Friday, 3 October 2014

Pengurangan Subsidi Minyak Mampu Tangani Ketirisan - Tun Mahathir

KOTA BAHARU, 2 Okt (Bernama) -- Pengurangan subsidi petrol dan diesel sebanyak 20 sen berkuat kuasa hari ini disifatkan wajar bagi mengelak berlakunya ketirisan dan penyelewengan bahan subsidi itu, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata jika subsidi tidak dikurangkan, bahan bakar itu akan berterusan dimanipulasi pihak tertentu untuk mengaut keuntungan menerusi kegiatan penyeludupan ke luar negara terutamanya di kawasan sempadan.

"Minyak cukup murah di sini (Malaysia). Di negara yang keluar minyak macam di Arab pun lebih tinggi harga dia, macam mana kita boleh jual murah? Itu yang orang curi minyak kita. Hari-hari orang curi," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama bertajuk "Peri Pentingnya Bahasa Inggeris di Abad Ke-21, Zaman Digital" di Kolej Wadi Sofea di sini, Khamis.


Artikel penuh Bernama di sini.

Dalam artikel bernama tersebut, turut dilaporkan ulasanTun Dr Mahathir berkenaan situasi politik di Selangor.

Sementara itu ketika diminta mengulas pergolakan politik di Selangor, Dr Mahathir berkata Umno Selangor perlu bangkit semula dan perlu berbuat sesuatu.
Secara sinis, Dr Mahathir berkata: "Saya sedih terdapat pergolakan dalam Pakatan (Rakyat) namun tidak nampak Umno dapat nikmat.
"Apa jadi pada Umno? Umno pun lemah dan tidak boleh nak pulih semula, nak jadi kerajaan di Selangor. Apa jadi? Dulu kita menguasai Selangor tetapi orang berpecah pun kita tidak ada peluang," katanya.
Bagaimana UMNO Selangor? Adakah anda rasa tercabar?

Apabila orang macam Tun dah bersuara, mesti ada sesuatu. Pandangan beliau itu memperlihatkan kekuatan parti UMNO di Selangor pada ketika ini. Kalau UMNO kuat dah tentulah ia mampu mengambil peluang atas kelemahan politik pesaing-pesaingnya.

Apa yang berlaku di Selangor agak dahsyat jugalah. Sehingga PAS retak menanti belah. Tapi UMNO Selangor sendiri telah jadi lemah, PRU 13 telah membuktikan itu. Kalah lebih teruk daripada sebelumnya. Sekali lagi kemelut di Selangor juga menunjukkan petanda. Tidak ada perkembangan positif sejak kekalahan itu. Tiada kebangkitan. Ulasan Tun menyimpulkan segalanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...