Saturday, 14 March 2015

Bangunan paling lembut di dunia.

Mengambil pengajaran daripada ini, janganlah kita membina bangunan yang lembut. Bangunan yang bisa runtuh menyembah bumi hanya kerana berlaku kebakaran di dalam pejabatnya. 

Sehingga kini tidak ada lagi bangunan yang runtuh akibat kebakaran. Kecuali bangunan 7 di WTC pada kejadian September itu. Ia tidak langsung dilanggar oleh mana-mana kapal terbang atau pun terkena serpihan dua bangunan WTC yang runtuh pada hari yang sama.
Diharap Pertamina di Indonesia yang hendak membina bangunan yang lebih tinggi daripada menara kembar Petronas itu agar tidak membina bangunan selembut ketiga-tiga bangunan WTC ini. Bangunan bukan sahaja mampu menangani kejadian kebakaran tetapi seharusnya mampu menghadapi rempuhan beberapa pesawat penumpang Boeing. Itu memang sudah menjadi modul kejuruteraan kalau membina struktur bangunan di zaman moden ini.

Daripada kita menandatangani satu petition yang meminta Amerika mencampuri urusan dalaman negara berdaulat orang lain atas kes salah laku liwat yang terang buktinya, baiklah kita menandatangani petition yang meminta Amerika mengkaji semula kejadian 911. 

Ini kerana laporan rasmi yang dikeluarkan adalah bertentangan dengan hukum fizik dan sains. Dikhuatiri buku-buku teks terkait terpaksa diubah fakta kepada sesuatu yang tidak benar sama sekali. Ini adalah satu penganiayaan kepada pelajar-pelajar kejuruteraan dan arkitek.

Klik di sini untuk tandatangan petition.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...