Wednesday 1 March 2017

Proton VS Honda : Brader Brave yang nak bunuh Cik Zora?

Iklan Percuma Untuk Honda. Lain kali kena bayar.

Cerita aku pergi test drive Honda BR-V.

Aritu ada orang kata dengan kemasukan Honda BRV bakal membunuh sales Proton Exora sebagai MPV dan antara kereta terlaris Proton. Mungkin yang bagi kenyataan tu Proton basher. Kalau tak silap aku, aku baca kat ruangan Paul Tan. 

Dulu pun, ada seorang perempuan ni cakap kat aku yang dia kelab union dia ada member yang bagi special price kepada club members untuk kereta Proton. Kononnya diskaun tu besarlah. Dari RM1,000.00 sehingga RM6,000.00 bagi model-model tertentu Proton. Bila aku tengok, model Proton Exora je yang tak ada diskaun. 

Aku pun tanya apsal takde diskaun untuk Exora? 

Itu menunjukkan diskaun kelab tu tak lah besar sangat sebenarnya dan taklah istimewa mana pun. Kalau istimewa mesti ada diskaun untuk Exora. Itu juga Proton Exora termasuk model yang laris dan sebab itulah tak ada diskaun.

Kemudian datanglah Honda BRV ni. Punyalah ramai orang yang exited kan. Sebab khabar tentang Honda BRV 7 seaters ni dah kedengaran sebelum dia masuk Malaysia lagi. Orang dah tengok review dan gambar di Youtube dan sebagainya. 

RASA SUV


Dia bentuk macam SUV. Test drive aritu bolehlah aku katakan Honda BRV ni bersifat dengan sifat SUV. Tapi aku juga merasakan Exora mempunyai sifat SUV tu. Sebab Exora MPV yang tinggi. Bentuk dia pun macam SUV sedikit. Gaya pemanduan dan rasa Exora itu seperti SUV. Sini bolehlah aku katakan Exora dan BRV ni macam SUV walaupun kategorinya dan harganya adalah ketegori MPV. 

DESIGN

Cuma dari segi design, aku katakan memang menanglah Honda BRV. Dia siap ada roof rack atas tu. Exora tak ada. Design Honda BRV ni bukan Jepun yang buat. Dia bagi Thailand yang buat. Tu sebab design dia cantik tak macam kereta Jepun lain. Sebab kereta Jepun ni banyak ikut selera orang Jepun. Tu pada pandangan orang bukan Jepun nampak lain. Proton pulak banyak kereta design dia cantik. Mungkin Honda sedar kelebihan Proton dan demi bersaing dia bagi Thailand yang develop body bother brave ni. Hasilnya satu kereta MPV yang nampak sangat menawan. 

LUAS

BR-V ni luas. Aku rasa mungkin dari segi lebar tu rasa macam Jazz. Dia taklah selebar macam Exora. Tapi cukuplah lebar tu. Cuma bila memandu aritu, bila aku tengok ke belakang, rasa macam kereta tu memanjang ke belakang. Sebab aku rasa maca 6 seaters. Rasa ini mungkin subjektif. Bagi sesiapa yang baru memandu kereta MPV mungkin taklah dapat rasa perbezaan. Dan itu akan dibiasakannya. Tapi bagi aku atau ada juga rakan yang test drive, seolah-oleh membawa MPV 6 seaters yang panjang. 6 seater ni 2-2-2 lah tempat duduk penumpangnya. Mungkin boleh disamakan dengan Nissan Grand Livina yang lebih panjang. Cuma lebar tu aku rasa lebih lebar dari Grand Livina. 

Dari segi luas, dia tidak sebesar Exora. Exora lebih lebar dan boleh bawa lebih banyak barang. 

GAYA PEMANDUAN

Precision. Ni yang aku suka. Ketepatan pemanduan sebenarnya tidak ada pada semua kereta bagi pandangan dan citarasa peribadi aku. Aku rasa down bila buat u-turn dengan kereta-kereta lebih mahal seperti Honda Accord dan Toyota Camry. Walaupun di dalam kereta itu ada rasa pembuatan kereta itu tahap premium. Macam makan coklat harga ratus ringgit tapi tak sedap. Pernah tak makan coklat harga ratus ringgit tapi tak sedap? Tapi coklat tu masih ada rasa premium buatannya pada lidah. Tapi ada lagi coklat murah yang lebih sedap dan cocok di lidah. 

Tapi BR-V bagi aku coklat yang sedap dengan harga yang melegakan pembelinya.

Exora pulak, driving dia ikut Lotus kan. Pernah tengok Exora merempit dekat selekoh-selekoh jalan Genting Sempah? Bagi aku Exora ada precision driving itu dan telah teruji.

Ke-PICKUP-an

Ok, benda alah ni 1.5 cc. Ramai yang tertanya OK ke 1.5cc tarik body besar macam ni?

Sama macam Jazz cuma salesman tu kata untuk versi Malaysia dia tune up so power output tu lebih sikit banding negara lain. 

Satu lagi cuba pikir, apa masalah dengan 1.5? Sedangkan MVV Toyota Avanza ada cc 1.3. Ok, bila aku test drive, dari tak bergerak ke bergerak BR-V ni cukup pick up. Itu tidak aku ragukan. Tapiii..

Tapi bila dia bergerak dan semakin laju, aku dapat mengesan kejatuhan pick up sedikit. (Sebenarnya mungkin bukan jatuh tapi mendatar) Kerana kekuatan dia ketika dalam bergerak agak dalam ratio mendatar. Sebab itulah baru aku terfikir kenapa enjin turbo biasa masuk pada rpm tertentu seperti Exora Bold dia set mula pada RPM 2 dan RPM 4. Sebab dia nak menyambung momentum pick up itu. Di sini, adalah antara point dimana BR-V tak boleh lawan menandingi Exora Bold atau Exora turbo.

Tapi bagi pemandu baru kereta seperti ini mungkin bukan masalah sebab dia akan membiasakannya. 

HARGA

Harga sangat kompetitif. Bermula RM 85,800.00. Tu sebab kalau tempah Februari 2017 dapat keretanya bulan Ogos 2017. Itu tempat yang aku test drive aritulah. Satu khabar yang membahagiakan salesman kereta-kereta Honda. 

KESIMPULAN

Honda BR-V adalah satu kereta MPV 7 seaters yang baik, hensem, masculine dengan harga yang sangat kompetitif. Sesiapa yang membelinya aku rasa telah membuat pilihan yang bijak. Tapi bagi pengguna MPV seperti Exora atau Exora Bold, aku berpandangan akan merasakan kehilangan beberapa nikmat yang hanya ada pada MPV Exora sahaja. 

Itu mungkin saja subjektif untuk cita rasa aku. Sebaiknya bolehlah pergi test drive sendiri. Tenkiu. 

Keywords
Exora VS Honda BRV BR-V
Exora Bold

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...