Tuesday 31 March 2015

GST - Realiti VS Mitos, Masanya sudah tiba..



Akhirnya kita akan mengalaminya!

GST besök, iaitu malam ini dan seterusnya. Adakah ianya seperti dimomokkan oleh sesetengah pihak?

Sekiranya betul sudah tentu besok kita akan kelaparan, kesempitan, kemiskinan, kesusahan dan terasa amat ditindas akibat kezaliman pemerintah yang mengenakan cukai GST.

Sekiranya tidak, maka siapakah yang menipu sebenarnya?

Apa-apa pun besok kita akan rasa sendiri. Realiti sebenar vs cakap-cakap yang tersebar!

Dalam pada tu Incikposmen ingin mengucapkan syabas kepada Syarikat MYDIN kerana sanggup menyerap kos GST 15 juta iaitu kira-kira 2% daripada keuntungan syarikat. Ini barulah boleh digelar DEMI RAKYAT, bukannya seperti peniaga-peniaga itu mencanang sana sini memburukkan kerajaan menyalahkan barang naik sebab harga minyak naik. Bila harga barang turun, harga mereka tak turun pun.

Selain Mydin, ada juga syarikat lain yang serap kos GST untuk pengguna dan rakyat. Inilah satu langkah yang terpuji dan layak digelar pejuang rakyat.

Oleh itu, kita yang jadi peniaga ni kenalah berfikir dan mempunyai pertimbangan. Janganlah nak margin tinggi saja. Ok.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...