Tuesday, 24 January 2017

Melihat Perkembangan Rohingya Januari 2017


Melihat perkembangan isu Rohingya dari kejauhan. Walaupun kita tidak pergi mengikut NGO atau flotilla ke Rakhine, Myanmar tetapi kita perhatikan perkembangannya dari jauh melalui dada media massa. Sejak negara Malaysia dikatakan mencari pasal dengan Myanmar dengan isu Rohingya ini dan berlakulah pertengkaran di media massa di antara kedua negara sudah tentu kita tertanya-tanya apakah sesudah itu. Adakah langkah yang diambil oleh Malaysia adalah tepat? 

YAB PM sebelum mencari pasal itu telah berkata "apa nak jadi jadilah". Begitulah tekad dan keputusan pemimpin Malaysia ibarat kata pepatah Melayu "membujur lalu melintang patah". Sebaik sahaja mengeluarkan kenyataan keras ketika menyertai perhimpunan bantahan terhadap penindasan Rohingya itu, Malaysia telah mendapat bantahan daripada Myanmar dan menuduh Malaysia telah melanggar prinsip-prinsip Asean yang secara dasarnya tidak mencampuri hal-ehwal negara Asean yang lain.

Tetapi Malaysia tetap mengambil keputusan itu. Ini disebabkan dasar tidak campur tangan itu bukanlah sesuatu yang tidak ada batasnya. Pertamanya dasar itu bukanlah menyebabkan sesebuah negara Asean itu boleh melanggar hak asasi manusia seperti melakukan genoside atau pembunuhan etnik, memperkosa, membakar harta benda dan lain-lain pencabulan hak asasi manusia yang tersangat parah. Keduanya, pencabulan hak asasi manusia tersebut telah pun secara langsung memberi kesan kepada Malaysia yang mana dianggarkan lebih 50,000 orang Rohingya telah melarikan diri ke Malaysia dan menyebabkan negara menanggung kos menjaga pelarian yang mencecah jutaan ringgit sehari.

Monday, 16 January 2017

Teori Lubang Hitam Sebagai Pintu Alam Malakut


Apa yang anda jangka jika orang Islam cuba mentafsirkan apa yang berlaku di sebalik big-bang?

Lubang hitam dikatakan adalah sebagai tempat penzahiran alam yang terhasil daripada letupan super-besar yang berlaku dari satu alam yang lain. Kemungkinan alam tersebut adalah alam 4 dimensi. Hasil daripada letupan dari alam 4 dimensi itu terjadilah big-bang yang kemudiannya menghasilkan alam 3 dimensi.

Alam 3 dimensi yang menjadi anak kepada alam 4 dimensi inilah alam dunia yang kita hidup di dalamnya. Dengan teori seperti ini, saintis-saintis itu tertanya-tanya apa yang berlaku sebelum big-bang tersebut. 

Saturday, 14 January 2017

Kisah Bisnes : Jenis Pakej, Packaging


Ni aku jumpa satu sample pakej produk yang terdapat satu pengajaran yang kita boleh ambik. Kalau tengok pada produk Gam Arab di atas yang dipakej di dalam botol plastik. Kita tengok harga dia RM32.00. Kalau mintak diskaun pun dapatlah RM2.00 kut. Bagi sesetengah orang pula RM32.00 kalau nak beli mungkin agak mahallah sikit. Kalau-kalau ada yang lebih murah..

Saturday, 7 January 2017

Kisah Ahmad Ibnu Fadlan Bertemu Orang-Orang Viking

Gambaran Ahmad Ibnu Fadlan
daripada filem 13th Warrior.
Ahmad Ibn Fadhlan adalah seorang Qadi Arab yang menulis kisah pengembaraan di dalam makalah yang diberi tajuk "Risalah". Penulisan beliau di dalam "Risalah" ini diterjemahkan ke dalam berbagai bahasa oleh pengkaji-pengkaji sejarah. Ianya turut menjadi ilham kepada Michael Chricton untuk menulis Novel berjudul "Eaters of The Death" (Mereka yang memakan mayat). Novel ini kemudiannya menjadi sumber insprirasi kepada filem The Thirteenth Warrior (Pahlawan ke-13).

Dikatakan bahawa penceritaan daripada Ahmad Ibnu Fadlan ini adalah deskripsi yang paling terperinci mengenai orang-orang Viking pada zaman itu. Bagi ramai pengkaji sejarah pula penceritaan beliau adalah yang paling dipercayai dan paling unik. 

Didalam "Risalah", penulisnya menceritakan bagaimana perjalanan yang dilalui oleh beliau dan juga pengembara-pengembara lain pada zaman itu. Termasuklah pelbagai kaedah para pengembara menyeberangi sungai-sungai. Beliau menceritakan juga tentang tumbuh-tumbuhan sepanjang perjalanan yang ditempuhi. Pengkaji sejarah mengganggap penceritaan beliau adalah terbaik berbanding dengan yang lain daripada zamannya.

Dalam tahun 921, beliau telah dihantar oleh Khalifah Muqtadir dari Baghdad kepada Raja Bulghar untuk mengajar Raja itu agama Islam. Dalam perjalanan itu Ahmad Ibnu Fadlan menulis pengalaman beliau bertemu dengan berbagai jenis manusia. Dikatakan 1/5 daripada penulisan beliau itu dikhususkan kepada orang-orang Viking yang dinamakannya sebagai orang "Rus".

Orang Viking @ Rus

"Mereka datang dari negeri-negeri sebelah utara, melabuhkan kapal mereka di Sungai Volga dan mendirikan rumah-rumah papan yang besar di tebing sungai. Di dalam setiap rumah papan tersebut ada sepuluh hingga dua puluh orang, lebih kurang itu."

