Sunday 12 March 2017

Malaysia Gila dan Game of Chicken


Sebahagian orang Indonesia merasa aneh dengan Malaysia. Mereka bilang apakah Malaysia sudah gila? Tidak tahu dengan siapa mereka berurusan? Apakah Malaysia tidak tahu atau berpura-pura tidak tahu? Langsung sahaja mereka membanding kekuatan ketenteraan Malaysia dan info ketenteraan Korea Utara yang semua maklum mempunyai sekurang-kurang 20 kepala peledak nuklir. 

Buat makluman orang Malaysia, di Indonesia mereka sudah mempraktiskan cantuman perkataan bagi memudahkan percakapan dan fikiran. Persis teori Mokhdar di Malaysia (Cuma di Malaysia hanya tinggal teori). Dengan itu media Indonesia memanggil Korea Utara dengan nama "KORUT".

Ada pula journalis antarabangsa yang nakal, sebaik sahaja PM DS Najib Razak mengutuk tindakan Korea Utara menahan 11 rakyat Malaysia di kedutaan Malaysia, Korea Utara serta mengumumkan rakyat Korea Utara juga tidak boleh meninggalkan Malaysia. Mereka dengan pantas membuat artikel memanggil situasi tersebut sebagai "Game Of Chicken". 

Kenapa mereka memanggil "Game of chicken"? Who blinks first?, soalan nakal yang mereka berikan.

Chicken di sini bermaksud pengecut. Mereka menyamakan seolah-olah dua pemandu kereta yang bertaruh dalam satu jalan one way menghadap satu sama lain. Samada kedua-dua berlanggar atau salah satunya menjadi takut dan menghala ke arah lain. Kenakalan journalis-journalis ini kerana mereka menyangka Malaysialah akan berkelip mata dulu.

Mungkin ada yang tidak faham dalam situasi seperti ini, ada dua saluran yang terlibat. Yang pertama ialah saluran diplomatik dan satu lagi ialah jalan berkonfrontasi dengan ketenteraan. Sehingga kini, walaupun mungkin pada sesetengah pihak keadaan menjadi sangat memanas, ia masih lagi di dalam mode diplomatic. Segala jurus-jurus serangan dan bertahan kesemuanya adalah jurus-jurus diplomatik.

“I want to express our respect and admiration for the professionalism of the Malaysian law enforcement authorities who conducted an impressive investigation and worked from the facts in a quick, professional, and sophisticated manner,” 

Russel told journalists in a conference call from Washington on Wednesday.


Petikan dari seorang Diplomat USA, 

Read more at The Star 


Malaysia sejak awal dengan tegas menegakkan hukum sebagaimana sewajarnya. Seorang rakyat Korea Utara yang jelas dibunuh di KLIA 2, Malaysia dengan cecair yang disahkan sebagai bendalir VX iaitu toksid paling merbahaya dan dilarang di peringkat antarabangsa sudah tentu memerlukan siasatan yang adil. Baru-baru ini rakyat Korea Utara ini disahkan oleh Polis Diraja Malaysia sebagai Kim Jong Nam, abang tiri Kim Jong Un iaitu presiden Korea Utara. Kemudian muncul pula video youtube yang dipercayai adalah seorang anak mendiang Kim Jong Nam, menyatakan ayahnya telah terbunuh baru-baru ini dan mereka sekeluarga di selamatkan dan tinggal di tempat yang dirahsiakan.

Anak kepada mendiang Kim Jong Nam
Semua bermula dengan khabar percubaan Korea Utara untuk menghalang autopsi ke atas mayat dijalankan. Permintaan Korea Utara tersebut tidak melalui permohonan rasmi tetapi melalui jalan belakang. Sekiranya Malaysia tidak bertegas sudah tentu autopsi tidak dijalankan dan kita tidak akan tahu apa sebenarnya menjadi punca kematian mangsa.

Korut kemudiannya menyalahkan Malaysia dan memburuk-burukkan reputasi Malaysia melalui Duta Besarnya, sehingga Malaysia terpaksa mengusir beliau kerana maruah. Malaysia juga mengangkat keistimewaan Korea Utara daripada memasuki Malaysia tanpa visa. Jurus-jurus lawan diplomasi berbalas-balas sehinggalah Korut akhirnya melarang 11 rakyat Malaysia dari meninggalkan kedutaan. Mereka ditahan di sana. Malaysia kemudian membuat langkah yang sama. 

Difahamkan bahawa langkah Malaysia ini bertepatan dengan perundangan antarabangsa dalam perkara satu negara boleh membalas tindakan negara yang berkonfrontasi dengan langkah serupa demi menjaga kepentingan dan keselamatan nasional.

At a news conference this week, Chinese foreign minister Wang Li said it was time to "flash the red light and apply the brakes" when it comes to North Korea.
It's a message best heeded in Washington, and just maybe the Malaysians will be the country to show how it's done.
Sumber - Radionz
(Setengah journalis yang tidak nakal pula ada yang mengenali Malaysia secara positif. Bagi yang tidak tahu apa yang mereka tahu biarlah menjadi rahsia dahulu setakat ini )

Perdana Menteri Malaysia memanggil tindakan Korea Utara itu sebagai "menjijikkan" dan lari dari adab, norma dan hukum antarabangsa. Selanjutnya menegaskan "nyawa 11 orang rakyat Malaysia" adalah menjadi keutamaan. Malaysia mengumumkan untuk mengambil langkah "Soft Approach" atau dalam bahasa Melayunya pendekatan berlembut. Adakah ini yang dikatakan berkelip mata dahulu dalam permainan ayam tadi?

Sebenarnya tiada status quo yang berubah. Hanya pengumuman pendekatan berlembut dan mengekalkan hubungan diplomasi asas dengan Korut. Ini perlu supaya saluran rundingan dapat diadakan bagi membebaskan 11 rakyat Malaysia itu.

Kemudiannya, Korut membebaskan 2 orang rakyat Malaysia. Dikatakan 2 rakyat itu memasuki Korut melalui saluran UN dan bukannya melalui saluran negara. 

Kini, kedua-dua negara dirancangkan untuk melakukan negotiation. Bagi menjamin hasil rundingan agar menghasilkan apa yang diinginkan, Malaysia mengambil pendekatan berunding secara rahsia dengan Korut atau Korea Utara. 

Sebenarnya Malaysia tidak pernah menganggap ia permainan ayam. Istilah permainan ayam ini adalah sebutan jurnalis yang nakal tadi. Malaysia melihatnya sebagai usaha serius untuk menegakkan hukum dan kemudiannya usaha bagi menyelamatkan rakyat Malaysia yang dijadikan tahanan oleh negara Korea Utara. 

Semuanya masih lagi saluran diplomatik. Jika tidak, negara asean lain perlu juga membuat perkiraan kerana peledak nuklir boleh sahaja tidak sampai ke tempat sasaran tetapi jatuh di tengah jalan. Atau terlebih jauh sasaran dan jatuh di jauh sebelah selatan Malaysia. 

Semua rakyat Malaysia tidak kira apa latarbelakang dan fahaman politik diseru untuk bersatu menghadapi krisis diplomasi antara dua negara ini. Umat Islam semuanya disarankan membuat solat hajat dan berdoa untuk mendapatkan keputusan dan akibat yang terbaik. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...