Saspek betul aku dengan harga emas sekarang ni. Kalau betul nak tujukan suspicious tu bukanlah kepada harga emas itu sendiri. Kerana emas itu sendiri tidak bersalah. Kalau ada kesalahan berlaku dah tentu dinisbatkan kepada tangan-tangan manusia yang memanipulasikan harga emas ini.
Emas tu memanglah mempunyai nilai sebenar. Tetapi kerana manusia yang suka membuat manipulasi dan wujudnya sistem kewangan selain daripada emas itu, maka harga emas itu tidak menunjukkan nilainya yang sebenar.
Apa yang jadi suspicious itu?
Sekarang ini harga dan nilai emas telah jatuh ke paras terendah dalam tempoh 5 tahun. Sedangkan sebelum ini adanya ramalan nilai emas akan melonjak sehingga ia mencapai nilai berkali-kali ganda pada tahun 2020. Tiba-tiba pula dalam tahun 2015 ini nilai emas menurun secara mendadak.
Yang jadi saspek tu ialah ketika emas turun macam gini, banyak pula artikel-artikel yang seolah-olah memburukkan emas dan juga perak sebagai "hedge fund" atau pun pelaburan bagi menjaga nilai matawang. Tulisan-tulisan ini cuba menunjukkan emas bukanlah satu pelaburan yang meyakinkan dan tidak berbaloi jika melabur untuk membeli emas.
Memanglah mencurigakan nada tulisan seperti ini. Kerana ketika nilai emas turunlah waktu yang paling sesuai untuk membeli emas. Kalau dah naik mana nak datang untungnya. Atau untungnya mungkin sedikit.
Tetapi apakah tujuan kenyataan yang mereka buat itu? Seakan-akan mereka tidak menggalakkan orang membeli emas tetapi jika orang tidak membeli, mereka ini pulalah berebut mengambil kesempatan atas kejatuhan harga emas.
Atau mereka sememangnya hendak memonopoli emas dan itu adalah strategi mereka?
Realitinya nilai emas dijangka menaik. Macam harga tanah. Kalau ada penurunan pun sudah tentu ianya bersifat sementara. Bila dilihat dari gambaran statistik yang lebih besar kita akan lihat ianya sentiasa menaik tanpa gagal.
Tapi aku rasa seakan-akan adanya manipulasi atas nilai emas ini. Perasaan aku ini setelah membaca artikel-artikel daripada pakar dan juga pelabur berpengalaman. Nilai emas ketika ini jatuh tetapi ia masih berlegar-legar di atas 1,000 USD per ounce.
Apa motif mereka? Itu subjektif, spekulatif dan mungkin terpulanglah kepada persepsi masing-masing. Apa jua motif mereka, apalah signifikannya jika pengetahuan itu tidak digunakan sebaik-baiknya. Maksudnya dalam bentuk praktikal.
Dan untuk rekod juga, kejatuhan harga emas ini adalah pada masa kejatuhan harga minyak juga.
No comments:
Post a Comment