Sunday, 25 September 2016
Sunday, 11 September 2016
Simbol Bintang Di Masjid Zahir Alor Setar, Kedah
Persoalan itu bermula apabila mendengar nama Alor Setar itu. Pernah Alor Setar diejakan dengan Alor "Star". Star gitu. Star ni maksudnya bintang. Demi memanifestasikan nama star itu maka mungkinlah dizahirkan dalam simbol-simbol bintang.
Biasanya orang Malaysia ni mengenal simbol bintang ni semasa sekolah rendah lagi. Diajar cara melukis bintang lima bucu. Tapi bintang bukan sahaja boleh jadi lima bucu, satu lagi dengan enam bucu hasil dari dua tiga segi sama yang bertindih.
Tapi sudah tentu orang apabila melihat bintang enam bucu ini akan mengaitkannya dengan simbol negara Israel. Kerana ia menggunapakai hexagram iaitu dua segitiga sama yang ditindihkan. Hexagram itu juga dinamakan Star of David.
![]() |
| Simbol bintang yang terdapat di Masjid Zahir, Alor Setar, Kedah. |
Friday, 9 September 2016
Bahaya Fahaman Literalism Islam Tanpa Kefahaman
Saya terkejut ketika membaca satu komen dari sebuah facebook. Seseorang telah menulis satu komen mendakwa Allah itu Maha Kuasa dan berkuasa meletakkan dirinya di atas seekor nyamuk. Subhanallah. Maha Suci Allah dari sifat-sifat menyerupai makhluk.
Individu ini berfahaman sedemikian setelah mengaku mempercayai Allah itu bersemayam di atas Arash. Mungkin kerana mengkiaskan yang jika Tuhan boleh bersemayam di atas Arash maknanya Tuhan bolehlah duduk di atas apa jua kerana Tuhan Maha Kuasa.
Inilah bahayanya fahaman literalis tanpa kefahaman yang tersebar di kalangan umat mutakhir ini. Dalam isu ini, fahaman literal diambil kerana terdapatnya ayat Al-Quran dari Surah Taha yang secara zahirnya menyatakan Al-Rahman bersemayam di atas arash. Bersemayam itu adalah terjemahan harfiyah kepada perkataan istiwa' dari ayat itu.
Sunday, 28 August 2016
Donald Trump
Kalau ikutkan pemerhatian aku ni Donald Trump ni macam nak jadi next Presiden Amerika. Media massa antarabangsa juga nampaknya memberikan liputan sensasi kepada Donald Trump ni. Donald Trump ni memanglah dah terkenal dan agak sensasi. Dia sendiri muncul dalam siri program realiti yang melibatkan syarikatnya sendiri.
Sebagai seorang billionare, dah tentu duit bukanlah masalah apabila membuat kempen untuk menjadi presiden di Amerika. Kalau ikutkan petanda-petanda yang aku dapat ni, dia ni macam nak diletakkan sebagai presiden Amerika.
Salah satu slogan yang digunakan oleh penyokong Donald Trump ni ialah "to make America great again". Kononnya nak menjadikan Amerika itu hebat macam dulu-dulu. Kira nak menunjukkan sekarang ni Amerika dah tak hebatlah. Padahal yang menjatuhkan atau pun merendah-rendahkan Amerika itu adalah orang dalam Amerika itu sendiri. Tak kiralah apa juga nama dia kalau ikut teori konspirasi.
Tuesday, 16 August 2016
Permintaan Dan Tawaran
Anda suka makan karipap?
Jika ya, berapakah anda sanggup bayar untuk harga sebiji karipap?
Mungkin kebiasaanya harga sebiji karipap bergantung kepada jenis karipap, saiz karipap, isi karipap dan penghakiman umum karipap itu sedap atau tidak. Karipap yang biasa mungkin mempunyai satu harga yang standard. Hatta karipap yang sedap sekalipun.
