Monday, 6 October 2014

Macbook Air vs Surface Pro 3


Cerita Macbook Air lagi. Kali ni berlawan dengan Surface Pro 3 pulak!

Sebab aritu ada kawan bisnes ni, dia dari company lain. Tengok aku pakai Macbook, dia perati dari belakang. Mungkin tertanya2 sebab tengok skill aku dengan Macbook ni (huhuhu..dimanakah mouse dia? kih3)

Rupanya member ni nak beli laptop nak buat kerja. Tapi nak cari yang senang bawak. Dia mungkin tertanya2 sebab aku bawak Macbook ni dalam folder plastik je kekadang tu. Folder plastik yang biasanya orang buat bawak dokumen A4 tu. 

Dia pun tanya aku..

Tahap kesenangan menggunapakai.

Member tu terus tanya tahap ke’senang’an memakai Macbook ni. Aku jawab kena ambik seminggu dua nak biasakan diri, lepas tu memang sedaplah pakai.
(Sebelum ni aku ada cerita pasal trackpad dia, sila klik di sini)

Aku memang tak menulis buku nota. Memang susah jugalah sebab kita dah biasa tulis dalam diari dan buku nota. Tapi bagi aku, aku kena biasakan menaip semua apa yang aku dengar. Inilah future note taking. 
  1. Apa-apa yang ditaip boleh terus di’google’kan untuk cari info lebih lanjut.
  2. Apa-apa yang ditaip boleh terus di’email.
  3. Apa-apa yang ditaip boleh terus jadi business report.
  4. Jika perkataan dalam bahasa Inggeris yang tak faham, Osx ada dictionary sendiri. Highlightkan dan klik kanan bawah trackpad anda. Very handy.
  5. Kegunaan-kegunaan lain yang berfaedah. Ofis anda dimana-mana anda berada.
Aku pilih Macbook Air berbanding Ipad atau tablet sebab aku seorang writer yang serius. Keje pun banyak menaip. 

Sekarang ni dah dinamakan konvensional komputer,
sebab orang ramai  sekarang ni nak usik monitor.
Aluminium ni kalau tak calar, memang x nampak season.
Dia tanya harga.

Aku jawab entry level 3k la (RM3,000), kira genapkan. Dia tunjuk muka tak best. Ni mesti fikir harga 3k tu mahal. Sebab aku pun dulu ada persepsi macam tu! Tapi kena ingat, harga ni untuk Macbook Air samada 11” atau 13”. Ranking paling murah bagi produk Macbook. 

Kalau Macbook Pro, dia lagi mahal, tapi lagi power dan apa yang menjadikannya bukan pilihan aku, dia lagilah besar, berat dan tebal. Aku utamakan mobiliti.

Lepas tu secara jujurnya aku katakan, itu tak masuk kos Microsoft Ofis, 3 serangkai yang memang menjadi makanan rakyat Malaysia zaman ni. Budak-budak sekolah pun buat assignment cari 3 serangkai ni. Microsot Word, Powerpoint dan Excel. Jangan buat-buat tak kenal pulak..

Aku beli yang legal punya. Aku belanja hampir 1k untuk itu (genapkan jugalah). So, kos semuanya siap kita nak taip secara legal, ialah RM4,000 lebihlah. Ini termasuk kos microsoft original tu. Kalau beli laptop lain yang murah pun (termasuk yang guna windows 8+ sekarang ni), lebih kurang sama jugalah kalau nak install yang original. So, bagi aku bukan alasan kalau terpaksa tambah 1k tu. (Yang tepatnya RM800 lebih)

Kalau student ada versi student, RM300 lebih. Dulu bila ada offer, aku dapat beli harga RM200 lebih. Harga untuk versi Mac OS mungkin lebih mahal sikit.

RM4,000 lebih, terus member buat muka kecewa. 

Sebab aku beli ori, Microsoft bagi aku OneNote percuma online.
Dalam OsX ni, kalau program baru install dia akan lip-lap gitu.
Panas lagi sebab baru turun. Hehehe..
Surface Pro 
(ada Microsoft Ofis 3 serangkai?)

Tetiba datang pulak sorang manager nih.. Dia bawak Microsoft Surface Pro. Tapi yang bukan the latest lah. Nampak dah season sikit. Aku agak paling kurang setahun lebih dia pakai Surface pro tu. 

Bila dia bincang pasal bisnes dengan member tu, dia tunjuk data-data dalam surface pro dia. Aku pun tanyalah ada Microsoft Ofis siap2 dalam tu?
Dia kata ada! Aku pun tanya harga surface pro tu.. dia jawab seribu lebih. Aku pun kata lah kan member tu, hah.. tu murah! Siap ada Microsoft Office lagi. 

(Peringatan : Ini adalah perbualan, mungkin itu Microsoft surface yg dulu, data terkini kita boleh semak dekat internet)

Sehinggalah baru-baru ni, aku singgah sebuah kedai komputer. Disitu ada jual Microsoft Surface Pro 3, yang terkini. 

Aku tanya pasal Microsoft Office ada tak dalam tu? Dia kata tak ada. Kena install kemudian. Kena beli sendirilah jawabnya!

Kalau beli Macbook, Apple bagi I-Works, dia punya 3 serangkai percuma.
Aku ok semua tu, cuma aku pengguna Excel yang tegar.
Numbers tak setanding dengan Excel.
Aku test touchpad dia dah mirip2 Apple punya, contohnya 2 jari sentuh boleh selak page, tapi kecik dan tak selancar Apple. Kekuatannya ialah pada touch screen. Usik monitor bang.
Tu.. nampak tak touchpad dia..
"SurfacePro3-2" by Raysonho 
@ Open Grid Scheduler / Grid Engine - Own work. 


