Friday 3 February 2017

Bertegas Untuk Beri Sendiri Bantuan Kepada #Rohingya #FlotillaRohingya


Presiden MAPIM, Tuan Haji Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu interview dilakukan oleh Rohingya VisionTV menyatakan kerajaan Myanmar bertegas untuk mengambil alih bantuan Flotilla dan menyerahkan bantuan tersebut kepada masyarakat Rohingya melalui pihak berkuasa Myanmar.

Kerisauan timbul kerana bantuan yang diberikan oleh pelbagai pihak di peringkat antarabangsa sebelum ini membuktikan ia tidak sampai sepenuhnya ke orang-orang Rohingya di Myanmar. 

Presiden MAPIM tersebut juga menyatakan pihak Flotilla dari Malaysia akan bertegas untuk menyerahkan sendiri bantuan flotilla kepada orang Rohingya mangsa keganasan pihak berkuasa Myanmar dan golongan sami budha yang rasis itu. Ini kerana bantuan tersebut adalah amanah daripada orang ramai, termasuklah orang perseorangan yang membelanjakan sekadar apa yang ada bagi membantu orang-orang Rohingya yang menjadi mangsa kekejaman penghapusan etnik.


"Ia adalah satu tanggungjawab, ia adalah amanah. Kita tak boleh berikan kepada pihak berkuasa Myanmar. Ia adalah satu amanah yang dipikul untuk menyerahkan kepada orang Rohingya. Mereka (pihak berkuasa Myanmar) kena terima inilah sahaja cara untuk melakukannya. 
Tak ada cara lain." 
Kata Tuan Haji Mohd Azmi Abdul Hamid.

Sekiranya pihak berkuasa Myanmar bersetuju dengan syarat itu barulah bantuan daripada kapal Flotilla yang bernama Nautical Aliya itu diturunkan. Jika tidak, pihak Flotilla tidak akan menyerahkannya kepada pihak kerajaan Myanmar dan akan memikirkan cara lain. 

Bersama-samalah kita mendoakan agar segala bantuan itu dapat diserahkan kepada mangsa-mangsa sebagaimana dirancang.

Keywords
Flotilla Rohingya, Flotilla dihalang, Flotilla tidak sampai, Myanmar tidak bersetuju, 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...