Friday 3 February 2017

Debaran Kapal Flotilla ke Myanmar


Kapal Nautical Aliya telah pun berlayar ke Yangon, Myanmar semalam 3 Februari 2017 dan dijangka tiba 7 atau 8 Februari 2017. Myanmar telah pun memberikan kebenaran kepada bantuan Flotilla tersebut tetapi dengan beberapa syarat.

Syarat-syarat ini telah menyebabkan misi bantuan ini terhalang daripada beberapa segi. Bantuan asalnya dirancang untuk diberikan terus kepada masyarakat Rohingya tetapi Myanmar mengenakan syarat bantuan mesti diserahkan melalui pihak berkuasa Myanmar.

Selain itu, Myanmar juga mengenakan syarat supaya bantuan itu tidak diagihkan kepada orang Rohingya sahaja, sebaliknya diberikan juga kepada etnik lain yang memerlukan.

Persoalan sekarang ialah sejauh mana bantuan ini boleh pergi. Adakah petugas-petugas dari sukarelawan dibenarkan memberikan bantuan itu secara langsung kepada orang Rohingya yang memerlukan?

Jika pihak berkuasa Myanmar sendiri yang memberikan bantuan, timbul persoalan adakah bantuan diberikan secara adil atau sampai kepada orang-orang Rohingya tersebut?

Melihatkan senarai kekejaman yang tidak berperi kemanusiaan dilakukan oleh pihak berkuasa Myanmar sebagaimana yang dilaporkan oleh Laporan UN Human Right Flash Report baru-baru ini, timbul keraguan mereka boleh bersikap adil dalam menyerahkan bantuan tersebut.
Pautan ke Laporan. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...