Saturday, 11 October 2014

Konspirasi Batu Bersurat Georgia : Kiub dah kena tukul !!

Aku tak nak subahat dah..
Pekerja bandaraya musnahkan harta kerajaan sebab bencikan konspirasi?

Seorang pekerja bandaraya Elberton, Georgia telah menurunkan sebuah kiub pada Monumen kontroversi Batu bersurat Georgia / Georgia Guide Stone untuk dipertontonkan kepada sekumpulan pengunjung yang ingin melihat kiub berkenaan. Tiba-tiba kesemua pengunjung terkejut apabila pekerja veteran tersebut bertanyakan samada mereka inginkan kepingan batu kiub itu dan terus menukulnya sehingga pecah!

Apa kes dengan Batu Bersurat Georgia ini?
(Video berkaitan di akhir artikel)


"Georgia Guidestones 12" 
by Ashley York - Own work.

Batu Bersurat Georgia adalah tugu granit di Elbert County, Georgia, Amerika Syarikat. Ianya mengandungi sepuluh garis panduan tertulis dalam lapan bahasa moden serta mesej yang lebih pendek tertulis di bahagian atas struktur dalam empat bahasa skrip purba iaitu Babilon, Yunani Klasik, bahasa Sanskrit dan hieroglif Mesir. 
  • Struktur ini kadang-kadang dirujuk sebagai "Amerika Stonehenge". 
  • Monumen ini adalah 19 kaki 3 inci (5.87 m) tinggi, diperbuat daripada enam bidang batu granit yang totalnya seberat 107.840 kg.
  • Satu bidang di tengah-tengah, dengan empat bidang yang lain disusun di sekitarnya. 
  • Batu Capstone A terletak pada bahagian atas lima bidang, yang sejajar dengan panduan astronomi  tertentu. 
  • Satu tablet batu tambahan, yang ditetapkan di dalam tanah, jauh di sebelah barat struktur, menyediakan beberapa nota mengenai sejarah dan tujuan Guidestones.

Sejarah

Pada bulan Jun 1979, seorang dengan nama samaran R.C Christian telah mengupah Elberton Granite Finishing Company untuk membina Batu Bersurat tersebut. 

Tidak banyak maklumat diketahui mengenai R.C Christian ini. Beberapa orang yang mendakwa pernah bertemu dengan beliau menggambarnya sebagai berumur 70's, botak, 6 kaki, suka pakai topi, berpendidikan tinggi, seorang kaki-kembara internasional serta mempunyai pengetahuan berkaitan environmentalist atau botani.

Diceritakan juga bahawa beliau mendakwa mewakili satu pertubuhan rahsia. Tujuan untuk membina monumen berkenaan ialah sebagai peringatan dan petunjuk kepada umat manusia. 

Apa yang terukir pada Batu Bersurat Georgia?

Kojap yo, pakcik poie ambikkan batu kiub.

Let these be guidestones to an Age of Reason
Biarlah perkara-perkara ini menjadi petunjuk kepada zaman yang mengutamakan fikiran munasabah.
1. Memastikan jumlah populasi manusia di bawah 500,000,000 (500 juta) bersesuaian dengan fitrah alam.
2. Memberikan panduan untuk melahirkan keturunan secara bijak dengan meningkatkan kecergasan dan kepelbagaian.
3. Menyatukan manusia dengan satu bahasa baru yang diterimapakai semua.
4. Menguruskan motivasi manusia, kepercayaan mereka dan adat tradisi supaya semuanya ditadbir berdasarkan kemunasabahan yang terpandu.
5. Melindungi manusia dengan undang-undang dan mahkamah-mahkamah yang adil dan saksama.
6. Mengesyorkan kesemua negara yang berdaulat menyelesaikan masalah di antara negara-negara dengan satu mahkamah dunia.
7. Elakkan untuk mengadakan undang-undang yang tidak penting dan kakitangan kerajaan yang tidak mendatangkan manfaat.
8. Menyeimbangkan hak individu dengan tanggungjawab kepada masyarakat.
9. Menghargai kebenaran, kecantikan dan cinta dalam rangka mencari keharmonian dengan unsur ghaib (Tuhan/ Syaitan?)
10. Janganlah menjadi seakan-akan penyakit kanser atas muka bumi ini, berilah ruang untuk alam semulajadi! Berilah ruang untuk alam semulajadi!
(Nota : Ini adalah terjemahan persendirian atau bagi satu kumpulan, tafsiran mungkin berbeza mengikut persepsi masing-masing)


