Monday 4 December 2017

Tentera Amerika Syarikat sembunyi fakta makhluk gergasi di Afghanistan !!


Kisah ini berdasarkan maklumat yang diceritakan oleh 3 individu. 2 daripada 3 orang ini terlibat secara langsung dalam kejadian di Kandahar, Afghanistan. Sementara seorang lagi mendengar khabar ini melalui cerita yang sudah tersebar di kalangan pihak militari Amerika Syarikat di Afghanistan. Cerita ketiga ini menyokong dan menguatkan lagi cerita yang disampaikan oleh ketiga-tiga individu berkenaan.

Seorang individu telah ditemuduga oleh seorang pengacara rancangan internet iaitu L.A Mazuli. Individu ini mengaku sebagai seorang kontraktor yang bekerja di Afghanistan bagi pihak US. Kejadian berlaku dalam tahun 2002 apabila sekumpulan anggota Marin diarahkan untuk menjalankan operasi Search and Rescue satu kumpulan anggota Marin Amerika yang hilang dalam operasi di satu kawasan gua jauh di pedalaman Afghanistan.


Ketika kumpulan ini sampai di satu kawasan berbatu dan mereka terlihat satu gua di sebelah atas bukit. Di kawasan lapang berhadapan dengan mulut gua itu mereka melihat banyak tulang temulang bersepahan. Apabila dilihat lebih teliti, kelihatan beberapa serpihan benda-benda yang mungkin bahagian daripada alat komunikasi yang telah hancur berkecai.

Ketika mereka bergerak secara berkumpulan di depan gua berkenaan sambil memegang senjata masing-masing tiba-tiba mereka dikejutkan dengan satu lembaga yang meluru keluar dengan kepantasan dan kelincahan yang luarbiasa. Rupanya lembaga berkenaan adalah seorang lelaki yang sangat besar yang memegang senjata seperti tombak dan perisai. Rambut dan janggutnya berwarna merah menyala dan ketinggiannya dianggarkan 12 hingga 15 kaki. 


Walaupun ia sangat besar tetapi sangat lincah dan pantas pergerakannya sehingga ia dapat menikam salah seorang anggota marin yang disebut dengan nama Dan. Anggota-anggota lain sangat terkejut dan secara automatik mereka memberikan reaksi sebagaimana yang diajar dalam latihan ketenteraan. Mereka menembak dengan senjata masing-masing ke arah gergasi tersebut dan salah seorang menjerit menyatakan supaya ditembak ke arah mukanya. 

Individu kontaktor yang menceritakan kisah ini turut dibekalkan senjata dan bersama-sama dengan anggota marin yang lain menembak bertalu-talu ke arah gergasi berkenaan. Senjata yang mereka gunakan adalah seperti sub-machine gun M4, sniper rifel 308, Barret 50 semi-auto. 

Saksi 1 : Kontraktor
Walaupun pada awalnya gergasi tersebut seolah-olah masih bergerak tetapi setelah tembakan bertalu-talu dalam masa 30 saat akhirnya ia rebah ke tanah tidak bernyawa. Anggota-anggota marin dan kontraktor US tersebut masih lagi terperanjat dan seolah-olah tidak percaya apa yang sedang berlaku. 

Pemeriksaan kepada jasad gergasi lelaki tersebut mendapati ia mempunyai 6 jari pada setiap tangan dan kaki. Selain itu ia mempunyai dua baris gigi. Kuku jarinya membentuk kulit keras yang seakan-akan tirus menajam. Baunya adalah sangat busuk seolah-olah ia tidak pernah mandi. Ia disifatkan mempunyai bau binatang Skunk yang dicampur dengan bau mayat.

Hasil komunikasi yang dilakukan oleh mereka kepada markas, dua helikopter telah dihantar untuk mengambil 2 jasad iaitu yang pertama ialah jasad gergasi lelaki tersebut dan keduanya adalah mayat anggota yang dikenali sebagai Dan itu. Anehnya, helikopter itu datang sebaik sahaja kejadian itu terjadi dan mempunyai peralatan seperti jaring yang sesuai untuk mengangkut jasad gergasi yang besar itu.

