Tuesday 8 August 2017

Hikam Yang Dilupakan Umat Melayu No. 9 : Pintu-pintu Ilmu


Tahu tapi melupakannya. Memperjuangkannya tapi tidak memahaminya dan tidak mengerti sebab akibatnya. Kalau mengerti gagal pula dalam mengamalkannya. 

Antara yang dilupakan adalah pintu-pintu ilmu yang berulang-ulang. Walaupun sifatnya berulang-ulang tetapi manusia tetap alpa. Walaupun umat Melayu mengetahuinya tetapi kita tidak dapat menghayatinya dan menterjemahkan dalam kehidupan seharian. Akhirnya manusia itu dipancung. Bukan pancungan secara fizikal tetapi yang bukan fizikal. Maknawi.

Pengulangannya berlaku setiap hari. Semalam kita temui, hari ini ada, besok pasti ada. Berdasarkan apa yang telah dikumpulkan oleh pakar-pakar terdahulu. Mereka menyusun dan menjadikannya  database. Apa yang orang putih panggil "standing on the shoulder of giants".

Kelemahan umat Islam adalah ini. Melupakan "shoulder of giants". Lantas pembangunannya terputus lantas sebahagian umat Islam tertipu dengan tipuan penjajah. Umat Islam hilang ilmu pandangan akal dan kosmologi akibat terperangkap dengan literalism yang mengelirukan. Literalism bukanlah sebab terpesong. Literalism tanpa kefahaman itulah yang terpesong. 


Apabila sesuatu itu dibina atas asas yang salah, dalam penerokaan lanjut oleh minda akan berlakulah kesalahan. Ada yang terpesong sehingga ilmu menjadi tidak sah. Tidak sah kerana ia melanggar prinsip keilmuan yang hakiki. Apa-apa lafaz yang lahir dari sumber ini sudah tentu akan menjadi kecelaruan. Sesuatu yang mustahil akan dikatakan boleh, sesuatu yang boleh dikatakan mesti ada. Akhirnya menjadi buah yang merosakkan permikiran umat.

Apa yang perlu dibuat oleh umat ialah melihat ke hadapan. Alam yang terbentang dijadikan guru. Kerana dalam alam itulah ternyatanya sebab dan akibat. Dari sebab akibat itu ada pengajaran. Pengajaran itu berlakunya setiap hari silih berganti. 

Wahyu menunjukkan kepada alam. Sedangkan alam itu adalah tempat bagi ilmu. Alam yang penuh dengan kemungkinan. Berlakunya ada dari tiada. Semua proses di dalam alam menunjukkan kepada sesuatu kesimpulan. Ia menceritakan sifat-sifat atau nilai. Ia adalah pertembungan nilai dan proses pemilihan oleh manusia. 

Wahyu juga menceritakan tentang keazalian Tuhan. Dia tidak bermula dan tidak juga berakhir. Tidak menyerupai makhluk. Pemikiran manusia tidak dapat mentanggapi Tuhan dan hanya Tuhan yang dapat mengetahui segala di dalam pemikiran manusia dan apa luaran mereka. Kesemuanya di luar medan fikiran manusia.

Bukti-bukti yang ternyata pada alam
Sedangkan medan fikiran itu memandang kepada semua wujud yang berkemungkinan. Dari medan fikiran itu juga terdapat pintu-pintu ilmu. Mereka yang berkehendak, mereka mencari pintu-pintu ilmu itu. Mereka yang mencari berusaha sehinggalah berjumpa. Kesudahannya mereka mendapat keputusan. Ilmu yang berkeputusan. 

Yakin.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...