Wednesday, 19 August 2015

Peserta Perhimpunan Bersih 4.0 Diminta Berhati-hati Dengan Suspek Berbaju Kuning.


Mereka yang ingin berhimpun bagi perhimpunan Bersih 4.0 diminta berhati-hati dan sentiasa melihat persekitaran mereka bagi mengesan seorang suspek yang disyaki terlibat dalam pengeboman di Bangkok baru-baru ini.

Saspek adalah seorang anak muda memakai baju kuning yang mempunyai tulisan dan imej tertentu pada bajunya. Saspek telah disyaki membawa beg yang kemudiannya meninggalkan beg tersebut di kalangan publik. Beg tersebut disyaki mengandungi bom yang kemudiannya telah diset untuk meletup bagi memberikan kerosakan yang besar kepada persekitaran dan orang awam.

Oleh itu adalah wajar bagi peserta-peserta Perhimpunan Bersih 4.0 dengan cermat mengawasi kehadiran suspek ini ketika berhimpun tersebut. Jika peserta mendapati suspek ini, perlulah dengan segera memaklumkan kepada pihak polis.

Walaupun suspek telah memakai baju kuning dalam kejadian pengeboman Bangkok, boleh jadi suspek seorang yang sangat bijak dan masih lagi memakai baju kuning dalam perhimpunan Bersih 4.0. Sebab semua peserta pada perhimpunan bersih itu memakai baju kuning. Dia tahu berbaju kuning pada hari itu adalah tindakan bijak dan boleh menyamar sebagai peserta. Kerana orang ramai mungkin tidak menjangka suspek memakai baju kuning buat kali kedua.

Ingat, suspek orang muda, pakai baju kuning dan ada beg.
Kalau suspek sudah tak ada beg itu petanda buruk.
Salah satu cara yang berkesan untuk menangkap suspek ialah dengan kesemua peserta perhimpunan berpakat untuk memakai baju warna lain tanpa diketahui suspek berkenaan. 

Dengan ini ia akan dapat memerangkap suspek. Suspek akan terkejut apabila hadir ke perhimpunan Bersih 4.0 dengan berbaju kuning sedangkan kesemua peserta berwarna hitam contohnya. 

Penangkapan suspek berbaju kuning ini akan melonjak imej perhimpunan Bersih yang selama ini tercemar sebagai perhimpunan ganas yang tak mahu berhimpun di Bukit Bintang kawasan DAP tetapi dengan sengaja berhimpun di depan SOGO bagi mengganggu peniaga-peniaga di kawasan itu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...