Friday, 18 May 2018

Kecenderungan untuk mengikut gerombolan orang ramai - Sheikh Hamzah Yusuf


Di dalam psikologi terdapat kajian yang menunjukkan bahawa manusia cenderung untuk mengikut arus orang yang lebih ramai. Terdapat sifat pada manusiawi itu yang menunjukkan kita adalah mahkluk yang berkumpulan, sebagaimana binatang yang cenderung untuk bergerombolan. Ia dinamakan sebagai "Herd Mentality".

Tidak banyak makhluk ciptaan Allah di muka bumi ini yang tidak cenderung berkumpulan. Manusia adalah salah satu daripada makhluk itu. Al-Quran banyak mengisahkan cerita-cerita kumpulan yang lebih kecil melawan kumpulan yang lebih besar.

Guru kepada Sheikh Hamzah sendiri iaitu Sheikh Abdullah Ibnu Baiyah apabila memberi ulasan mengenai revolusi rakyat, mengatakan ketika itu berlaku fenomena timbangan kebenaran itu diukur atas sentimen revolusi yang berlaku. Bukannya atas timbangan atau ukuran yang sewajarnya.

Dalam erti kata yang lain apa yang dianggap betul dan benar adalah berdasarkan persepsi orang ramai yang menjayakan revolusi berkenaan. 

Maka apabila sesuatu revolusi itu bermula, Anda samada dikategorikan sebagai menyokong revolusi atau melawan revolusi berkenaan. Keadaan ketika itu menghalang perdebatan yang sihat berlaku. Kerana ketika itu sedang berlakunya fitnah. Tiba-tiba sahaja tidak ada orang yang boleh bersuara secara terbuka kecualilah orang itu dipancung atau diserang oleh penyokong-penyokong revolusi. 

Inilah yang telah berlaku di Perancis. Apabila berlakunya revolusi, sebahagian orang yang dulunya bersama terpaksa disingkirkan. Sehinggalah proses penyingkiran itu berlaku melibatkan pembunuhan orang-orang yang asalnya menyokong revolusi berkenaan. 

Tuesday, 15 May 2018

Kisah Bisnes : Ajaran Sesat Yang Tidak Terdaftar-daftar?


Ada sejenis wirid dan mantra dalam amalan kumpulan, puak, kultus tertentu. Yang dikesan diamalkan oleh mereka yang berada dalam sektor pengurusan organisasi. Asal wirid tersebut dalam bahasa inggeris adalah seperti ini; 

Rule Number 1, Boss is always right.
Rule Number 2, if the Boss is wrong see Rule Number 1.

Peraturan Nombor 1, Ketua adalah sentiasa betul.
Peraturan Nombor 2, jika Ketua tak betul 
sila rujuk Nombor 1. 

Terima kasih. 


Persoalannya, sejauh manakah ini benar? Sejauh manakah Boss is always right?

Isu ini mungkin sangat relevan dalam suasana ketika posting ini dibuat. Terdapat organisasi yang sudah jatuh dan barulah ada yang mengaku selama ini mereka dalam delusional dan tidak memberikan maklumat yang tepat kepada pembuat keputusan (Boss).

Friday, 11 May 2018

Apa Yang Bakal Berlaku

Gambar hiasan semata-mata
Saya teringat satu hari almarhum bekas Mufti Negeri Sembilan berkata kepada kariah di sebuah masjid lebih kurang seperti ini "Lepas aku mati nanti kau tengoklah apa yang berlaku". 

Pada ketika itu konteks percakapan beliau tidaklah positif. Tetapi sudah tentu manusia itu sebagai fitrahnya insan tidak mengetahui apa yang berlaku pada masa akan datang. Malah manusia itu bukan sahaja tidak tahu apa yang mendatang tetapi juga tidak mengetahui secara tepat apa yang sedang berlaku dan apa yang telah berlaku.

Apa yang boleh dilakukan oleh manusia adalah membuat jangkaan untuk masa hadapan. Dengan jangkaan inilah keluar yang dipanggil "projection". Ilmu yang berasaskan matematik dan corak sebab akibat yang pernah berlaku. Dengannya manusia dapat membuat ramalan berkenaan sesuatu pada masa akan datang. 

Itulah yang berlaku pada zaman ini, ada sesetengah akibat sesuatu peristiwa dapat diramalkan dengan tepat atau hampir tepat sebagaimana ada pihak dengan menggunakan kaedah tertentu meramalkan keputusan Pilihanraya Umum dalam negara baru-baru ini.

