususnya orang-orang PAS reda dan bersetuju pimpinan yang mereka undi dahulu, mereka undi untuk memudahkan rumah-rumah kedai dioperasi menjadi gereja-gereja?

Bolehkah gereja di buka dalam kampung orang melayu jika ianya boleh dibuka dalam rumah kedai dalam komuniti majoriti orang melayu?

Bukankah terdapat undang-undang Islam di negeri Selangor dan ianya perlu dirujuk bagi penyebaran agama bukan Islam. Pembukaan gereja tanpa had sudah tentu melibatkan penyebaran agama bukan Islam dan ianya bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang menyekat penyebaran agama bukan Islam. 

Walaupun orang bukan Islam bebas mengamalkan agama masing-masing ini bukanlah bermakna mereka boleh membuka premis ibadat di mana-mana mereka suka tanpa had.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...