Monday 10 August 2015

Apabila "CEO" Proton memulakan langkah.


Tun Dr Mahathir adalah seorang management guru. Bukan sahaja rakyat Malaysia belajar daripada beliau tetapi juga orang luar Malaysia. Orang Jepun yang maju dan selalu diminta untuk menjadi konsultan dalam negeri pun belajar daripada Tun Dr Mahathir.

Sebagai rakyat Malaysia kita bertuah apabila dapat belajar secara langsung dengan Tun Dr Mahathir selaku management guru yang ulung. Tun Dr Mahathir boleh sahaja pencen daripada jawatan Perdana Menteri Malaysia dan menghabiskan usia emasnya bermain dengan cucu. Tetapi beliau tidak membuat demikian, beliau sanggup menjawat jawatan Penasihat Proton dan bertindak sebagai "CEO" Proton.


Bagi memastikan Proton terus maju, beliau melawat "factory plant" Perodua bagi belajar apa yang dilakukan oleh pengurusan Jepun terhadap Perodua. Pengurusan Jepun ingin membuat satu lagi kilang baru yang hanya akan mengambil pekerja-pekerja baru. Pekerja-pekerja ini akan diajar etika kerja Jepun dan bukannya etika kerja tahap rakyat Malaysia. 

Kilang ini lebih kecil daripada kilang Perodua sekarang. Tetapi ia mentargetkan kualiti pengeluaran yang dihasilkan oleh kilang yang lebih kecil ini lebih baik daripada kilang yang ada sekarang. 

Sekali lagi ini adalah isu budaya. Bagi mencapai taraf negara maju, Malaysia bukan sahaja perlu memiliki infrastruktur dan teknologi yang maju. Semua frasarana yang tip-top menjadi sia-sia jika rakyatnya masih lagi dibelengu pemikiran dunia ke-3.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...