Tuesday 29 August 2017

Berita Durian 29 Ogos 2017

kredit Wikipedia : Kalai
Dikhabarkan sesiapa yang pergi ke Batu Kurau, Perak la ni tak dak durian dah. Beberapa pokok yang diambil sample untuk diperhatikan pun tidak menampakkan sebarang biji durian tergantung. Jadinya durian Batu Kurau Perak dah habis.

Sample orang kampung mengatakan durian tak menjadi. Sebab banyak tupai. Kalau mak cik tu tipu, maka tipulah di sini. 

Yang ada la ni kalau nak cari juga di Grik, Perak. Dan juga banyak durian di lihat di jual di Kelantan seperti Pasir Mas dan Jeli. Terengganu pun ada jugalah. 

Info bagi sapa-sapa yang cuti sekolah nak pi cari durian. 
Ada jugak orang buat pesta kata durian dari Batu Kurau. Tak taulah. Tapi yang ada di Batu Kurau tu pun durian Grik. Bila tanya yang ada di Grik tu durian Kelantan. Hangpa carilah sendiri.

Durian kampung Kelantan pun sedap juga isinya, la ni harga dia dalam RM12.00 sekilo. Kalau di Ekspo belah pantai barat ni durian gred A boleh dari RM25.00 sekilo. Tapi di Batu Kurau, durian Grik yang berjenama dijual RM20.00. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...