Helikopter kemudiannya mengangkat jasad gergasi berkenaan dan dibawa ke lapangan terbang Kandahar. Kumpulan berkenaan membuat laporan bertulis menceritakan kepada pihak atasan berkenaan apa yang berlaku dan dihantar ke pihak atasan. Mereka kemudiannya diminta untuk membuat kembali laporan dengan tidak menceritakan apa yang sebenarnya berlaku. Akur dengan permintaan itu, laporan diubah untuk mengikut apa yang dikehendaki oleh arahan yang diberikan.  Mereka juga dikehendaki menandatangani perjanjian untuk tidak menceritakan apa yang sebenarnya terjadi.

Tetapi kontraktor berkenaan dengan berat hati masih menceritakannya kerana beliau percaya orang ramai mempunyai hak untuk mengetahui apa sebenarnya yang terjadi. 

Saksi 2 : Pilot
Salah seorang daripada saksi yang menceritakan kisah ini pula adalah salah seorang juruterbang helikopter yang diberikan tugas untuk memindahkan satu mayat target yang bernilai tinggi dan dilakukan secara rahsia.

(Namun demikian berbeza dengan kisah tadi, beliau mendakwa peristiwa ini berlaku dalam tahun 2005. Jika mengambil tanggapan cerita ini benar, kelainan ini boleh disebabkan beberapa kemungkinan faktor seperti pemberi maklumat ingin menyembunyikan indentiti dari dikesan atau pun lebih daripada satu gergasi yang dibunuh oleh tentera Amerika)

Saksi ini menceritakan ketika jasad lelaki gergasi di atas mekanisma penimbang ia mencatatkan berat 1,100 paun atau pun lebih kurang setengah tan. Jasad tersebut kemudiannya dipindahkan ke satu pesawat pengangkut dan kemungkinan diterbangkan ke Amerika Syarikat. 

Saksi 3 : Seorang Anggota Special Ops
Saksi ke-3 walaupun tidak terlibat dalam kejadian itu, beliau adalah anggota tentera special ops yang bertugas di Afghanistan. Beliau menceritakan ketika mula beliau bertugas di sana, cerita mengenai gergasi-gergasi di gua Kandahar, Afghanistan sememangnya telah menjadi buah mulut. Pada mulanya beliau menganggapnya sebagai gurauan orang di sana. Tetapi setelah lama bertugas dan menyertai operasi, beliau mula menyedari ianya adalah sesuatu yang diambil serius dalam operasi di sana. 

Anggota-anggota dilatih supaya mengacukan senapang tinggi ke atas seolah-olah target seorang yang sangat tinggi ketika dalam operasi. Kemudiannya barulah beliau menyedari arahan tersebut adalah disebabkan kemungkinan terserempak dengan makhluk gergasi tersebut. Beliau juga telah mendengar cerita mengenai unit yang membunuh gergasi Kandahar itu ketika bertugas di sana.

Pada pandangan beliau, ada pihak cuba menyembunyikan apa juga kejadian yang bertentangan dengan teori Darwin atau pun yang akan menyokong fakta-fakta yang dinyatakan dalam agama.

Kisah ini memang menarik dan jika ia benar menunjukkan banyak lagi misteri dunia yang tidak kita ketahui atau pun disembunyikan oleh pihak yang mempunyai kepentingan tertentu. Kisah gergasi bukanlah kisah yang aneh dan pelik. Pada suatu ketika dahulu nenek moyang manusia menerima kisah ini sebagai cerita dari turun temurun. Malah ada kisah puak Red Indian yang pernah berperang dengan puak gergasi di Amerika juga pernah diceritakan dan dibukukan oleh seorang perempuan keturunan puak itu.

Banyak juga foto-foto lama menunjukkan jasad, kerangka atau bangkai makhluk seperti manusia tetapi amat besar dan tinggi juga pernah disimpan orang.

Mungkinkah ia sebesar kepala ini?
Hakikatnya terpulanglah kepada pandangan masing-masing. Orang yang bertemu dan melihat dengan mata kepala sudah tentu tidak sama dengan orang yang hanya mendengar atau pun membaca dari tulisan semata-mata.

Sekiranya benar, pihak tertentu tidak seharusnya menutup cerita itu hanya kerana kepentingan fahaman sains tertentu. Orang ramai dan manusia keseluruhannya berhak tahu kebenaran mengenai cerita tersebut. Apatah lagi ianya melibatkan perkembangan kefahaman manusia mengenai ilmu alam dan kehidupan di dalamnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...