Kejadian kemalangan yang membabitkan lori ni banyak dah berlaku kat negara ni. Sudah banyak juga kejadian kemalangan ngeri dan menyayatkan hati.
Baru-baru ni sebuah lori treler terbabas dan melanggar sebuah kereta yang menyebabkan kereta terbakar dan pemandunya tersepit kereta. Rakan penumpangnya walaupun berjaya keluar, tak dapat menyelamatkan pemandu tersebut yang terkapai-kapai meminta tolong. Ini kerana api yang marak itu tidak dapat dipadam.
Sebelum itu juga, heboh kejadian satu keluarga yang berselfie dalam kereta kemudiannya terlibat dalam kemalangan yang juga melibatkan lori. Kejadian itu turut mengorbankan ibu mereka yang berada tempat duduk belakang.
Itu tak masuk lagi kejadian-kejadian melibatkan penunggang motorsikal yang digelek dan terperosok di bawah tayar lori.
Kejadian-kejadian ini berulang-ulang dan semakin lama semakin banyak cerita mengerikan timbul kemudiannya. Dah tentulah kita tak mahu benda-benda ni berlaku kepada diri kita dan keluarga kita. Nauzubilah.
Dan kalau kita tengok dalam dua kejadian di atas pun, puncanya kemalangan bukanlah disebabkan kesalahan pemandu kereta tetapi kedua-dua pemandu lori itu memberikan alasan lori mereka secara tiba-tiba hilang kawalan disebabkan masalah teknikal.
Berapa banyak lagi lori-lori yang akan mengalami masalah teknikal?
Tapi sebagai sebuah negara yang membangun dan menuju kearah status negara maju, adakah kita akan melihat sahaja perkara ini tanpa mengambil apa-apa langkah yang sepatutnya?
Untuk menjadi sebuah negara maju dan rakyat yang bertamadun tinggi kita mestilah mempunyai fikiran terhadap apa-apa masalah dalam masyarakat dan juga negara. Negara yang maju dapat melahirkan idea sendiri bagaimana untuk menyelesaikan masalah.
Kekadang aku terfikir, perlukah adanya satu jalanraya khusus untuk lori-lori ini. Sekiranya berlaku kemalangan ianya hanya melibatkan lori-lori berkenaan dan tidak akan melibatkan kenderaan yang dipandu bersama keluarga.
Lalu aku membayangkan wujudnya satu lebuhraya daripada utara ke selatan dan ianya khusus untuk kenderaan komersial sahaja. Termasuklah lori-lori ni.
Sebenarnya idea ni aku pernah dengar daripada orang lain. Tak silap aku Ustaz Kazim. Idea ni berdasarkan kenderan lori dan kereta ni tak boleh dicampurkan sekali. Nanti kalau aku jumpa klip video itu aku akan letak kat sini.
Itu cadanganlah untuk difikirkan bersama. Mungkin juga ada cadangan-cadangan lain yang berguna.
Akhir sekali marilah kita sama-sama mensedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa-mangsa kemalangan ini yang beragama Islam.
No comments:
Post a Comment