Mungkin ada yang bertanya apa masalahnya? Kesemua kelihatan positif? Setakat satu dua yang tidak jelas maksudnya tidak menunjukkan kandungan batu bersurat ini berniat jahat atau dibina oleh satu pergerakan rahsia yang penuh tipu muslihat. Tak begitu ke?

Sudah tentulah kesemuanya atau kebanyakannya dilihat macam baik kalau tidak macamana DAP nak menipu PAS macamana para konspirator nak menjayakan agenda mereka.

Tapi dengan pemikiran yang kritis seseorang itu akan bertanyakan soalan, kenapa nak memastikan populasi dunia dibawah 500 juta orang sahaja? Semakan dengan carian google pada saat artikel ini dibuat, populasi manusia atas muka bumi ialah 7.125 bilion atau 7,000,000,000 dalam bentuk nombor 10 angka.

Persoalan timbul, macamana nak buang 6,500,000,000 lagi?
Mereka-reka peperangan supaya berperang sesama sendiri? Mengadakan satu wabak penyakit dan disebarkan? 


Dalam interview di atas, kita lihat mereka memang dah bincang perkara ini sejak sekian lama. Global warming dikatakan berlaku sebab manusia dah ramai sangat. 

Hmm.. cannibalism. Agaknya itulah sebab produksi filem barat sukakan tema zombie. Siap ada dokumentari yang ajar macamana nak survive dalam komuniti yang dah jadi zombie.

Let Chaos rules!
We rule through chaos!
Kahkahkahkah!
Ketawa Encik V
Evey: All this riot and uproar, V... is this Anarchy? Is this the Land of Do-As-You-Please? 
V: No. This is only the land of take-what-you-want. Anarchy means "without leaders", not "without order". With anarchy comes an age of ordnung, of true order, which is to say voluntary order... this age of ordung will begin when the mad and incoherent cycle of verwirrung that these bulletins reveal has run its course... This is not anarchy, Eve. This is chaos.  Sumber  
(Macamana ada orang Islam boleh terjerat pulak dengan benda ni ek?)

Kenapa kiub kecil daripadanya dimusnahkan? Apa yang tertulis pada kiub yang dimusnahkan?

MM - 20 - 14

Perkataan yang diukir ialah "MM, 16, 20, 14, 8, JAM" pada setiap permukaan empat segi pada kiub. Tidak ada penjelasan yang jelas mengenai apakah maksudnya dan bagaimana turutan sebenarnya ia dibaca.

Ada spekulasi yang menyatakan ianya menunjukkan tarikh-tarikh berikut;

16/8/2014

Manakala ada yang mendakwa ianya dibaca terbalik secara bacaan polaris maka jadilah tarikh begini.

14/8/2016

Maksud MM dan JAM itu pula bermacam-macam spekulasi telah dibuat berdasarkan persepsi masing-masing. Yang obses dengan Freemason mendakwa MM itu mungin bermaksud Master Mason. Ada yang terpengaruh dengan Islamophobia mendakwa JAM itu adalah Jaish Al-Mahdi. Macam-macam.

Apapun ramai yang mengaitkannya dengan Freemason ataupun pertubuhan rahsia yang dikatakan menjadi dalang kepada konspirasi-konspirasi terkenal dunia.

JAM
Kenapa pekerja bandaraya Elberton tu sengaja pecahkan kiub tu? Apa cerita yang terkait pada tarikh yang terukir tu?

Jom lihat upacara pecah batu kiub.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...