Monday 3 August 2015

Ilmu Hikam Yang Dilupakan Umat Melayu No. 6.


Seperti yang dinyatakan sebelum ini, pakaian ilmu yang dijadikan senjata oleh orang melayu itu adalah ringkas tetapi berkesan. Walaupun 3 daripadanya diberitahu tetapi sebenarnya ia adalah daripada satu jumlah yang sedikit. Tidak mencapai 10. 

Barangsiapa pernah membilangnya dahulu sudah pasti tahu akan  jumlah yang berbaki. Kecuali jika dia tidak faham apa yang dibilangnya dahulu. 

Sebab itulah dinamakan modul ini hikam yang dilupakan. Sebab bukan sedikit pernah membilangnya. Tetapi tidak faham apa yang dibilang akhirnya dilupakan. Ilmu ini pula banyak didapati terjaga dalam alam Melayu.

Seterusnya kita lihat pula kepada satu sifat daripada 3 sifat yang dinyatakan dalam artikel yang terdahulu. Ilmu. 

Ilmu yang benar itu mestilah pula berdasarkan kebenaran. Ilmu yang tidak benar itu hanyalah persepsi semata-mata yang tersasar dari kebenaran. Persepsi yang mengatakan itu benar, tetapi pada hakikat ia salah.

Ilmu yang benar itu memberikan petunjuk kepada manfaat dan nikmat yang hakiki. Ini kerana ada juga ilmu yang tidak benar. Ilmu yang menyesatkan. Akhirnya meraba-raba. Tercari-cari kebenaran itu. 

Dalam dunia pengiklanan, seseorang itu akan berkehendak akan sesuatu jika dia tahu sesuatu itu. Munasabahnya ialah seseorang itu menghendaki apa yang dia kenal dan perkara itu mencetuskan kehendaknya. 

Jika dia tak kenal bagaimana hendak mencetuskan kehendaknya? Oleh itu carilah jalan supaya customer itu kenal dan tahu benar akan produk yang dijual. Penerangan atau perincian terhadap produk seharusnya mudah dan jelas. Kalau persembahan tak jelas, yang melihat jadi tak faham. Kalau tak faham macam mana nak adanya kehendak?

Ilmu dan Kehendak. Itulah antara variasi hubungannya.

Nampak ringkas, tetapi mengikut pengalaman penulis, walaubagaimanapun hebatnya CGPA seseorang itu, pick-upnya mindanya menganalisa sesuatu, kuatnya memori pun. Tetapi jika dia terlupa hubungan dua sifat ini barang ketika, boleh berlakunya satu hasil kerja yang tidak berkesan.

Akhirnya customer pun tidak berkehendak sebab tak tahu.

Ada pun hikam sebegini, bukanlah untuk digembar-gemburkan dan diceritakan secara borong. Tetapi mungkin ada orang bijaksana yang membaca dan dapat memahami hala-tuju modul ini. Dia mula faham kepentingannya. Faham kelebihannya. 

Sebenarnya mahal dan jarang disedari, tetapi penting untuk umat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...