Showing posts with label Sheikh Hamza Yusuf. Show all posts
Showing posts with label Sheikh Hamza Yusuf. Show all posts

Monday, 22 October 2018

Mencari Kegembiraan (Bahagian 2) - Sheikh Hamza Yusuf


Sebahagian Nota daripada syarahan Sheikh Hamzah Yusuf

Apa yang Iblis mahu?

Iblis mahukan supaya kita tidak bersyukur. Itu adalah matlamat Iblis. Iblis mahu mengeluarkan sifat-sifat bersyukur dari hati manusia.

Hati manusia itu samada di dalam keadaan bersyukur atau pun bersabar. Ini kerana syukur adalah atas nikmat manakala sabar adalah menghadapi ujian dugaan.

Syaitan itu telah berkata kepada Tuhan "Engkau akan mendapati ramai mereka tidak bersyukur". Itulah kemahuannya. Kerana Syaitan itu sendiri tidak bersyukur. 

Perkataan kufur itu sendiri bermakna tidak bersyukur. Kufur kepada nikmat. 

Iblis adalah makhluk yang tidak bersyukur. 

Orang Islam pada zaman ini, merungut dan komplen bermacam-macam pada setiap waktu.

Monday, 8 October 2018

Mencari Kegembiraan (Bahagian 1) - Sheikh Hamza Yusuf


Sebahagian Nota daripada syarahan Sheikh Hamzah Yusuf

Kegembiraan bukanlah sesuatu yang boleh ditentukan pada satu-satu masa tertentu dalam kehidupan manusia. Kegembiraan itu sendiri sebenarnya adalah sejumlah nilai daripada satu kehidupan manusia itu.

Oleh itu menjadi bahagia atau merasa susah, bukanlah diputuskan pada satu-satu masa dalam kehidupan kita. 

Sebab salah faham inilah, pemikiran barat suka mencari kegembiraan sebagai matlamat utama. Mereka menggangap kegembiraan adalah satu keadaan yang psikologikal. 

Hasilnya, mereka mengamalkan ubat anti-depresi untuk mencapai keadaan gembira itu. Kerana mereka ingin mencapai matlamat merasa gembira secara psikologinya. 

Thursday, 19 July 2018

Kelebihan Bahasa Arab Sebagai Bahasa Ilmu - Sheikh Hamza Yusuf


Credit Youtuber : Islam Rewards

Kita mendapat satu anugerah yang agung dari Bahasa Arab. Allah telah menganugerahkan umat ini satu kurniaan maka kita perlu mempelajarinya dan menggunakan sebaiknya. Dan akhirnya kita perlu menyedari ia sebenarnya satu jalan keluar dari gejala kegilaan kesan dunia moden yang menghasilkan suasana yang tidak memberikan apa-apa makna.

Ia mengembalikan kepada manusia itu kefahaman yang mendalam, malah saya maksudkan anda boleh membina ilmu kosmologi berdasarkan ilmu bahasa Arab. Sudah ada ilmuwan yang telah pun melakukan perkara itu. Kerana Bahasa Arab itu sememangnya menjelaskan dan mentafsirkan alam. Ia benar-benar menafsirkannya. Dan kita percaya pandangan ilmiah inilah sebenarnya paling muktabar. Sesiapa sahaja yang mengkajinya secara dalam akan menemui kesimpulan yang sama.

Friday, 18 May 2018

Kecenderungan untuk mengikut gerombolan orang ramai - Sheikh Hamzah Yusuf


Di dalam psikologi terdapat kajian yang menunjukkan bahawa manusia cenderung untuk mengikut arus orang yang lebih ramai. Terdapat sifat pada manusiawi itu yang menunjukkan kita adalah mahkluk yang berkumpulan, sebagaimana binatang yang cenderung untuk bergerombolan. Ia dinamakan sebagai "Herd Mentality".

Tidak banyak makhluk ciptaan Allah di muka bumi ini yang tidak cenderung berkumpulan. Manusia adalah salah satu daripada makhluk itu. Al-Quran banyak mengisahkan cerita-cerita kumpulan yang lebih kecil melawan kumpulan yang lebih besar.

Guru kepada Sheikh Hamzah sendiri iaitu Sheikh Abdullah Ibnu Baiyah apabila memberi ulasan mengenai revolusi rakyat, mengatakan ketika itu berlaku fenomena timbangan kebenaran itu diukur atas sentimen revolusi yang berlaku. Bukannya atas timbangan atau ukuran yang sewajarnya.