Tetapi bagaimana karipap itu luarbiasa sedap DAN harganya pun sedikit mahal daripada biasa? Supplynya pula terhad. Mungkin ada yang mengingati teori asas ekonomi dimana permintaan meningkat sedangkan bekalan terhad, maka harga pun menaik.
Wednesday, 3 August 2016
Korupsi dan Rasuah
Bila berbual dengan seorang kontraktor baru-baru ini banyak jugalah cerita yang dapat didengar. Nak dapatkan projek tu macam-macam ceritalah. Yang diamanahkan menjaga duit ni pulak ada pula didakwa membuat tol-tol yang tidak sebenarnya tak wujud. Kira tak amanahlah buat kerja tu kan.
Kalau nak merasa duduk dekat negara yang paling tak korup, kat sini ada 10 negara yang paling tak korup, antaranya Denmark, New Zealand, Kanada, malah negara jiran kita Singapura pun termasuk top 10 tu. Tak de pulak negara Islam yang masuk dalam top 10 tu.
Padahal dalam Islam korupsi ni haram. Rasuah ni haram. Babi pun haram. Tapi kalau cerita bab anti-rasuah ni kepada sesetengah orang seolah-olah macam cerita fairy tales pulak. Macam cerita dongeng tahyul yang karut marut.
Siapa yang cerita bab anti-rasuah ni eloklah di buang negara ke negara-negara top 10 tadi. Atau pun bolehlah disyaki sebagai Pendatang Tanpa Izin daripada Sweden, Kanada atau pun Switzeland. Sebab tak secocok dengan budaya merasuah.
Saturday, 16 July 2016
Tetiba nilai saham PAS melambung naik.
Ni nak cerita politik la pulak. Macam harga emas sekarang mula menaik. Dan menyebabkan ringgit semakin mengukuh berbanding dollars. Sapa pula menjangka nilai kerjasama dengan parti PAS menaik mendadak.
Sedangkan PAS lone ranger, sorang diri. Entah mungkin berkat menjauhkan diri daripada parti DAP yang sangat kontra dengan Islam dengan itu PAS mendapat rahmat. Cuba lihat sekarang pakatan yang hendak ditubuhkan oleh Tun Dr Mahathir dalam cuba menggugat kerajaan yang memerintah. Apa pun alasan Tun Dr Mahathir itu pada pandangan aku ia sebenar bertentangan dengan apa yang pernah diteorikan dulu. Marriage of convenience. Atau marriage of inconvenience pada pandangan aku sebenarnya. Dan teori ini melibatkan satu elemen yang merealitikan teori itu. DAP.
Pakatan Tun ni dengan itu memang tak lengkap. Nak lengkap, mereka kena buat satu benda. Pujuk dan mempengaruhi PAS untuk masuk serta dalam pakatan ini. PAS pulak sekarang dilihat friendly dengan UMNO. Walaupun tak masuk dalam BN dan secara literalnya masih menentang BN. UMNO pula sangat-sangat memerlukan sokongan PAS dalam keadaan sekarang. Setidaknya cuba mempengaruhi PAS supaya tidak bersama-sama dengan pakatan yang diokestrakan oleh Tun.
Friday, 1 July 2016
Melihat Risiko Memandu Kereta Honda - Airbag Takata
Sekarang ini tengah kecoh orang ramai membincangkan mengenai kecatatan airbag Takata yang dipasang pada stereng kereta Honda dan lain-lain brand kereta tertentu mengikut batch. Sehinggakan airbag Takata yang cacat ini digelarkan dengan nama airbag pembunuh oleh sesetengah bloggers. Ini kerana terdapat sekurang-kurangnya 3 kes maut di Malaysia akibat bag ini membabitkan kereta jenis Honda.
Ada juga pemandu yang hanya mendapat kecederaan tetapi dengan kecederaan yang bernasib seperti terkena hirisan benda tajam di leher. Ia dipercayai akibat besi canister yang pecah semasa sistem airbag itu diaktifkan.
