Thursday 13 August 2015

Ilmu Hikam Yang Dilupakan Umat Melayu No. 7


Sekarang kita akan meninggalkan kumpulan 3 sifat yang lepas dan lihat pula kepada 4 elemen utama apabila kita mentakrifkan sesuatu.

4 elemen ini bukanlah datangnya bersekali satu kumpulan dengan 3 sifat yang lepas. Ada juga elemen-elemen lain yang datangnya daripada kumpulan yang lain. Oleh itu bila dicampur-campur semuanya mungkin ada yang mengatakan ia lebih daripada 10. Sebab penulis sebelum ini pernah menyatakan sifat utama itu tidak lebih daripada sepuluh. 

Benar, ia tidak lebih daripada 10. Tetapi itu dalam satu pakej. Ada juga pakej-pakej lain. Seseorang itu dapat mengambil manfaat dan faedah dari segi ilmu dan praktikal jika mengetahui secara mendalam satu daripada pakej-pakej itu. Jika dia mengetahui lebih banyak pakej maka lebih banyaklah faedah yang dia dapat.

Penulis tidak mahu melakukan menyuap sudu (spoon feeding kata orang putih) tanpa pembaca berfikir mengolah apa yang didedahkan. Anggaplah ianya sebagai latihan untuk berfikir.

4 elemen tersebut telah pun disentuh sebelum ini.


1) Nama
2) Zat
3) Sifat
4) Perbuatan


Persoalan yang mungkin ditanya. Apakah faedahnya kita mengetahui 4 elemen di atas?

Ada orang berduit sanggup menghabiskan beribu-ribu ringgit malah beribu-ribu dollar bagi membayar yuran bagi mengambil seminar beberapa hari mempelajari pakej-pakej ilmu yang telah dibangunkan oleh pakar-pakar dari negara-negara yang lebih maju seperti US, UK, Australia, German dan sebagainya.

Ilmu-ilmu pengurusan, motivasi, ekonomi, kewangan dan berbagai-bagai lagi dipakejkan menjadi modul-modul yang dijual dan menguntungkan. Ianya diwar-warkan sebagai ilmu rahsia/petua dan sesiapa yang belajar mengenainya akan mendapat kelebihan berbanding orang yang lain.

Mengapakah mereka ini boleh menemui ilmu-ilmu itu dan kenapa kita beria-ia belajar daripada mereka?

Benarkah kita tidak ada ilmu? Atau kita ada tetapi tidak mengembangkannya?

Rahsia 4 elemen

Berkenaan 4 elemen di atas bukanlah rahsia bagi yang mengutip ilmu-ilmu daripada ulama-ulama Islam. Salah satunya ialah Imam Ghazali. Dalam satu kitab karangannya, Imam Ghazali mengkategorikan ayat-ayat al-Quran itu kepada 4 kategori mengikut elemen di atas.

Di sinilah pembukaan rahsia 4 elemen tersebut. Tetapi seperti dinyatakan tadi, penulis tidak mahu memberikannya semudah itu. Bagaimana pula penulis mendedahkannya secara percuma tanpa dibayar dengan yuran yang mahal?

Tetapi kerana telah menulis sehingga ke perenggan ini, mungkin ada satu rahsia lagi yang boleh diceritakan di sini.

Dalam pada itu, penulis akan menyusah-nyusahkan pembaca, khususnya orang melayu kerana mereka itu tidak gemar membaca tulisan yang panjang-panjang. Hanya yang sanggup membaca tulisan yang panjang-panjang sahaja yang dapat menikmati hasilnya.

Dunia matriks.

Bila seorang programmer komputer membina sebuah program komputer dengan bahasa komputer tertentu, dia akan berurusan dengan 4 elemen di atas. Apa juga bahasa komputer pun.

Kerana program yang dibangunkan itu adalah ibarat alam ciptaan programmer itu. 

Dalam kata lain, apabila bangsa orang putih ini membangunkan bahasa komputer, mereka terpaksa atau dipaksa mengkategorikan setiap item yang dihasilkan oleh bahasa komputer itu kepada 4 kategori di atas.

Mungkin ada programmer yang membaca tulisan ini dan menafikan. Dia kata tidak, bukan 4 bahkan lebih. Memanglah lebih kalau mengikut kepelbagaian bahasa-bahasa komputer itu. Dan pilihan setiap bahasa itu untuk memecahkan 1 kategori kepada sub-sub kategori. 

Kalau anda belajar dengan menghafal semata-mata mungkin sukar untuk faham yang ini. Tetapi jika anda belajar dengan mendahulukan kefahaman, cuba fikirkan dan amati betul-betul istilah-istilah yang anda pelajari.

Maksudnya, boleh sahaja pencipta bahasa itu menghadkannya kepada 4 elemen, tetapi dia atau mereka tidak buat begitu. Kenapa?

Disitulah ada rahsianya. 

Imam Ghazali telah menunjukkan kepada kita. Ayat-ayat al-Quran itu menceritakan tentang pencipta dan alam. Imam Ghazali telah menunjukkan 4 pecahan itu adalah senarai "exhaustive" yang menceritakan tentang pencipta dan alam.

Fahami makna exhaustive, untuk mendalami rahsia ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...