Ramai yang terkejut bila Blogger Zamkata memberikan pandangan dalam blognya bahawa orang Melayu itu pun pendatang juga, tetapi pendatang yang lebih awal dan lebih bijak seperti posting beliau di sini.
Antara yang memberikan pandangan balas ialah blogger Al-Azharri Siddiq sebagaimana di sini.
Dalam pada itu, Blogger Zulfikli Nordin pula membidas kenyataan perwakilan Parti Gerakan yang menyatakan orang Melayu juga adalah pendatang. Posting Zulkifli adalah di sini.
Dalam pada itu, Blogger Zulfikli Nordin pula membidas kenyataan perwakilan Parti Gerakan yang menyatakan orang Melayu juga adalah pendatang. Posting Zulkifli adalah di sini.
Kebetulan pula dalam posting sebelum ini, incikposmen telah pun memperlihatkan satu kajian asal-usul orang Melayu sebagaimana dimasukkan semula di bawah ini.
Memanglah ada wujudnya Melayu secara perlembagaan. Secara logik dan fitrahnya, seseorang yang dibesarkan dalam adat orang Melayu, bercakap bahasa Melayu, berfikiran macam orang Melayu adalah Melayu walaupun ayahnya mungkin dari bangsa lain.
Tapi kajian DNA sendiri menunjukkan, orang yang berdarah Melayu memangnya berasal daripada alam Melayu ini yang meliputi semenanjung tanah Melayu, Sumatera dan Indonesia, Selatan Thailand sehingga ke pertengahannya, sebahagian Kemboja, Filipina dan Sulu.
Satu kajian dalam ceramahnya yang panjang oleh Puan Zaharah Sulaiman.
No comments:
Post a Comment