Wednesday, 8 October 2014

Tahaluf Siyasi - Tun Dr Mahathir.

Cepat pula artikel Tun yang baru keluar kali ni. Petikan sedikit daripada artikel Tun itu.
"...
19. Sesungguhnya PAS telah ditipu oleh DAP.
20. Saya yakin ahli PAS tidak akan baca blog ini. Mereka taksub dengan pemimpin mereka, sehingga apabila pemimpin mereka menghina Allah SWT dengan mendakwa Allah mencarut pun, kesetiaan mereka kepada PAS tidak terjejas. Sesungguhnya parti PAS adalah parti assabiah."


Artikel penuh Chedet tersebut di sini.

Tak nak post penuhlah, sebab kalau post kat sini takde iklan. Di situ ada banyak iklan. Siap kat celah perenggan pun ada iklan. 

Aritu pun incikposmen ada posting tentang tahaluf siyasi ni bila buat review tentang artikel Encik Azmi Sharom, kolumnis The Star.

Bottomline.. PAS kena tipu dengan DAP. 

Orang semua gelakkan PAS termasuk orang-orang politik ni. Memanglah seronok orang politik yang sekapal dengan PAS tengok PAS kena tipu. 

Tapi sebenarnya, adakah itu sikap yang sepatutnya. Sikap aku ialah kita kena sedarkan PAS. Sebab macamana pun PAS itu adalah seagama dan sebangsa. Takkan kita seronok pulak tengok dia kena tipu dan dipermainkan oleh orang-orang berkepentingan dan yang anti-Islam.

Macamana nak sedarkan PAS? Itu sama-sama kita fikirkan untuk kebaikan bersama.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...