Thursday, 19 March 2015

Terima kasih DAP kerana bekerjasama untuk luluskan Rang Undang-undang Hudud.


Umat Islam yang inginkan perlaksanaan undang-undang hudud khususnya di negeri Kelantan perlulah juga berterima kasih kepada parti DAP kerjasama mereka yang memudahkan Rang Undang-undang itu diluluskan.

Kerjasama ini adalah dalam bentuk setiakawan mereka yang setia menjadi ahli Pakatan Rakyat dimana PAS adalah salah satu komponen di dalam Pakatan Rakyat. DAP juga telah menandatangani surat persefahaman yang bersetuju tidak akan mengganggu perjuangan PAS yang ingin melaksanakan undang-undang Islam dan menegakkan Islam di bumi Malaysia ini.

Sudah tentu ada kalangan ahli-ahli DAP yang tidak bersetuju dan menentang perlaksanaan Hudud ini. Mereka ini sampai kiamat tidak adakan faham-faham. Sudah jelas yang Hudud ini hanya terpakai kepada orang Islam sahaja. Sudah tentulah orang Islam mempunyai hak untuk melaksanakan ajaran Islam selaras dengan Perlembagaan Malaysia yang meletakkan agama Islam sebagai agama Persekutuan. 

Di sinilah peranan ahli-ahli DAP yang lain sangat penting. Mungkin peranan mereka bukanlah untuk memahamkan orang DAP lain tentang Hudud itu. Sampai bila-bila pun Tony Phua tidak akan buat begitu. Apa yang dapat di "tolong" oleh ahli-ahli DAP ini ialah bermain wayang. 

Bermain wayang sebagaimana kelicikan mereka berpolitik mempengaruhi masyarakat Cina sehingga mengakibatkan tsunami Cina dalam Pru 13 yang lepas. Kemahiran bermain wayang ini jugalah digunakan untuk meredakan kemarahan ahli-ahli DAP yang lain yang tidak faham dan bersungguh-sungguh menentang Hudud yang tidak ada kena mengena dengan orang bukan Islam itu.

Apa yang menjadi kepentingan hasil permainan wayang ini ialah DAP dan PAS harus kekal sebagai rakan kongsi di dalam Pakatan Rakyat. DAP akan terus memperjuangkan agenda mereka dan PAS pula akan terus memperjuangkan perjuangan mereka walaupun kedua-dua parti itu seperti api dan air.

Dilihat pertentangan orang-orang bukan Islam dan juga segelintir kecil orang Islam di dalam DAP ini lama-kelamaan akan luntur juga. Diharap mereka juga akan membiasakan diri dengan undang-undang Islam tersebut apabila melawat atau pun berada di negeri Kelantan. 

Umat Islam membuat keputusan untuk melaksanakan hukum Hudud ini kerana mereka percayakan hukum daripada Tuhan Pencipta Alam adalah lebih baik. Kepercayaan ini tidaklah dipaksa kepada orang bukan Islam kerana ianya terpakai kepada orang Islam semata-mata. Adalah tidak wajar sekiranya umat Islam dihalang daripada menjalankan sesuatu kepentingan di dalam agama mereka sendiri oleh orang bukan Islam. Sedangkan orang bukan Islam itu tidak kehilangan apa-apa kepentingan pun sekiranya umat Islam menjalankannya.

Jika orang bukan Islam boleh mencampuri urusan agama Islam, maka bakal wujud pula situasi orang Islam boleh mencampuri agama bukan Islam. Sudah tentu orang-orang bukan Islam tidak mahu perkara seperti ini terjadi.

Oleh kerana banyaknya faktor-faktor keterbatasan kepada kepentingan rakyat yang berbilang kaum, budaya dan agama dalam negara ini, haruslah kita belajar bagaimana untuk menghormati dan memahami antara satu sama lain.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...