Tuesday, 3 April 2018

Rumah atau tempat kediaman yang bahaya diduduki


Banyak pilihan bagi mereka yang berkemampuan dan ingin memiliki rumah kediaman. Dalam memilih tempat kediaman beberapa faktor hendaklah diberikan perhatian. Ini supaya keselamatan diri dan harta benda terjamin. 

Sudah tentu faktor kewangan juga diambil kira jika membeli rumah mahupun menyewa, tetapi lokasi rumah juga perlu diperhatikan. Sebagai contohnya, adakah lokasi rumah tersebut mudah dimasuki melalui jalan-jalan tertentu.

Sunday, 11 March 2018

Perubatan konvensional vs Perubatan berasaskan fungsi


Perubatan konvensional kebiasaannya akan hanya melihat simtom-simtom penyakit dan cuba menghilangkan simtom-simtom berkenaan dengan tanggapan bahawa jika simtom hilang maka penyakit akan hilang. Maka ubat-ubatan diberikan untuk menghilangkan simtom-simtom. Tetapi kebiasaannya penyakit itu muncul kembali kerana punca utama penyakit tidak diselesaikan dari awal lagi.

Berbeza dengan perubatan berasaskan fungsi yang mencari punca penyakit dan memberikan keutamaan kepada punca tersebut dalam mencari kesembuhan. Kaedah perubatan berasaskan fungsi  bukanlah memberikan ubat-ubatan konvensional semata-mata tetapi mengaturkan diet pemakanan yang berkhasiat yang mana individu yang dirawat memperolehi sumber zat yang sangat membantu dalam proses penyembuhan. 

Makanan sebagai ubat

Menurut Dr Mark Hyman, makanan yang baik itu sendiri adalah satu ubat yang sangat mujarab. 

Diet pemakanan yang baik dengan memasukkan sumber makanan yang membina otak dan badan serta mempunyai elemen penyembuhan dan pada masa yang sama mengeluarkan sumber makanan yang tidak baik seperti bahan bergula, karbohidrat yang diproses,  minyak tepu yang tidak sihat, makanan yang diproses secara pengilangan, makanan yang membawa alergi seterusnya menjalani gaya hidup yang sihat adalah memadai bagi merawat mana-mana pesakit walaupun datang dengan senarai penyakit yang bermacam-macam. 

Ada pesakit yang berasa hairan dan bertanya kepada Dr Mark Hyman kerana dalam masa 3 hari menjalani diet yang diberikan oleh Dr Hyman telah merasa sihat dan baginya tidak masuk akal. Kerana sebelum itu menderita pelbagai penyakit dan mengambil bermacam-macam ubat konvensional dan masih merasa tidak sihat dalam jangka masa bertahun-tahun lamanya. 

Tetapi hakikatnya itu bukanlah sesuatu yang mustahil jika kaedah pengubatan menumpukan kepada mencari punca penyakit dan menyelesaikannya. Dan kaedah penyembuhan itu lebih mudah dan bukannya sukar seperti ramai orang sangkakan. 

Saturday, 24 February 2018

Memilih Makanan Yang Tepat Untuk Membina Otak Anda- Dr Mark Hyman


Kredit : mindbodygreen (Youtube)

Dalam sesi ini akan lihat mengenai makanan yang tepat untuk otak anda. Anda sudah pasti maklum bahawa pemakanan yang optimum adalah faktor paling penting dalam menjaga kesihatan otak anda. Memilih makanan untuk otak bukanlah sesuatu yang kebanyakan dari kita tahu bagaimana untuk melakukannya.

Kita mungkin tahu bagaimana untuk menurunkan berat badan atau bagaimana untuk menjaga jantung kita sihat tetapi kita tidak pernah memikirkan bagaimana diet yang kita pilih dapat mempengaruhi otak kita. 

Setiap nutrisi yang anda masukkan ke dalam mulut anda bakal menjadi bahan mentah yang akan membina struktur sel otak anda seterusnya menjaga semua sistem komunikasi di dalam otak berjalan dengan lancar. Dengan itu anda boleh berfikir, beremosi, belajar dan mengingati.