Keyboard dia dipanggil Typecover

"Microsoft Surface Pro 3 with Type Cover" by TranslucentCloud
Sleep mode?

Satu soalan yang terus aku tanyakan pada brader tu. Boleh tak dia sleep mode macam Macbook? Dia kata boleh, tapi penerangan dia tak meyakinkan aku. Memang boleh sleep mode, tapi sleep mode yang tak payah2 nak reboot macam Macbook tu? Sebulan dua tak off dan semua program2 kita yang open tinggalkan macam tu je pun ok? 

Sebab aku beli Macbook bukan taksub Apple, kalau ada produk lagi bagus aku xde masalah beli pulak produk tu. Kalau betul dah boleh sampai macam tu best juga.

Mobiliti? Fizikal..
Ini memang bersainglah dengan Macbook, sebab dia tablet pun, tablet yang ada keyboard. Memang mobiliti abis lah. Cuma dia tak leh tegak macam laptop. Nak tegak kena buka stand yang ada di belakang monitor. Kekurangan di sini kalau diletak atas permukaan yang tak rata macam atas riba. Tu sebab nama dia bukan LAPtop.

Harga?
Harga dia RM3,299.00. i5 processor, 128 gb. Nak kena order dulu.
Aku tengok pulak kat internet camana.

Yang paling murah rupanya RM2,729.00. Core i3, 64gb. So, tak dapatlah 1 ribu lebih untuk Surface pro 3 ni.

64gb dan 128 gb dapat 4gb RAM. 
256gb dan 512gb dapat 8gb RAM.

256gb nyer, i5 processor, 8gb RAM, RM4,499.00 (Ni pun tak masuk Mircosoft Office lagi!)
Tapi kelebihan yang lain tu macam Full HD, Camera 5mp, Dolby sound, pen digital dll. 

Kalau tengok sumber bawah ni, typecover atau keyboard tu dijual berasingan.
Ada RM167.00 dan ada RM478.00 kat valuebasket.com.
Aku tengok Seng Heng punya harga semua RM409.00.

Sumber 1, valuebasket.com
Sumber 2, Seng Heng.

Tu belum i7 lagi tu.. 

Aku dulu beli Macbook 256gb pun RM3,599.00. Sekarang dah turun harga sikit. 

Macbook mahal?
Camana nak kata Macbook mahai bro? 

Cuma bila aku pilih Macbook Air aku korbankan bab resolution, dia memang rendah  sikit banding pesaing2nya. Tapi bagi aku ok jer.

Biasalah secara umumnya orang nak reso tinggi. Lagi cantik gambar.
Secara umumnya orang nak processor laju, 

Tapi tak ramai tahu, komputer jadi efisien bukan sebab processor saja.. Kalau processor laju pun tapi RnD tak buat betul2 komputer boleh jadi tak praktikal. Ianya gabungan kesemua unsur2 harware dan softwarenya. 
  • Katakan bateri tak leh tahan lama sapa nak pakai?
  • Kalau hardware tak tahan juga, menjadikan komputer cepat season. 
  • RAM besar tapi kalau tak energy efficient jadi macam kecik juga.
  • Processor asal laju tapi Operating System sucks.. dan pakai hardisk jenis tak laju, tak guna juga. Huhuhu..
Setakat yang aku pakai Macbook, ketelitian untuk menjaga dua perkara itu oleh Apple harus dipuji, kita orang bisnes atau tak bisnes pun bolehlah mencontohi untuk bab management kita.

Apa-apa pun terpulanglah kepada masing2. Member aku tu pun, aku tak promote pun suruh beli Macbook Air. Cuma aku buat artikel ni sebab nak menunjukkan point2 tertentu. Pertimbangan masing2 lah berdasarkan duit anda, kecenderungan, beli tu nak buat apa dan lain2.

Aku review berdasarkan pengalaman memakai, aku bukan orang IT, aku bukan engineer, cuma aku minat computering dan aku pengguna. Bila aku menaip macam ni, dapat juga aku mendalami lagi selok-belok alam computer ni. Kira user review lah.

Kalau ada yang nak tanya soalan bolehlah dekat komen atau pun pergi ke facebook incikposmen. Kadang2 penerangan ni suit untuk golongan tertentu saja kan. Contohnya kalau student tu, mungkin ada nak tanya bab-bab lain, yang orang bekerja ni tak kisah pun. Kalau ada nanti aku bincang dalam episod seterusnya. 

Terima kasih baca artikel aku ni.

K.. Babai..

Info lanjut daripada Microsoft sendiri di sini.

Perbandingan Macbook 13" dengan Surface Pro 3
Nak laptop ke nak Tablet?

Demontrasi guna Surface Pro kat pejabat.
Orang ni kata boleh je meriba tablet tu, dan dia tunjukkan.
Boleh cuba sendiri di rumah ye.
Penggunaan pen untuk note taking tu nampak responsif.
Dia kata tak payah nak pilih, sebab Surface Pro ni 
dah cover dua2 Tablet dan Laptop.

Penggunaan pen dengan Microsoft OneNote

2 comments:

  1. hi .. sy baru guna macbook Air 11' . banyakkk sgt sy tak tahu . boleh cntct tru email tak ? miszzfatie@yahoo.com . terima kasihh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq bagi komen. Boleh tanya saja di sini, kita discuss sama-sama. Dalam team Incikposmen pun ada pakar IT. Mungkin boleh membantu.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...