Dalam erti kata yang lain apa yang dianggap betul dan benar adalah berdasarkan persepsi orang ramai yang menjayakan revolusi berkenaan. 

Maka apabila sesuatu revolusi itu bermula, Anda samada dikategorikan sebagai menyokong revolusi atau melawan revolusi berkenaan. Keadaan ketika itu menghalang perdebatan yang sihat berlaku. Kerana ketika itu sedang berlakunya fitnah. Tiba-tiba sahaja tidak ada orang yang boleh bersuara secara terbuka kecualilah orang itu dipancung atau diserang oleh penyokong-penyokong revolusi. 

Inilah yang telah berlaku di Perancis. Apabila berlakunya revolusi, sebahagian orang yang dulunya bersama terpaksa disingkirkan. Sehinggalah proses penyingkiran itu berlaku melibatkan pembunuhan orang-orang yang asalnya menyokong revolusi berkenaan. 

Saturday, 2 September 2017

Rahsia Binari


Tuhan Pencipta alam semesta mengatakan bagaimana boleh Dia mempunyai anak sedangkan Dia tidak mempunyai sohibah atau pasangan yang layak bagi-Nya.

Maka diciptakan alam semesta itu dalam keadaan berpasang-pasangan. Perkahwinan di antara lelaki dan perempuan itu pun adalah matching. Ulama-ulama Islam mengkaji sumber Al-Quran dan Hadis dan telah sampai kepada kefahaman atau fiqh betapa pentingnya konsep kufu' dalam perkahwinan. Kerana faktor kufu' ini inilah orang berkahwin dan bercerai.

Kalau bercerai pula ada mungkin rujuk kembali. Tetapi kenapalah orang nak berkahwin sedangkan dia tidak match dengan pasangannya dan dapat menjangkakan perceraian. Itulah rahsia kufu'. Konsep ini sebenarnya adalah lebih mendalam dan halus dari ini dan bukan hanya melibatkan nikah cerai semata-mata.

Daripada percantuman dua unsur inilah yang menghasilkan yang ketiga.

Rahsia ilmu seperti ini seperti sudah tidak ada lagi pada zaman ini kecuali diberikan kepada orang-orang tertentu sahaja.

Wednesday, 17 May 2017

Mengejutkan!! Asal Usul Wahabism / Wahabi


Dalam program On Contact, pengacara Chris Hedges telah menemuramah Sheikh Hamzah, Yusuf. Presiden Kolej Zaituna, kolej yang berpusat di Berkeley, Amerika Syarikat.

Chris Hedges

"Antara salah satu tragedi yang saya lihat dalam dunia Islam ialah serangan terhadap tradisionalis sufi (dilakukan oleh puak Wahabis). Ia adalah sesuatu fakta sejarah yang telah didokumentasikan dengan agak baik juga, yang menunjukkan ideologi Wahabis ini telah diterapkan kepada pergerakan dan pertubuhan (umat Islam) dengan sokongan dana dari Saudi." 

"Hakikatnya ia bermula dengan campur tangan barat yang berkepentingan yang mempromosikan Wahabi. Dan saya fikir bermula daripada zaman Ottoman (Turki Uthmaniah) dahulu. Pihak British telah menyokong puak Wahabi sebagai satu pendekatan untuk mengekang pengaruh sufi yang mana akhirnya keluarga pemerintah Saudi telah menerima fahaman Wahabi ini."

"Kita juga telah menyaksikan perjanjian minyak mentah dalam tahun 1930-an, sehinggalah satu tahap dimana syarikat-syarikat minyak dari Amerika Syarikat bertindak membayar kos penerbitan penulisan yang berdasarkan fahaman Wahabi ini. Disebabkan sumber kewangan (menyokong Wahabi) inilah, telah mempengaruhi banyak hala tuju perbahasan-perbahasan agama di dalam Islam. Yang kesannya bukan sahaja kepada dunia Islam tetapi juga lebih dari itu."

Sheikh Hamzah Yusuf

"Tradisionalis sufi adalah sebahagian besar daripada umat Islam. Manakala puak Wahabis sebenarnya tidak suka dipanggil Wahabi. Wahabism asalnya adalah satu pergerakan satu fahaman yang kemudiannya telah membentuk pakatan bersama dengan pemerintah Saudis ketika itu. Disebabkan nilai Petrol-Dollars ketika itu yang melambung tinggi, mereka mempunyai banyak duit dan ini digunakan untuk menyebarkan sejenis fahaman tafsiran Islam, yang mengganggu fahaman majoriti umat Islam sedia ada ketika itu. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...