Wednesday 9 August 2017

Makna BIN dalam nama-nama Melayu

Credit : Youtuber Всеволод Кочнев

Nama saya Abdul Rashid bin Muhammad Ihsan.

Perkataan "bin" yang biasanya ada di dalam nama-nama rasmi orang Melayu berasal daripada perkataan Arab iaitu Ibn atau Ibnu. Jika dilihat di dalam clip youtube di atas, perkataan ibnu terdengar disebut sebagai "ibin". Itu adalah slang bagi orang Arab apabila berkata-kata.

Watak Ahmad Ibnu Fahdlan di dalam clip itu pula menjelaskan makna ibn itu adalah "son of". Di dalam Bahasa Melayu pula, tidak dapat tidak terjemahan literal "son of" adalah "anak lelaki kepada (si fulan)". Oleh itu, makna bin itu memanglah membawa maksud "anak lelaki kepada.."

Jika dipakai semula kepada nama di atas, maka bunyinya ialah Nama saya Abdul Rashid anak lelaki Muhammad Ihsan. Jelas di sini maksud bin dan anak lelaki itu adalah sama.

Cuma dari segi adat dan amalan di dalam negara, orang Islam di Malaysia meletakkan nama bin bagi identiti beragama Islam. Tetapi terdapat juga kalangan non-muslim yang menggunapakai perkataan bin sebagai identiti mereka. Contoh-contoh seperti ini boleh didapati di Sabah dan Sarawak serta di kalangan orang-orang asli. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...