Showing posts with label Takata airbag. Show all posts
Showing posts with label Takata airbag. Show all posts

Friday, 1 July 2016

Melihat Risiko Memandu Kereta Honda - Airbag Takata


Sekarang ini tengah kecoh orang ramai membincangkan mengenai kecatatan airbag Takata yang dipasang pada stereng kereta Honda dan lain-lain brand kereta tertentu mengikut batch. Sehinggakan airbag Takata yang cacat ini digelarkan dengan nama airbag pembunuh oleh sesetengah bloggers. Ini kerana terdapat sekurang-kurangnya 3 kes maut di Malaysia akibat bag ini membabitkan kereta jenis Honda.

Ada juga pemandu yang hanya mendapat kecederaan tetapi dengan kecederaan yang bernasib seperti terkena hirisan benda tajam di leher. Ia dipercayai akibat besi canister yang pecah semasa sistem airbag itu diaktifkan.


Pemilik-pemilik kereta Honda yang dibeli sebelum pengumuman recall juga menjadi panik dan bergegas ke Servis Center untuk pembaikan airbag secepat tetapi stok adalah terhad. Ini menyebabkan kereta-kereta yang terlibat dengan airbag Takata bermasalah ini terpaksa menunggu untuk satu tempoh sebelum mendapat pembaikan. Memandu kereta Honda yang terlibat dalam tempoh itu menimbulkan risiko kepada pemandu dan sesiapa jua bersamanya di dalam kereta. 

Risiko ini adalah sama ada terbunuh, mendapat kecederaan parah atau hanya cedera biasa bergantung kepada projection serpihan besi yang melayang keluar daripada gelembung airbag. Ini boleh terjadi tanpa mengira apa jenis kemalangan, kecil atau pun besar. Asalkan mekanisma airbag Takata bermasalah itu aktif, pemandu dan lain-lainnya menghadapi risiko berkenaan. Mekanisma airbag ini juga boleh teraktif sekiranya satu force yang signifikan dikenakan terhadap bumper. Seperti tendangan yang kuat. Dan itu tidak dikategorikan sebagai kemalangan kenderaan. 

Ada yang mengambil inisiatif dengan mencabut soket tertentu bagi tidak mengaktifkan sistem airbag. Jadinya individu seperti ini mengambil risiko memandu keretanya tanpa sistem airbag yang aktif. Lalu ada perbincangan mengenai tindakan ini. Adakah ia wajar atau sebaliknya?

Monday, 27 June 2016

Isu dengan Takata Airbag - Berkaitan Kemalangan Kereta Honda


Rupanya kejadian seorang pemandu wanita baru-baru ini yang meninggal dunia akibat terkena sesuatu daripada mekanisma airbag yang teraktif apabila kereta Honda miliknya berlanggar dengan Mercedes Benz bukanlah kes yang baru berlaku setahun dua. Ia ada kaitan dengan defect yang terdapat kepada sistem airbag Takata yang dipasang kepada di strereng kereta itu. Honda bukanlah satu-satunya yang menggunakan sistem airbag Takata ini tetapi banyak kereta lain juga yang guna seperti Toyota, Mazda, Subaru dan Mitsubishi. Takata sendiri telah memanggil (recall) semua pemilik kereta  tertentu yang dipasang dengan airbag Takata untuk pemeriksaan dan penggantian. Sila rujuk artikel Paul Tan di sini. 

Dalam satu kejadian yang dilaporkan di Orlando, USA dalam tahun 2014, seorang pemandu wanita telah disyaki oleh polis telah dibunuh di dalam kereta Honda Accordnya. Ini kerana kecederaan yang dialami oleh wanita berkenaan adalah seperti serangan benda tajam yang memotong lehernya. Tetapi siasatan kemudian mendapati ianya berpunca daripada sistem airbag Takata yang cacat itu. Sumber  berita di sini. Ianya menyamai satu kes di dalam tahun 2013, yang polis juga mulanya mengesyaki mangsa telah ditembak di kepala.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...