Kapal Viking sedang berlabuh di Sungai Volga.

Orang Viking pada zaman Ahmad Ibnu Fadlan itu dipanggil orang Arab dengan gelaran "Russ" atau "Russiyah". Ada pengkaji sejarah yang berpandangan nama Russia modern diambil daripada perkataan ini. Mereka juga dikenali sebagai Norseman. 

Sunday, 25 December 2016

Tiga Tahap Kesedaran - Michio Kaku

Foto Wiki
Ada kira-kira 20,000 kertas kerja ditulis cuba mentakrifkan kesedaran tetapi kesemuanya tidak menemukan persefahaman yang jitu. 

Bagi Michio Kaku seorang pakar fizik, kesedaran adalah pusingan proses pembentukan beberapa reaksi maklum balas yang menghasilkan model diri anda sendiri dan perkaitannya dengan yang lain di ruang tempat dan masa bagi mencapai matlamat tertentu. Michio Kaku mentakrifkan kesedaran ini berdasarkan konsep evolusi. 

Teori kesedaran ini adalah berdasarkan konsep evolusi tiga tahap pembentukan otak.

Sunday, 11 December 2016

Dalil-dalil Menyokong Maulid Nabi SAW

Al-Marhum Sayyid
Muhammad Al-Alawi Al-Maliki
Ada puak depa ni pi kata takdak dalil pulak dah. Tarikh maulid pun tak pasti kata depa. La ni sambungan dari posting sebelumnya di sini. Betul ka takdak dalil langsung? Betul ka kita sambut maulid ni takdak asasnya dari syariah yakni tak bersumberkan Al-Quran ataupun Hadis-hadis Nabawi. Betui ka?
_____________________________________________________________________

Mengenai perkara ini, Al-Marhum Sayyid Muhammad Al-Alawi Al-Maliki dalam satu ucapan beliau memetik dari hadis sahih riwayat Muslim (juga ada riwayat yang lain);

"..وسئل عن صوم يوم الاثنين قال ذاك يوم ولدت فيه.."

"..Nabi SAW ditanyakan mengenai puasa hari isnin, maka jawab 
baginda, yang demikian itu adalah hari kelahiranku.."

Kesemua riwayat itu menunjukkan bahawa Nabi SAW membuka ruang meraikan hari kelahiran itu. Kemudian sebahagian umat Islam membincangkan permasalahan mengenai maulid ini. Tetapi bukanlah isu harus atau tidak harus dalam meraikannya. Adakah ia bidaah atau tidak bidaah. Akan tetapi mereka membincangkan dengan apa kita meraikannya? Bagaimanakah kita meraikannya?

Saturday, 10 December 2016

Maulid Nabi SAW Adalah Program Umat Islam


Sabilangan orang dari umat Islam sendiri bila waktu maulid ni mulalah berlaku pertikaian. Sedangkan program lain dah macam-macam depa buat, tapi tang program maulid ni nak ada dalillah, nak hadis sahihlah. Malah ada yang mempertikaikan pemilihan tarikh sebab kata depa tak pasti tarikh lahir Nabi SAW.

Orang lain buat program tak ada dalil macam-macam dah. Yang sambut maulid sendiri atau maulid girlfren, bini atau anak-anak sampai tiup-tiup lilin atas kek tak pulak mintak hadis sahih. Tapi tang maulid satu ni sangat-sangat pulak depa ni pertikaikan.

Pada halnya, maulid ni adalah program umat Islam dalam satu negara atau kawasan. Tang pertikaian tarikh berbeza tu biasalah sebab adanya periwayatan berbeza. Periwayatan berbeza ni biasalah tetapi para ulama akan meneliti dan mengeluarkan pandangan tentang kekuatan satu periwayatan cerita itu. Bukan maulid sahaja malah banyak hukum-hakam yang lain di dalam Islam pun sebegitulah juga.

Monday, 5 December 2016

Maung Zarni pecah rahsia Aung San Suu Kyi !! Isu Rohingya.

Credit Al Jazeera English
(Maung Zarni mengulas)

Saya sendiri sebenarnya telah ditugaskan untuk membawa isu Rohingya semasa lawatan Aung San Suu Kyi ke London bagi bercakap dengan panel orang awam di Sekolah Ekonomi London. Dia sendiri tak mahu bercakap mengenai isu Rohingya ketika itu. Sebab itulah saya terpaksa masuk bagi pihaknya untuk bercakap bagi isu Rohingya depan audien di London. 

Sebab utama Aung San Suu Kyi ni tidak mahu bercakap tentang isu Rohingya ialah kerana dia memilih berdiam diri atau pun duduk di atas pagar. Tetapi bagi saya dia bukan duduk di atas pagar. Dia sendiri menafikan kerajaan Myanmar terlibat dalam pembersihan etnik terhadap Rohingya. Rohingya sebenarnya adalah kaum etnik di Myanmar. Etnik yang minoriti.

Saya bagi tahu anda, yang dia (Suu Kyi) menipu!

Why Aung San Suu Kyi not be more vocal? Malaysia on Rohingya.


Perhimpunan Rohingya di Malaysia baru-baru ini mendapat liputan antarabangsa Al-Jazeera.

"The World Cannot Sit By And Watch Genocide Taking Place" - Malaysian Prime Minister.

Kaum Rohingya ditindas oleh kerajaan Myanmar
sehinggakan tidak boleh memanggil dengan nama kaumnya
sendiri iaitu "Rohingya".

Rohingya Live!!


Semarakkan momentum membantu ummah. 
Setelah Malaysia bersumpah untuk membantu Rohingya walau apa pun terjadi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...