Dia lah Yang Awal dan Yang Akhir,
dan Yang Zahir serta Yang Batin,
dan Dia lah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
Surah Al-Hadid (57:3)
----------------
Di dalam dunia ini, anda boleh berselisih pendapat tentang adakah Tuhan itu wujud. Jika Tuhan wujud bagaimanakah rupanya dan hakikatnya.
Zaman ini kita boleh melihat perbincangan itu di internet secara terbuka. Golongan yang mempercayai Tuhan akan membincangkan sifat-sifat Tuhan mengikut agama atau kefahaman mereka. Golongan Atheis yang tidak mempercayai Tuhan juga akan memberikan hujah kenapa Tuhan itu tidak wujud pada pandangan mereka. Maka manusia tidak sepakat untuk mengiktiraf kewujudan Tuhan.
Namun demikian, tiada siapa yang boleh menafikan kewujudan unsur atau sifat awal, akhir, zahir dan batin. Kerana ianya adalah fitrah bahawa manusia itu wujud sebelumnya ia tiada. Setiap sesuatu di dalam dunia akan rosak dan binasa termasuk manusia itu. Manusia juga ada sifat dalaman dan luarannya.
Pada satu segi bermula (awal) dan berakhir (akhir) itu adalah penzahiran kepada apa yang batin.
Sejak diwujudkan, urusan manusia itu pun berulang-ulang suka dukanya dan senang susahnya sehinggalah dia menghembuskan nafas terakhir.
Persoalannya jika semua boleh bersetuju adanya unsur awal, akhir, zahir dan batin pada diri kita semua maka bukankah ini menjadi asas kepada ilmu kita?
Pernahkah kita mendengar perbahasan falsafah atau kajian saintifik yang membincangkan ilmu berdasarkan unsur ini?
![]() |
| Robert Kuhn, pengasas rancangan Closer to Truth berbincang dengan Sheikh Hamzah Yusuf berkaitan falsafah kosmologi, sains dan kesedaran manusia di dalam Islam. |
Adakah perjalanan akademik yang kita lalui secara rasmi atau tidak rasminya atau pengalaman kita sehari-hari menguatkan lagi asas ini atau ianya ditinggalkan berantakan, tidak bersepadu maka tidak memberikan manfaat dan faedah sepatutnya.
Sedangkan 4 sifat ini diambil daripada 5 sifat di dalam Surah Al-Ikhlas (4 + 1). Surah Al-Ikhlas pula adalah asas kepada struktur alam. Apa yang boleh menjadi fundamental lebih dari ini?
![]() |
| Luaran dan Dalaman |
Ianya begitu asas dan fundamental maka semua kejadian di dalam alam ini adalah manifestasi kepada awal, akhir, zahir dan batin. Perbuatan yang kita pilih untuk lakukan adalah manifestasi kepada kesedaran atau ilmu dari dalam diri kita.
Niat di dalam hati atau sesuatu yang difikirkan tidak akan diketahui oleh orang lain kecuali kita ucapkan, zahirkan dalam penulisan atau kita zahirkan perbuatannya.
Kita melihat apa yang zahir tetapi tidak dapat melihat apa yang terselindung.
Jari-jari kita mengingatkan kita kepada 4 sifat ini.
----
Percayakan anda adanya Tuhan yang mencipta?
Atheis : Tidak
Percayakan anda adanya Awal, Akhir Akhir dan Batin?
Artikel Berkaitan




No comments:
Post a Comment