Wednesday, 26 July 2017

Tiada Lagi Diskaun Bumiputera Untuk Rumah Di Selangor?



Jika search di internet, boleh dibaca dua berita yang bertentangan. 

Pertama, berita yang mendakwa tiada lagi diskaun bumiputera di Selangor. Berita ini bermula dengan dengan khabar yang tiada lagi diskaun bumiputera untuk projek perumahan tertentu di Selangor. 

Kedua, kemudiannya ada pula penafian yang diskaun rumah untuk bumiputera itu dihapuskan. 

Almaklum, pihak tertentu dengan agenda politik tertentu terus-terang ingin menghapuskan keistimewaan yang dinikmati oleh bumiputera dengan alasan-alasan mereka tersendiri. Diskaun beberapa persen daripada harga rumah yang dijual pemaju perumahan adalah daripada pakej keistimewaan ini. Ini adalah dasar kerajaan sebelum ini sehinggalah ke tarikh artikel ini disiarkan.

Tetapi desakan pihak tertentu yang mungkin mempunyai kekuatan ekonomi dan kewangan telah menyebabkan polisi ini bakal berubah. 

(Lihat 3 senario di bawah)



Jika tiada lagi diskaun untuk bumiputera di Selangor, dilihat pihak-pihak tertentu dengan licik telah berjaya mencapai hasrat politik mereka itu. 

Janganlah pula terperanjat jika ada pihak mengatakan ini dusta dan penipuan semata-mata serta menunjukkan bukti yang diskaun itu masih wujud.

Tetapi bertanyalah kepada diri sendiri dengan akal yang sihat adakah diskaun itu wujud dalam 3 senario di bawah?

๐Ÿ 

Senario 1

Rumah Berharga RM400,000.00
Diskaun Bumiputera 6% + Diskaun Pemaju 4%
Diskaun Non-Bumi 8% + Diskaun Special 2%


Nota : Kedua-dua kategori diskaun berjumlah 10%

๐Ÿข

Senario 2

Rumah Berharga RM860,000.00
Diskaun Bumiputera 7% + Diskaun Pemaju 3%
Diskaun Non-Bumi 9% + Diskaun Special 5%

Nota : Diskaun Bumiputera masih ada secara literalnya 7% tetapi diskaun untuk non-bumi jumlahnya lebih tinggi.

๐Ÿฃ

Senario 3

Rumah bermula dengan harga RM400,000.00
Diskaun Bumiputera 6%


Nota : 

1. Tetapi perlaksanaannya agen / ejen pemaju menjual rumah dengan harga yang berbeza-beza mengikut selera. Maka, jualan rumah ada yang lebih murah ada yang tidak. Tiada siapa tahu berapa diskaun yang diberikan kepada individu tertentu. Apakah jenis diskaun dan berapa harga yang muktamad. Ada yang dapat 5%, 6% atau 9% tidak kira bumiputra atau tidak.

2.  Bermula RM400,000.00 bukanlah bermakna harga rumah itu berada di bawah RM400,000.00. Ia boleh sahaja bermakna harga sebenar rumah itu RM600,000. Biasanya perjanjian beli rumah akhirnya terpaksa mengikut harga asal ini kerana tertakluk kepada Akta Perundangan yang disediakan kerajaan. Harga pada perjanjian dan harga yang dijual pemaju sebenarnya berbeza. 


Ada beberapa senario di atas sedang berlaku dan anda boleh mengesahkan sendiri dengan orang yang baru sahaja membeli rumah. Tetapi mungkin ada juga projek perumahan tertentu di Selangor masih lagi wujud diskaun bumiputera yang tidak termasuk sebagaimana senario di atas. Persoalannya sampai bilakah projek perumahan seperti ini boleh bertahan?

Realitinya, harga rumah boleh sahaja dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu. Harga sebenar mungkin 300 ribu tetapi dinaikkan atas sentimen pasaran menjadi 500 ribu. Atau dinaikkan setinggi mungkin kemudian diberikan pelbagai diskaun dan insentif seperti perabot dan lain-lain. Sedangkan kos insentif itu sudah dimasukkan ke dalam harga rumah. 

Sebelum ini pun sudah ada cerita yang berkenaan lot-lot bumiputera sengaja diletakkan di tempat yang tidak menarik. Akhirnya apabila tiada pembeli ianya ditukar status setelah permohonan dibuat oleh pemaju diluluskan. 

Sebagai pembeli rumah, seharusnya kita mengkaji pasaran sebelum membuat keputusan dengan bijak berdasarkan objektif dan kepentingan masing-masing. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...