Popiah basah di Malaysia |
Di posting yang lepas, ada dinyatakan lumpia ini lebih dikenali sebagai popiah di Malaysia. Popiah di Malaysia ada dua bangsa. Popiah kering dan popiah basah. Kali ini kita akan lihat lebih dekat apa itu popiah basah.
Popiah yang dijadikan sample dalam posting ini dibeli di Taiping, Perak. Satu gerai berdekatan dengan Pasar Taiping. Ia dibuat oleh penjual yang bukan orang Cina atau Melayu tetapi Mamak iaitu keturunan India. Gerai itu dinamakan Famous Omar Popiah.
Harga 5 gulung popiah seperti di gambar itu adalah RM3.00 bersamaan Rupiah Indonesia 10,694.61 atau pun 60 sen setiap satu bersamaan Rupiah Indonesia 2,138.92 setiap satu. Harga ini mungkin berbeda dari tempat-tempat lain di Malaysia kerna Taiping terletak di utara Malaysia dan jauh daripada bandar Kuala Lumpur.
Ia dinamakan popiah basah kerna tidak digoreng. Maka kulitnya lembut dan seharusnya tidak kenyal.
Apa bedanya dengan Popiah / Lumpia kering?
Sudah tentu perbedaan itu dilihat dari rasanya. Popiah basah ini sos atau sausnya di letakkan di dalam roll atau gulung kulit popiah itu. Sausnya itu pula rasanya sedikit lebih pekat dan pedas bandingan lumpia / popiah kering. Pedasnya itu biasa sedikit menyengat dan itulah keistimewaan popiah basah ini.
Hasilnya apabila digigit akan terasa rangup alias crunchy walaupun lembut diluarnya iaitu kulitnya. Setelah dikunyah pula akan terhasillah rasa juicy kesannya sayur taugeh dan juga bahan-bahan lain di dalam roll yang bercampur dengan saus merah yang pekat, sedikit manis dan pedas.
Pedas lagi juicy. Dalamnya taugeh segar dengan saus merah pekat. |
Perbedaan rasa in terjadi kerna ia tidak digoreng. Justeru, ia terasa juicy di dalamnya. Popiah yang digoreng tidak dapat diletakkan saus di dalamnya. Kerna jika diletakkan begitu sudah tentu saus itu tidak dapat kekal dalam roll ketika digoreng. Saus popiah kering pula lebih cair alias tidak pekat.
Kedua-dua jenis popiah / lumpia ini ada keistimewaan tersendiri dari segi rasanya. Pokoknya penggemar lumpia harus mencobai kedua-dua variasi.
Close Up - Keliatan saus merah bersama sayur taugeh. Kalo termakan, satu hari nanti akan terkenang-kenang. Bagi mereka yang mendambakan rasa spicy yang menyengat. |
Tidak harus pula Malaysia mengklaim lumpia atau popiah basah ini kerna bisa sahaja mengundang bantahan daripada negara China malahan Taiwan, tempat asal lumpia.
Seharusnya, popiah-popiah dihasilkan dan dinikmati diam-diam supaya tiada bantahan diadakan di Kedubes Malaysia di China dan Taiwan itu.
No comments:
Post a Comment