Hexagram di Kompleks Qutb, New Delhi, India. |
"IslamicHexagram" by Photograph
taken by Mark A. Wilson [1]
Hari ini ini ada terjumpa dua blog bercerita mengenai simbol ini. Dikatakan satu masjid di Kedah menggunapakai simbol ini sebagai lambang yang digunakan sebagai corak.
(Link kepada dua artikel berkenaan boleh didapati di bawah.)
Apakah sebenarnya simbol ini?
Pandangan dari hasil kajian pribadi Pak Long. |
Mungkin Pak Long boleh menggambarkan sedikit apa yang ditemui hasil kajian ini. Ianya sangat menarik. Ia ada berkaitan dengan sesuatu yang amat penting tetapi telah dilupakan oleh umat Islam akibat penguasaan ilmu yang lemah dikalangan umat Islam sendiri.
Logiknya beginilah, Al-Quran itu kan wahyu dan kalam Tuhan. Yang membacanya dengan beriman atau yakin dengan kebenarannya mestilah umat Islam sendiri. Yang lain macam orang yang percaya tapi dengki dengan umat Islam mungkin tak dapat mendalaminya. Kunci kepada ilmu yang terkandung dalam Al-Quran itu adalah percaya itu (iman). Dengan percaya itulah barulah mula melangkah untuk perinciannya.
Al-Quran itu pula benar pada setiap perkatan. Al-Quran menceritakan tentang alam dan Penciptanya. Ia menceritakan berkenaan alam dengan ketepatan yang habis tepat. Persoalan, bagaimana umat Islam boleh tertinggal dalam bidang ilmu pengetahuan sedangkan mereka ada Al-Quran yang menjelaskan segala-galanya?
Malangnya umat Islam membaca Al-Quran tanpa tadabbur. Tidak faham maknanya. Yang mampu memahami pula terperangkap dalam fahaman literalis yang memesongkan dari ilmu. Al-Quran bukan satu manual do and donts sahaja, Al-Quran adalah menerangkan sifat-sifat Pencipta dan alam ciptaanNya. Secara konklusif! Muktamad!
Itulah gambaran umum. Pak Long tak suka spoon feeding. Carilah sendiri. Imam Ghazali pun dalam Ihya Ulumudin menerangkan tafsir ayat tertentu dalam Al-Quran dan apabila menerangkan tentang makna ayat-ayat tertentu yang lain, beliau menyatakan kami dah terangkan tafsiran ayat-ayat yang sebelumnya. Untuk ayat-ayat ini gunakanlah kaedah yang kami terangkan dahulu itu untuk mencari rahsianya. Lebih kurang macam itulah.
Maka menuntut ilmu itu adalah fardu bagi orang Islam!
Pak Long adalah salah seorang Author incikposmen
Link Gambar Wiki
[1] - (Department of Geology, The College of Wooster).
Original photograph. Licensed under Public domain via Wikimedia Commons
No comments:
Post a Comment