Wednesday 23 August 2017

Edisi Siasat : SEBAB Kenapa Bendera Indonesia Diletakkan Terbalik !!

Bendera Variasi 1
Siapakah yang membuat angkara yang memasang bendera Indonesia secara terbalik? 

Adakah ia satu kesengajaan atau provokasi terhadap satu bangsa yang mudah terusik emosinya. Sedangkan kes lumpia Cina yang berasal dari China pun ada rakyat Indonesia bernafsu amarah kepada Malaysia sehingga meletakkan tahi atas bendera Malaysia seperti di sini. Inikan pula kesilapan menggambarkan bendera mereka sendiri di dalam pamplet Sukan SEA. Apatah lagi adanya pula kalangan mereka yang mengambil kesempatan membuat bisnes atas amarah dan mengapi-apikan kebencian pihak tertentu dengan melakukan demonstrasi dengan perbuatan yang begitu buruk. 

Mungkin ada yang menyangka Incikposmen sengaja menerbalikkan bendera Indonesia di atas.  Itu sangkaan yang buruk ye. Sebenarnya itu adalah bendera negara Poland. Kalau tak percaya bolehlah tengok di Wiki sini. 

Bendera negara Poland ini mempunyai warna putih di atas dan warna merah di bawah. Sementara itu bendera Poland ni ada dua variasi. Satu lagi variasi rupanya begini. 

Bendera Poland Variasi 2
Variasi 2 ada lambang burung dalam background merah. Biasanya lambang diletakkan sebelah atas bendera. Biasanya sebelah kiri. Macam bendera Jalur Gemilang Malaysia. 

Bendera Indonesia
Di atas pula adalah bendera Indonesia yang diambil dari Wikipedia jua seperti di sini.


Yang ni kalau tanya orang Parti Amanah pun dia tau bendera apa. Ini kalau tidak ketahuan juga, namanya Sang Saka Bangsa ye bapak-bapak. 

Bendera Singapura
Bendera Singapura pula merahnya di atas dan putih di bawah, tetapi kerana ada lambang bulan bintang itu sudah pasti sukar diterbalikkan kerana sudah ketahuan lambangnya sudah pasti di atas. 

Selain Poland, sejarah negara republik Czech juga pernah mempunyai bendera sama seperti variasi 1 bendera Poland di atas. Sebelum republik itu bertukar kepada bendera 3 warna pada hari ini.



Untuk membezakannya kenalah ada ilmu. Nak buat pamplet juga kenalah ada ilmu dan kemahiran. Bagi bendera putih dan merah seperti di atas, sekiranya tidak berhati-hati atau tidak perasan boleh jadi berlakunya kesilapan. Ye lah, bukan semua orang yang mengingati semua warna pada bendera-bendera. Atau mungkin sahaja orang itu seringkali pergi ke negara Poland dan hanya mengingati warna putih di atas. 

Ketidaksengajaan adalah ketidaksengajaan. Menteri Sukan Malaysia juga telah memohon maaf secara rasmi kepada Indonesia dalam hal ini. Pemerintah Indonesia juga faham isu ini dan menerima itu sebagai ketidaksengajaan. 

Ada juga yang mengungkit dalam sejarah Sukan SEA di Indonesia tahun 2011 juga satu bendera Malaysia telah dinaikkan dengan jalur yang tidak mencukupi. Pihak Indonesia telah meminta maaf dan Malaysia tidak ada masalah memberikan kemaafan. Sebab itu satu kesilapan yang tidak disengajakan.

Tetapi dalam isu pamplet sukan SEA tahun 2017 ini, ada pihak dari dalam Indonesia sendiri yang mengapi-apikan isu ini bagi membakarkan lagi sentimen kemarahan dan seterusnya kebencian yang tidak munasabah dalam hati rakyat Indonesia yang dizahirkan dengan demonstrasi yang memburukkan seperti membakar bendera Malaysia. 

Mungkin ada yang mengatakan itu hanyalah bisnes demonstrasi oleh kumpulan-kumpulan kecil di Indonesia yang mengambil upah dari pihak-pihak tertentu yang mempunyai agenda politik aneh dan tersendiri. 

Rakyat Malaysia pula seharusnya tidak terikut-ikut dengan budaya buruk seperti ini sekiranya hendak menjadi satu bangsa yang maju dan bertamadun tinggi. 


Keywords

Bendera Indonesia terbalik Sukan SEA 2017
Bendera Indonesia diterbalik

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...