Wednesday 30 August 2017

3 peristiwa istimewa 30, 31 Ogos dan 1 September 2017


Sekadar ingin merakam saat-saat bersejarah di blog ni.

Harini 30 Ogos 2017 sukan SEA 2017 menutup tirainya dengan Malaysia mendapat tempat teratas dengan 145 pingat emas, yang merupakan pencapaian terbaik dalam sejarah negara. Tahniah kepada para atlet serta rakyat Malaysia atas kejayaan yang manis ini. 


Besoknya pula pada 31 Ogos 2017 adalah hari Merdeka. Jatuh hari Khamis. 

Kaabah : Kredit Wikipedia
Hari yang sama juga adalah hari 9 Zulhijjah 1438 dalam kalendar Islam iaitu hari wukuf di Arafah bagi yang menunaikan ibadah haji. Sebagaimana riwayat hadis menyatakan Haji itu adalah Arafah. 

Jatuh pula pada hari Khamis yang kebiasaannya dikenali sebagai hari puasa sunat. 

Kemudiannya pada 1 September 2017 umat di sini bakal meraikan ibadah kurban sempena Aidil Adha. Jatuh pula pada hari Jumaat penghulu segala hari. 

Sedang umat Islam lain di Syria, Rohingya, Palestin, Iraq, Afghanistan dan lain-lain tempat diuji dengan pelbagai kesusahan, kita umat di Malaysia mendapat nikmat-nikmat dunia. Wajiblah kita bersyukur atas nikmat-nikmat ini. Alhamdulillah. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...