Orang kata dalam internet ni semua ada. Ada ustaz, alim ulama dan mufti, ada doktor, pakar motivasi, ahli ekonomi, professor dan macam-macam lagi. Itu yang seronoknya berada dalam alam maya digital ini. Kita seolah-olah satu makhluk yang boleh merupa-rupa bermacam bentuk. Itu dah macam jin pulak kan.
Kali ni aku nak bertukar rupa jadi pengamal undang-undang pulak. Nak bercakap tentang undang-undang. Ni pasal POTA. Undang-undang pencegahan yang khabarnya telah diluluskan di parlimen. Kalau tak silap awal tahun itu hari.
Sebab apa aku nak menulis pasal POTA ni? Sebab aku terbaca komen daripada presiden BAR Council. Dia kata POTA ni macam mendatangkan kembali ISA. Rujukan berita Malaysian Insider.
Petikan berita Malaysian Insider berkenaan. |
Persoalannya betulkah POTA itu ISA?
Member aku ramai yang jadi lawyer. Kalau masuk universiti, ada kursus bukan law yang tawarkan subjek tambahan, Introduction to Law. So sedikit sebanyak ramai juga yang boleh memahami perbincangan undang-undang secara umumnya dan mudah.
Bila buat bisnes, kita ada minta lawyer-lawyer untuk semak kontrak atau perjanjian yang didraf. Supaya perjanjian itu valid dan bisnes dapat dijalankan dengan sah. Lepas tu kita pun berhujah-hujahlah dengan lawyer-lawyer ni tentang makna klausa-klausa tertentu. Ada kala pulak kita sesaja tengok Akta macam Akta Hasutan dan kita bincang secara umum. Sebab itu termasuk isu semasa.
Itu yang jadi kondifen.
Tapi dalam bab POTA ni, kita kenalah refer kepada Akta yang berkaitan kalau nak tahu apa kebendanya POTA ni. Janganlah kita bercakap itu ini tetapi sebenarnya apa yang kita cakap tu tidak berasaskan fakta. Itu yang boleh jadi fitnah.
Kalau kita tak berapa pandai nak baca Akta, kita mulakan dengan mendengar perbincangan para peguam berkenaan Akta ini. Presiden Bar Council tu peguam juga tetapi bila dalam isu macam ni, biasanya boleh berlaku bias. Sebab kumpulan tertentu mungkin mempunyai agenda dan kepentingan masing-masing.
Mereka mungkin memperjuangkan human right yang bersekali dengan hak-hak untuk LGBT, orang Islam boleh murtad, hak untuk bertelanjang di publik, kebebasan bersuara tanpa batas dan lain-lain yang mengarut.
POTA - Prevention of Terrorist Act Bill 2015
Rang Undang-undang yang telah diluluskan parlimen itu bolehlah di muat turun di sini. Dengan Rang undang-undang itu bolehlah kita baca peruntukan berkenaan POTA dan apakah POTA ini sebenarnya.
Awal-awal lagi aku dah merasa pelik bila tengok apa yang aku downlad. Sebab apa? Tengok kat bawah ni.
An Act to provide for the prevention of the commission or support
of terrorist acts involving listed terrorist organizations in a foreign
country or any part of a foreign country and for the control of
persons engaged in such acts and for related matters.
Kumpulan "Daish", kumpulan pengganas luar negara yang suka membakar tahanan orang Islam. |
Akta ni memperkenalkan diri dia sebagai satu Akta bagi :
1) mencegah perbuatan pengganas atau
2) mencegah (perbuatan) membantu perbuatan pengganas
Itu tak peliklah kan. Memang itulah anti-terror pun kan. Macam dalam movie2. Tapi yang peliknya, 1 dan 2 kat atas tu bersyarat!
Apa syarat tu?
Syarat pertamanya
involving listed terrorist organizations
Organisasi atau kumpulan pengganas yang di dalam senarai. Tersenarai.
Syarat keduanya
in a foreign country or any part of a foreign country
Organisasi atau kumpulan pengganas yang di dalam senarai itu pula mestilah datangnya daripada negara asing (bukan Malaysia) atau sebahagian daripada negara asing.
Bila tengok kat sini saja, camana nak samakan Akta ni macam ISA yang skopnya agak luas. Mengikut perenggan itu jika seseorang itu hendak dikenakan tindakan di bawah Akta ini, dia terlebih dahulu dah melakukan perbuatan pengganas yang berkaitan dengan kumpulan pengganas di luar negara. Bukan dalam negara. Kumpulan tu pulak perlulah dimasukkan dalam senarai terlebih dahulu.
Logiknya takkanlah kerajaan nak masukkan contohnya PAS dalam senarai pengganas semata-mata nak ambil tindakan politik terhadap ahlinya. Kumpulan pengganas tu pula perlu yang dari luar negara. PAS tu pula kumpulan dalam negara ke luar negara? Nampak tak?
Kalau tengok awal-awal lagi Akta ni sebenarnya bertujuan untuk mencegah kumpulan pengganas tertentu daripada luar negara daripada memusnahkan Malaysia atau mempengaruhi rakyat Malaysia untuk menjadi ahli kumpulan pengganas.
Tidak ada isulah Akta POTA ni sama macam ISA kalau begitu. Macamana nak tangkap sesuka hati kalau syarat-syarat tak dipenuhi. Nanti yang ditangkap akan saman kerajaan dan senang-senang mendapat pampasan berjuta-juta ringgit. Tentulah kerajaan tak mahu itu terjadi.
Ini diperkuatkan lagi apabila kita membaca Klausa 4 Rang Undang-undang terbabit.
Polis yang tangkap orang tu, kena jumpa majistret lepas tu untuk ditahan lanjut. Dia kena bagitau majistret kenapa dia tangkap dan tahan orang tu. Alasan kena diberikan secara bertulis.
Kita tengok pada 4 (1) (a) tu, dia ulang balik apa statement awal tadi tu. Kalau takde alasan macam tu, majistret akan bebaskan orang tu. Logiknya susah jugalah nak buktikan orang tu buat perbuatan pengganas yang dikaitkan dengan satu kumpulan pengganas luar negara yang telah disenarai oleh Akta.
Polis kena tangkap dan tahan orang tu bagi tujuan spesifik sahaja, alasan tu dah jelas dalam Klausa 4 tu. Bukan sebab lain. Bukan sebab parti pemerintah dengki dengan ahli parti politik pembangkang dan nak tahan dia tanpa alasan yang jelas.
Kesimpulan aku, Akta ni begitu spesifik. Pelik juga macamana orang kata POTA ni sama dengan ISA. Logik aku mengatakan tak bolehlah samakan dengan ISA.
Tenkiu.
No comments:
Post a Comment