Pemilik-pemilik kereta Honda yang dibeli sebelum pengumuman recall juga menjadi panik dan bergegas ke Servis Center untuk pembaikan airbag secepat tetapi stok adalah terhad. Ini menyebabkan kereta-kereta yang terlibat dengan airbag Takata bermasalah ini terpaksa menunggu untuk satu tempoh sebelum mendapat pembaikan. Memandu kereta Honda yang terlibat dalam tempoh itu menimbulkan risiko kepada pemandu dan sesiapa jua bersamanya di dalam kereta.
Risiko ini adalah sama ada terbunuh, mendapat kecederaan parah atau hanya cedera biasa bergantung kepada projection serpihan besi yang melayang keluar daripada gelembung airbag. Ini boleh terjadi tanpa mengira apa jenis kemalangan, kecil atau pun besar. Asalkan mekanisma airbag Takata bermasalah itu aktif, pemandu dan lain-lainnya menghadapi risiko berkenaan. Mekanisma airbag ini juga boleh teraktif sekiranya satu force yang signifikan dikenakan terhadap bumper. Seperti tendangan yang kuat. Dan itu tidak dikategorikan sebagai kemalangan kenderaan.
Ada yang mengambil inisiatif dengan mencabut soket tertentu bagi tidak mengaktifkan sistem airbag. Jadinya individu seperti ini mengambil risiko memandu keretanya tanpa sistem airbag yang aktif. Lalu ada perbincangan mengenai tindakan ini. Adakah ia wajar atau sebaliknya?
Tuesday, 28 June 2016
Iktikaf 10 Akhir Ramadan
Daripada Aishah Radiallahu-Anha ia berkata Bahawasanya Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam beriktikaf pada sepuluh hari terakhir di bulan Ramadan, sehinggalah baginda wafat, kemudian para isteri baginda meneruskan amalan beriktikaf selepas kewafatannya.
Iktikaf bererti berhenti di masjid, berhenti dari segala urusan dunia, disertai niat untuk berhenti di dalam masjid sambil melakukan amalan seperti membaca al-quran, bertasbih dan sembahyang.
Hukum iktikaf pada 10 akhir Ramadahan ialah fardu kifayah dalam mazhab Hanafi dan sunat muakkad dalam mazhab Syafie.
Kelebihan dari iktikaf 10 akhir Ramadhan ialah diampunkan dosa-dosa dengan Allah. Nabi s.a.w. juga menyuruh umatnya mencari Lailatulqadar pada 10 malam terakhir. Amalan ini juga dilakukan oleh ahli tariqat.
Sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud: Carilah Malam Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir. Dalam hadis yang lain yang telah diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari yang bermaksud: Carilah Malam Lailatul Qadar pada malam ganjil 10 hari yang terakhir.
Monday, 27 June 2016
Isu dengan Takata Airbag - Berkaitan Kemalangan Kereta Honda
Rupanya kejadian seorang pemandu wanita baru-baru ini yang meninggal dunia akibat terkena sesuatu daripada mekanisma airbag yang teraktif apabila kereta Honda miliknya berlanggar dengan Mercedes Benz bukanlah kes yang baru berlaku setahun dua. Ia ada kaitan dengan defect yang terdapat kepada sistem airbag Takata yang dipasang kepada di strereng kereta itu. Honda bukanlah satu-satunya yang menggunakan sistem airbag Takata ini tetapi banyak kereta lain juga yang guna seperti Toyota, Mazda, Subaru dan Mitsubishi. Takata sendiri telah memanggil (recall) semua pemilik kereta tertentu yang dipasang dengan airbag Takata untuk pemeriksaan dan penggantian. Sila rujuk artikel Paul Tan di sini.
