Contoh Ribut Yang Melanda |
Bila aku ditanya harini oleh seseorang berkenaan ribut yang melanda. Ribut ni bencana. Satu kejadian alam yang merosakkan. Memanglah apabila kita hidup di atas mukabumi ini susah dan senang bertukar ganti. Sebab hidup di atas mukabumi ini satu ujian.
Segala susah dan senang itu pula adalah ujian bagi kita. Susah tu ujian, senang itu pun ujian.
Kaum-kaum terdahulu ada yang dibinasakan apabila mereka telah melampaui batas. Yang membinasakan itu adalah Pencipta alam itu sendiri. Ini diterangkan melalui wahyu yang disampaikan.
Oleh itu bencana yang mendatang boleh jadi ujian yang mengingatkan ataupun yang menghukum. Boleh jadi juga sebagai satu ujian yang ingin membersihkan seseorang itu lantas mengangkat martabatnya kepada yang lebih tinggi.
Oleh itu, adalah terlalu dangkal jika kita cepat mengaitkan bencana yang menimpa seseorang dengan kemurkaan atau pun hukuman daripada Tuhan. Kecualilah sangat jelas seseorang itu berada di dalam kedudukan kekufuran yang jelas kepada Allah SWT.
Hanya Tuhan sahaja yang Mengetahui tentang hakikat kejadian alam yang terjadi. Nabi SAW sebagai pesuruh Allah juga diuji dengan ujian-ujian yang melebihi kemampuan manusia biasa. Kerana para nabi itu mereka menerima ujian kesusahan yang paling berat di kalangan manusia.
Tetapi ujian yang diterima oleh mereka tidaklah menyebabkan mereka itu binasa sehingga tidak dapat menjalankan tugas sebagai Nabi atau Rasul.
Oleh itu pada pandangan aku tidak bolehlah dengan mudah mengaitkan sesuatu kejadian bencana itu dengan seseorang. Kerana ingin mengaitkan seseorang itu dengan keburukan tertentu. Secara logiknya pun, jika benar kejadian bencana itu adalah sesuatu yang menghukum, tentulah orang tertentu itu sudah binasa. Jika sudah binasa, sudah pasti orang itu akan menerima kecaman daripada orang yang masih hidup atas perbuatan keji yang dilakukannya.
Tetapi itu tidak berlaku. Malah orang yang ingin dikaitkan dengan keburukan itu bukanlah seorang yang terkenal melakukan maksiat seperti berzina, meliwat, LGBT, mensyirikkan Allah, melakukan fitnah dan sebagainya. Apa yang dibuatnya adalah sebaliknya.
Mungkin atas sebab itu seseorang itu diselamatkan daripada sesuatu bencana.
Kita sebagai manusia pun tidak tahu hakikat. Kecuali ada dalil yang jelas dengan sifat-sifat yang terang lagi nyata barulah kita boleh mengambil posisi kita. Jika ia tidak begitu, aku telah mengatakan pandangan aku seperti di atas.
No comments:
Post a Comment