Tuesday 11 August 2015

Peluang ketika Ringgit jatuh.


Satu US Dollar bersamaan dengan RM 3.96. Seketika dia berhenti dekat RM 4. Teruja dan terkejut semua orang. Kuasa membeli jatuh lagi berbanding dengan US dollar dan apa yang serumpun dengannya. Macam Singapore dollar.

Sebenarnya aku tengah memikirkan apakah peluang bisnes yang dapat diambil daripada kejatuhan nilai ringgit berbanding dengan tukaran nilai beberapa wang asing ini.

Bila nilai ringgit jatuh, yang susah ialah apabila kita membeli atau menggunakan barangan import. Sudah tentu orang yang menggunakan sesuatu yang diimport akan berasa susah sebab kenaikan nilai harga barangan itu.

Mungkin di sini, pengguna kereta Proton tergolong dalam mereka yang selamat sebab kereta dan spare parts majoritinya dari dalam negara. Mungkin mereka yang menggunakan Mercedes dan BMW akan terasa jika kejatuhan RM ini tidak berhenti dalam waktu terdekat. Adakah transaksi syarikat pembuat kereta mereka gunakan Euro atau USD aku pun tak pasti.


Sebab Euro ni pulak xdelah bermusuhan dengan nilai Ringgit ni. Kadang-kala aku terfikir juga adakah nilai ringgit ni dah meniru nilai emas. Sebab emas ni dia bertentangan fitrahnya dengan USD. Nilai Euro pulak nampaknya stabil berbanding MYR. Kiranya macam Euro dan Myr (RM) dikira seolah-olah serumpun dengan emas?


Selaku bisnesman yang tegar aku memandang kepada peluang-peluang yang tercipta ketika kejatuhan RM ni. Bukan susah sangat macam matematik tambahan kalau kita nak tengok adanya peluang tercipta disebabkan fenomena naik turun matawang ini.

Barang-barang yang dihasilkan dalam negara akan menarik minat pembeli-pembeli yang menggunakan matawang yang lebih kuasa membeli. Tak perlu pergi jauhlah kan, rakyat Singapura sekarang sedang rambang mata tengok barang-barang dalam Malaysia. Mereka berasa sangat berkuasa.. Dari segi matawanglah tentunya.

Sekarang dah ada perbualan-perbualan di internet untuk membeli barangan-barangan seperti barang elektrik, komputer dan lain-lainnya. Memang rugilah mereka jika tidak mengambil peluang ini. 


Bisnesman Malaysia pula bagaimana? Adakah mereka terikut-ikut dengan budaya sesetengah rakyat yang sibuk menyalahkan kerajaan atas fenomena ini sampai lupa yang dia orang tu sebenarnya bisnesman yang sepatutnya mengambil kesempatan dan peluang.

Sebenarnya aku pun tengah cuba mengusahakan sesuatu. Kalau produk yang terhasil dijual dalam Malaysia dan menjadi rebutan rakyat Singapura tentulah produk itu cepat habis. Apabila demand tinggi mungkin peniaga dan pengeluar akan menaikkan harga. Yang susahnya rakyatlah yang nak membeli. Memang ada untunglah. 

Aku terfikir jika produk yang terhasil di Malaysia dijual di Singapura dalam Dollar Singapura sendiri. Ini kerana jika sesuatu yang berharga SGD 3.00 sebelum kejatuhan ringgit, ia masih lagi SGD 3.00 sekarang. Tetapi nilai tukaran wang kepada RM itu telah naik dengan drastik. Aku melihat ini satu keuntungan yang berganda-ganda.

Memang aku sedang memikirkan sesuatu dan boleh mengusahakan sesuatu. Tidak semua yang ada idea ini dapat melakukannya. Oleh tu aku tak kisahlah kalau ada peniaga nak tiru dan cuba. Sebab yang aku cerita ini konsepnya, bagaimana ia dilakukan terpulanglah kepada kreativiti dan usaha masing-masing.

Aku takde sebablah kalau ada orang dapat buat atas idea aku tu. Nak dengki apa pulak, semua itu ketentuan Tuhan sedangkan kita hanya berusaha. Malah aku berbesar hati jika ada yang berjaya melaksanakan idea yang aku bagi.

Selamat mencuba.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...