Dalam satu kejadian yang dilaporkan di Orlando, USA dalam tahun 2014, seorang pemandu wanita telah disyaki oleh polis telah dibunuh di dalam kereta Honda Accordnya. Ini kerana kecederaan yang dialami oleh wanita berkenaan adalah seperti serangan benda tajam yang memotong lehernya. Tetapi siasatan kemudian mendapati ianya berpunca daripada sistem airbag Takata yang cacat itu. Sumber berita di sini. Ianya menyamai satu kes di dalam tahun 2013, yang polis juga mulanya mengesyaki mangsa telah ditembak di kepala.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Kosmologi, Ilmu Tadbir Dan Yang Berkaitan
- Awal, Akhir, Zahir & Batin : Untungnya Umat Melayu
- Raihan : Sifat 20 serta maknanya
- Sifat 7 : Rahsia kekuatan Insan
- Sifat 7 : Mengamati 3 sifat, (ilmu, berkehendak, qudrah) serta manfaatnya
- Sifat 4 : Melihat sifat Awal, Akhir, Zahir dan Batin
- Sifat 7 : Mengamati sifat 3 pertama (Sama', Basar dan Kalam) serta manfaatnya
- 4 Kategori Utama Benda Wujud Serta Manfaatnya
- Sifat Binari - Dari Tiada kepada Ada dan 3 Hukum Akal
- Sifat Binari : Tiada dan Ada, Baik dan Buruk serta Dualism
- Mengamati alam melalui sifat 7 dan lain-lain sifat, kepentingan dan manfaatnya.
- Sifat 4 : Kelebihan mengingati mati
- Sifat 7 : Sifat 3 pertama - fungsi mengesahkan makna, perkaitan dengan sifat 3 kedua
Doa, bacaan wirid dan terjemahan
- Doa anti Dajjal
- Doa/amalan pelindung mustajab daripada bencana dan musibah
- Istighfar awal, akhir, zahir dan batin
- Kelebihan Sayyidul Istighfar (Penghulu Istighfar atau Istighfar yang paling utama)
- Terjemahan Takbir Hari Raya / Lebaran Secara Harfiah / Per kata
- Doa sebelum tidur : Perlindungan diri, melangsaikan hutang piutang dan dijauhkan kefaqiran
- Doa jika disakiti oleh manusia
- Kit Bacaan Doa Menempuhi Perjalanan, Menaiki Kenderaan
- Doa anti malas, kelemahan dan dibelenggu hutang dan dikuasai oleh orang lain
English Section (Mixed)
- In defence of true teaching of Islam
- What is Westworld all about? 18 ++
- Kingsman : About reducing population
- The Science of "Angels and Demons".
- A visit to the scenic Putrajaya (1).
- If God Really Exists, How About His Level Of Supremacy?
- ROHINGYA : THE BEGINNING OF GLOBAL POPULATION REDUCTION AGENDA ?
- A little girl speaks her mind about the universe and concept of God.
- Meaning In English : Malay Song Selamat Malam Rohingya
Ulasan Filem, Drama Siri
Sains dan Tadabbur Alam
- Hubungan Akal dan Jantung (Hati)
- Misteri Gerhana Bulan Darah
- Bersedia Menghadapi Impak Penemuan Saintifik Terbaru
- Discovery Channel.. fahaman sains Morgan Freeman dan umat Islam kini.
- Atom Wujud Tanpa Tempat (khusus)
- Maksud dan Makna Metafizik - Sheikh Hamza Yusuf
- Apa itu Dark Matter dan Dark Energy?
- Tiga Tahap Kesedaran - Michio Kaku
- Teori Lubang Hitam Sebagai Pintu Alam Malakut
- Rahsia Binari
- Sains Berasaskan Pemikiran Manusia & Kisah Telur Ayam
Segalanya Bisnes
- Bisnes : Cerita Rebranding Produk
- Bisnes : Budaya bisnes penuh penipuan vs ajaran Islam Gambar Hiasan Semata
- Kisah Bisnes : Strategi Blue Ocean dalam Bisnes
- Permintaan Dan Tawaran
- BISNES : HUKUM MENGGUNAKAN PERISIAN CETAK ROMPAK ATAS TUJUAN PERIBADI
- Bisnes : Zaman Globalisasi Yang Mengancam Bisnes Terkawal
- Tips bisnes : Ada kalanya, connection bukan faktor penentu.
