Friday, 26 June 2026

Sifat 7 : Mengamati sifat 3 pertama (Sama', Basar dan Kalam) serta manfaatnya


Kita namakan 3 pertama sebab kita lihat tanda-tandanya pada wajah kita apabila memandang ke cermin atau pun memandang orang lain. Apabila kita bercakap dengan orang lain kita memandang ke arah wajahnya dan bukan kepada tangannya, kakinya atau pun bahunya.

Pada satu segi ianya hanyalah berdasarkan konteks perbahasan dan sebagai kaedah rujukan. Kerana boleh juga 3 sifat + 1 (Hidup, Ilmu, Kehendak dan Kuasa) itu dilihat 3 pertama jika dilihat dari sudut yang lain.

Pandangan dari sisi ilmu tadbir atau ilmu pengurusan (manusia/makhluk)

2 Sifat dari 3 ini,  Sama' (Pendengaran) serta Basar (Penglihatan) ini terkait dengan sumber kepada ilmu bagi manusia. Samada dia mengetahui itu dengan mendengar maklumat atau pun dia melihat dengan mata sendiri apa yang boleh menjadi maklumat tersebut. 

Mendengar maklumat

Boleh jadi kita mendengar maklumat tersebut melalui perbualan (kalam) dan belum melihat apa yang digambarkan melalui perbualan tersebut.

Maklumat ini dikategorikan dengar-cakap atau hear-say, boleh jadi benar atau tidak. Mungkin kita percaya berdasarkan kepercayaan kita kepada seseorang itu tetapi boleh berlaku maklumat yang diterima itu tidak tepat oleh bermacam-macam sebab. Antaranya tahap ilmu seseorang yang menyampaikannya tidak kompeten untuk menyampaikan sesuatu tahap maklumat. 

Sebagai contoh, seseorang itu tidak mahir tentang ilmu kejuruteraan ride and handling sesebuah kereta kerana bukanlah bidangnya. Apabila dia menceritakan dari aspek itu maka bukanlah maklumat yang kita perolehi daripada seorang jurutera yang mahir dan berpengalaman tentang kereta.


Melihat apa yang dimaklumkan



Member kata ada kereta best. Best atau kereta baik ni subjektif. Apabila dia memaklumkannya, dalam fikirannya ada beberapa sifat yang baik tentang kereta itu yang membuat dia berkata kereta tu best.

Mungkin best itu berkaitan dengan desain kereta tersebut yang pada luarannya kelihatan cantik dengan rekaan moden atau nampak canggih.

Sudah tentu mendengar sahaja tidak memuaskan hati kita. Betul ke dia cakap ni? Walaupun kita tahu dia tidak menipu tetapi mungkin apa yang dia kata best itu bukanlah menepati ciri-ciri yang kita sukai.

Lebih memuaskan hati kita apabila kita lihat sendiri kereta itu di showroom. Dengan melihat kita dapat maklumat yang lebih meyakinkan dan tepat berkenaan sifat-sifat kereta itu berbanding dengan mendengar sahaja.


Merasai dan mengalami



Anda tidak mengatakan sesuatu itu benar kepada orang lain kecuali anda telah mengesahkan dalam diri anda bahawa maklumat tersebut adalah benar. Bagaimana pula anda mengesahkan maklumat itu benar?

Jika kita telah melihat kereta itu secara luaran (exterior) dan dalaman (interior) adakah itu sudah memuaskan hati anda?

Adakah anda berpuashati dengan ride and handling kereta tersebut? Bagaimana sterengnya berfungsi, suspensinya berkerja, tahap laju dan pick-up serta stabiliti semasa mengambil selekoh?

Anda dapat mengesahkan ini apabila membuat pandu-uji. Anda pandu kereta yang diberitahu dan kemudian dilihat sendiri oleh mata.

Ini adalah pengalaman. Anda mengalaminya. 

Anda berada di dalam kereta itu dan anda memandunya. Anda mengesahkan bagaimana sterengnya berfungsi, suspensinya berkerja, tahap laju dan pick-up serta stabiliti semasa mengambil selekoh!

Anda berada di dalam kereta itu secara fizikal dan merasai perbuatan kereta itu secara fizikal. Bukan secara fantasi atau gambaran dalam fikiran semata-mata. 

Inilah dapatan keyakinan yang paling tinggi daripada hanya mendengar dan melihat semata-mata.


Modul Ilmu Yaqin, Ainul Yaqin dan Haqqul Yaqin

Terdapat juga syarahan berkenaan tahap-tahap keyakinan iaitu keyakinan secara ilmu, pandangan dan secara hakikat. Jika anda dapat mempelajarinya ianya menambah manfaat dalam memahami perbahasan atau kajian ini.

Sudah tentu kita mahukan sesuatu yang meyakinkan dan terpaling yakin.


Tabayun

Tabayun ialah menyelidiki kesahihan sesuatu maklumat yang disampaikan sebelum menerima maklumat itu sebagai benar atau pun untuk bertindak atas maklumat yang diberikan itu.

Takkanlah kita nak berhabis duit yang banyak beli kereta yang katanya best tapi sebenarnya tak best kan? Itu antara contohnya.

Maka dengan mengetahui sifat 3 ini, menyedarinya setiap masa dan menggunapakai kaedah yang lahir daripadanya untuk mengesahkan maklumat yang diterima setiap hari sama ada yang kita dengar, lihat dan baca.


Tahap kemahiran

Kalau kita mendengar, adakah orang yang menyampaikan maklumat ini pernah melihat atau mengalami sendiri?

Bagaimanakah tahap ilmu dan pengalaman yang ada pada orang yang menceritakan?

Apabila kita sentiasa mengamalkannya dalam satu tempoh yang lama, insya Allah kemudian kita boleh sampai ke suatu tahap kemahiran dapat mengesahkan sesuatu maklumat tanpa melihat atau mengalaminya. 

Ini kerana kita dapat mengukur kemahiran, ilmu pengalaman orang-orang yang menyampaikan maklumat dan mengesahkan melalui kaedah tersebut.

Biasanya ketepatan itu dicapai jika berdasarkan sumber yang banyak. Lebih banyak sumber kemungkinan ketepatan meningkat.


Kajian ilmu

Jika ianya sifat 3 serangkai berkait secara komprehensif. 

Sama', Basar dan Kalam. 

Terzahir penciptaan dengan alat-alatnya pada wajah manusia.

Kenapa kalam dikaitkan dengan alam? Atau mengalami atau pengalaman? Sedangkan kalam itu kan berkata-kata atau kemampuan berkata.

Bolehlah difikir-fikirkan.


اللَّهُمَّ  عَافِنِي فِي  بَدَنِي

Ya Allah berikan kesihatan kepada badan/fizikalku

 اللَّهُمَّ  عَافِنِي  فِي  سَمْعِي

Ya Allah berikan kesihatan kepada pendengaranku

 اللَّهُمَّ  عَافِنِي  فِي  بَصَرِيْ

Ya Allah berikan kesihatan kepada penglihatanku

 لَا إِلٰهَ إِلَّا أَنْتَ

Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau

(Doa daripada hadis riwayat Sunan Abu Daud)


Wallahua'lam.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...