Saturday, 1 August 2015

Belajar asas ekonomi.. kih3


Ni nak tanya yang pakar-pakar ekonomi ni la kan. Sebab aku ni memang tak terer ekonomi. Tak pandai pun. 

Camana nak pandai, bila besok harga minyak nak naik, sekali pun aku tak pernah beratur panjang berebut isi minyak tu. Sebab aku tak faham kenapa orang beratur panjang untuk isi minyak tu kalau besok harga minyak naik.

Di situlah yang menunjukkan aku tak pandai. Tidak bertindak segera untuk mendapatkan satu keuntungan. Bodoh sombong tak nak belajar dan mengikut cara orang-orang yang pandai.

Tapi atas nasihat kengkawan, aku dengan humble ingin mempelajarilah basic ekonomi ni. Supaya aku jadi pandai ekonomi dan bijak bertindak.


Aku pun berfikir dengan perlahan-lahan logiknya. Kalau besok harga minyak naik, mungkin stok minyak yang ada sekarang masih menggunakan harga lama. Bila isi minyak malam ini, kita dapat harga lama. Dan kita untung perbezaan harga diantara harga baru yang lebih mahal tolak harga lama yang lebih murah.

(Harga minyak naik besok) - (Harga malam ni yang belum naik) = Untung beza harga minyak = bijaksana.

Atas dasar inilah aku percaya kenapa orang beratur panjang bila minyak nak naik.

Tapi kenapa orang beratur panjang aritu? Sebab minyak turun bukan naik. Bukan ke kalau terbalikkan proses di atas dia jadi lain?

(Harga minyak naik turun besok) - (Harga malam ni yang belum naik turun) = Untung Rugi beza harga minyak = bijaksana.

Kalau aku beratur panjang aritu, kira rugilah malam tu. Sebab besok harga minyak turun. Tapi member memang ada yang pegi beratur isi minyak aritu.

Di facebook ramai mengaku beratur panjang. Ada yang siap nak berbogel kalau betul minyak turun. Tak naik. Ini menunjukkan mereka-mereka ni mempunyai satu keyakinan yang tinggi, minyak akan naik keesokannya. Siapa yang nak berbogel depan public kan. Kecuali yang dah rosak akhlaknya.


Bila disogokkan dengan maklumat-maklumat tertentu. Ada pula yang mendakwa mendapat maklumat insider daripada KPDNKK. Aku yang mendengar pun hampir-hampir terpercaya. 

"Maklumat insider" ni kemudiannya digabung pula dengan list "kejahatan-kejahatan" kerajaan dalam isu 1MDB. Sekarang ni kalau disusun senang-senang saja dapat paling kurang pun 10 listing. Benda inilah yang membantu orang percaya info minyak akan naik tu.

Bila diamati betul, memang dramatik jugalah "kejahatan" kali ni, minyak dunia turun tapi Malaysia naikkan pula harga minyak. Member-member pun naik minyak.

Dengki dan sengaja nak tindas rakyat!!

Bagi aku yang tak pandai ekonomi ni, aku tak terer buat perkiraan yang begitu kompleks. Aku pegang dengan satu fakta boleh je kiranya. 

Harga minyak aritu turun 10 sen.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...