- Kisah Bisnes : Mentaliti Yang Salah
- Kisah Bisnes : Ajaran Sesat Yang Tidak Terdaftar-daftar?
Lirik dan Makna Lagu
- Ya Taiba - Lirik dan Makna
- Ya Robbi bil Mustofa Balligh Maqosidana - Lirik dan Makna
- Ya Badra Tim - Melihat Makna dan Terjemahan يا بدر تم
- Tolama Ashku Gharami - Imad
- Terjemahan Qasidah Khairul Bariyyah - Abdul Salam Al-Hasani
- Terjemahan Qasidah Burdah - Mesut Kurtis
- Terjemahan Qasidah Allahu Allahu Assubhu bada
- Terjemahan Lirik Nasyid Man Ana - Brothers
- Terjemahan Lirik Lagu 'صلوا على خيرالانام' Sollu ala Khairil Anam
- Terjemahan Dan Makna Qasidah Allah.. Allah.. Ma Lana Maulan Siwa Allah
- Salamun salamun ka miskil khitam ( سَلَامٌ سَلَامٌ كَمِسْكِ الْخِتَامْ) Nasyid Inteam
- Nasyid : Araftuka ( عرفتك ) - Lirik dan Makna
- Meneliti Makna dan Maksud lirik lagu Kun Anta كن انت #Kun Anta
- Meaning In English : Malay Song Selamat Malam Rohingya
- Makna Dan Terjemahan Lagu Lau Kana Bainana Al-Habib لَوْ كَانَ بَيْنَنَا الْحَبِيْب
- Makna dan terjemahan : Nasyid Hayya Bil Jihad - Brothers
- Makna dan Maksud Lirik Ya Hanana يَا هَنَانَا
- Makna dan Lirik Lagu Deen Assalam : Sulaiman Al Mughni
- Lirik Rahmatun Lil Alamin رحمة للعالمين Rahmat Bagi Sekalian Alam : Maher Zain
- Lirik Nasyid Imad - Qalbi Yunadi (Album Munaya)
- Kenapa Tiada Hari Raya Bagi Kami? Lagu Sedih Kanak-Kanak Palestin
- Huwa Ahmadun / Dialah Ahmad Lirik dan Terjemahan
- Hatiku di Madinah
- Hatiku Bersujud - Qalbi Sajad Lirik dan Terjemahan
- Assalamualaika Ya Rasulallah - Maher Zain ( Lirik dan terjemahan )
- As-Subhu Bada - Owais Qadri ( Lirik dan Terjemahan )
- Lirik dan makna nasyid Bada’na بَدَأْنَا - Nadamurni Rabbani
Sejarah, Cerita dan Hikayat
- Minister Kristian mendapat petunjuk melalui seorang kanak-kanak Islam
- Ulasan Buku - Origin (Asal-usul) : Dan Brown
- Mat Salleh ingin mencuba guru silat tapi terperanjat kerana berakhir terlentang di atas lantai
- Teori siapa Hang Tuah
- Misteri Gusti Putri Raden Ajeng Retno Dumilah
- Sejarah kopi dan jenis-jenis kopi
- Banduan Teragung Indonesia.. Gayus Tambunan.
- Cerita sains fiksyen : Satu makhluk yang tiada..
- Kisah Gambar Yang Dipertuan Agung pada duit kertas negara Malaysia.
- Kisah-kisah mistik Shamsiah Fakeh
- Indonesia rindu kesultanan, bangsamoro berperang tegakkan kesultanan, ada rakyat Malaysia nak buang Sultan?
- Pandangan Pak Long tentang ceramah Puan Zaharah Sulaiman
- Kisah Ahmad Ibnu Fadlan Bertemu Orang-Orang Viking







