Monday 20 March 2017

Disney Dan Kempen LGBT


Dalam interview dengan Telegraph.co.uk dan Majalah Attitude, Bill Condon, direktor filem Beauty and The Beast, filem terbaru keluaran Disney, menceritakan tentang karakter lelaki Gay yang bernama Le Fou. Karakter Le Fou dilakonkan oleh Josh Gad adalah sidekick kepada watak Gaston,  satu watak utama dalam filem tersebut.

Bill Condon menyatakan bahawa "Le Fou adalah seorang yang pada satu hari dia merasakan hendak menjadi macam Gaston, dan pada hari yang lain dia hendak mencium Gaston". "Dia keliru dengan apa yang dia mahukan. Dia adalah seseorang yang mempunyai perasaan seperti ini". "Dan Josh berjaya (melakonkannya) dengan cara yang halus serta menunjukkannya tarikan kelazatannya".

Majalah Attitude memuji filem Beauty and The Beast sebagai filem paling Gay yang pernah dihasilkan oleh Disney. Ini dinyatakan oleh Ketua Editor majalah itu, Matt Cain.

"Dengan mengadakan adegan jantina yang sama di dalam filem ini, walaupun ia pendek tetapi adegan yang jelas menunjukkan ia adalah gay, studio (Disney) menyampaikan mesej kepada masyarakat gay adalah normal dan natural".

"Dan mesej ini akan didengar oleh setiap negara di dalam dunia, tidak kira samada negara itu menerima amalan gay atau tidak".

S**
Sudah menjadi contoh klasik.
Melihat sejarah Disney, studio terkenal dunia itu tidak pernah lari dari kontroversi dalam pembuatan filem atau animasinya. Kekecohan mula berlaku ketika penyelidik dari komuniti Kristian dari Amerika Syarikat dan lain-lain negara berhampiran menjumpai beberapa adegan dan lakaran dari filem Disney yang menunjukkan kepada menggalakkan perlakuan seksual. Dilihat ia adalah mesej untuk merangsang keinginan kanak-kanak sejak di usia muda dan apabila mereka membesar ia mudah diterima dan menganggap perkara itu sebagai kebiasaan. 

Tarbiyyah untuk kanak-kanak.

"Subliminal Message"
Mesej Halus
yang keluar di tempat yang tidak disangka-sangka.

Terdapat juga pengkaji-pengkaji konspirasi mengaitkan Disney dengan pertubuhan seperti illuminati dan Freemason yang membawa kempen New World Order. Pertubuhan-pertubuhan seperti ini didakwa mengamalkan ritual tertentu seperti korban, ritual seks, pembunuhan dan lain-lain upacara yang melambangkan kultus. Mereka juga didakwa mempromosikan sembahan-sembahan tertentu. Perkataan "beast" didakwa melambangkan sesuatu. Dalam filem beauty and the beast, sudah tentu di akhir filem kanak-kanak akan menyanjung watak "the beast" tersebut kerana dianggap sebagai watak yang baik. 

The Beast
Ketegasan Malaysia untuk memotong beberapa adegan gay dari filem terbaru Beauty and The Beast ini adalah demi mempertahankan nilai-nilai kemanusiaan sebagaimana diajarkan oleh ajaran agama. Bukan sahaja agama Islam sahaja yang mengharamkan perbuatan liwat dan hubungan sesama jenis. Agama-agama samawi yang lain juga seperti Kristian dan Jews ada larangan berkenaan. Cerita kaum Nabi Luth a.s dikongsi bersama-sama di antara ketiga-tiga agama ini. 

Sudah tentu kumpulan LGBT ini akan mendesak, melobi dan berusaha untuk mendapat tempat di Malaysia. Khususnya di hati-hati anak-anak umat Islam. Persoalannya, adakah kita akhirnya akan berkompromi dan menjadikan anak-anak sebagai individu yang berpotensi menjadi ahli kepada LGBT?

http://www.telegraph.co.uk/news/2017/03/01/disney-launches-first-exclusively-gay-moment-beauty-beast/

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...