Wednesday 8 March 2017

Apa Itu Pertahanan Awam Cheollima ?


Nama Civil Defence Cheollima atau Pertahanan Awam Cheollima ialah satu organisasi yang memberikan perkhidmatan kemanusiaan kepada rakyat Korea Utara yang menjadi ancaman pemerintahan diktatornya. Pertahanan Awam Cheolrima menjadi masyhur sehari dua ini kerana viralnya youtube anak kepada Kim Jong Nam yang mengaku ayahnya telah dibunuh. Video tersebut dikaitkan dengan Civil Defence Cheollima atau disebut juga Chollima.

Oleh kerana organisasi ini terlibat membuat kerja-kerja yang mungkin membawa ancaman kepada nyawa petugas atau pun orang yang ingin dilindungi ianya memilih untuk bergerak secara rahsia. 

Antara fungsi-fungsi Civil Defence Cheollima sebagaimana yang dinyatakan di website mereka ialah;

     1) Membantu rakyat Korea utara menjatuhkan rejim pemerintahan diktator Kim Jong Un.

2   2) Berkongsi maklumat mengenai isu-isu berkaitan Korea Utara.

     3) Melindungi pelarian dari Korea Utara yang tinggal di mana-mana negara.

Civil Defence Cheollima mengeluarkan kenyataan yang mereka telah membantu ramai pelarian rakyat Korea Utara dan mereka tidak pernah meminta bayaran atau upah.

Dalam operasi menyelamatkan keluarga Kim Jong Nam yang menjadi mangsa pembunuhan di KLIA 2, Pertahanan Awam Cheollima berterimakasih kepada kerajaan Belanda, China dan Amerika Syarikat serta beberapa kerajaan yang dirahsiakan namanya kerana membantu operasi berkenaan. Akan tetapi Pertahanan Awam Cheollima turut mengutuk beberapa kerajaan yang enggan membantu mereka menjayakan operasi berkenaan. Mungkin kerajaan-kerajaan yang enggan ini berasa kecut apabila mendengar nama Korea Utara.

Operasi Menyelamat tiga orang ahli keluarga telah dilakukan dengan pantas dengan membawa mereka ke tempat yang selamat dengan dirahsiakan lokasinya. Pertahanan Awam Cheollima menyatakan mereka sebelumnya telah menerima permintaan dari keluarga King Jong Nam untuk khidmat perlindungan.

Logo Cheollima Civil Defence
Nama Cheollima diambil dari nama kuda legenda bersayap berdasarkan cerita dongeng orang Korea.

Operasi menyelamat yang dilakukan oleh Civil Defence Cheollima ini adalah sebagai satu contoh terbaik bagi menggambarkan apakah itu fungsi pertahanan awam. Pertahanan awam adalah satu unsur yang bertindak melindungi orang awam ketika bencana kecil atau besar dan juga ketika menghadapi ancaman buatan manusia.

Keywords
Cheollima / Cheolrima / Chollima Civil Defence

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...