Saturday, 10 February 2018

Adakah Fahaman Wahabi Sesat? - Dari khazanah pondok Pattani


Kredit : Youtuber - alpayaikani24 alraufi

Bagi yang sudah biasa mendengar jawapan kepada soalan ini, tentu sudah maklum berbagai jawapan yang diberikan oleh para alim ulama serta para ustaz ustazah yang berbeza-beza mengikut kefahaman masing-masing. 

Dalam potongan klip Youtube yang didapati ini, kita boleh mendengar jawapan serta dalil yang dikemukakan oleh Tuan Guru Baba Ismail Sepanjang, seorang ulamak Selatan Thailand yang sangat mahir dengan ilmu-ilmu daripada khazanah tradisional pondok. 

Loghat bahasa yang digunakan oleh Tuan Guru telah dialihkan serta diubahsuai kepada Bahasa Melayu standard bagi  lebih difahami pembaca Bahasa Melayu zaman urbanisasi ini. (Ditambah atau dikurangkan sedikit perkataan sebagai kaedah menjelaskan)

Pertanyaan : Adakah Wahabi itu keluar daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah?

Kita kena tengok setakat mana? Sebagai contoh manusia yang sakit pun tidak serupa, adakah orang demam itu orang sihat?  Jawabnya sudah tentu tidak sihat. 

Tapi setakat mana tak sihat, kita kena tengok betul-betul. Yang ini ada berapa persen dan yang ini ada berapa persen? Kita nak pukul rata tak boleh.

Wahabi atau tak Wahabi ni adalah satu cara (aliran) baru. Sebenarnya sebutan itu bukan Wahabi tetapi Al-Wahhabi (dua H). Kalau sebut Wahabi itu boleh jadi keliru. Kerana orang yang mengaji Tasawwuf pun ada ilmu Wahabi. 

Thursday, 25 January 2018

Teknologi Dajjal - Project Blue Beam

Teknologi fitnah Dajjal di akhir zaman.
Kisah fitnah Al-Dajjal

Pertama sekali, incikposmen mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Auni Mohamad kerana menimbulkan tajuk Projek Blue Beam ini dalam salah satu ceramah beliau. Dengan berbuat demikian, mudahlah kami untuk memperincikan lagi tajuk Projek Blue Beam ini supaya ia lebih jelas dan dapat difahami oleh umum.

Sememangnya tajuk-tajuk yang berkaitan dengan Eskatalogi Islam dan fitan akhir zaman ini adalah sesuatu yang amat luas. Apatah lagi ianya berkaitan dengan keadaan penduduk bumi kini yang melalui zaman moden serba canggih dengan teknologi yang semakin berkembang. 

Pendek kata, untuk memahami topik-topik dari satu bidang yang amat luas dan rumit ini memerlukan keutamaan pemilihan tajuk-tajuk dan pencernaan tertentu bagi memudahkan kefahaman umum.

Dengan memilih tajuk Project Blue Beam dari berbanyak tajuk yang lain, mudah-mudahan dapat menjadi pemangkin kepada kefahaman pembaca-pembaca sekalian dalam memahami satu bidang yang banyak berkaitan dengan konspirasi dan agenda raksasa / grand design ini (Ustaz Auni juga ada membicarakan tajuk-tajuk yang lain). 

Setiap tajuk berkaitan fitan akhir zaman ada perkaitan dengan tajuk-tajuk yang lain. Memahami satu tajuk adalah membantu kefahaman secara keseluruhannya.

Apakah Itu Project Blue Beam?


Gambaran semata-mata. Kejadian sebenar mungkin berbeza dari paparan.
Sila Klik Gambar Untuk Paparan Lebih Jelas.

Sunday, 21 January 2018

Top 5 Ustaz Paling Viral di Youtube Suku Pertama 2018

Memasuki suku pertama tahun 2018 terdapat 5 orang Ustaz yang dikesan paling top sebab banyaknya carian di Youtube. Siapakah Ustaz-ustaz ini dan kita lihat sedikit sebab kenapa mereka ini viral.

Susunan Top 5 dari ke-5 sehingga yang pertama.

Nombor 5


Ustaz Mohd Kazim Elias

Seorang tokoh yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Sentiasa menjadi jemputan di sana sini malah dalam majlis yang melibatkan VIP-VIP dari pihak kerajaan. Popular di program-program TV. 

Seorang yang mahir berpidato dan bijak menarik perhatian samada dengan kisah-kisah lucu, sedih atau pun bersemangat. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...